Menangani kenaikan harga minyak di Malaysia,Abdullah Ahmad Badawi memutuskan, pemotongan elaun Perdana Menteri,timbalan Perdana Menteri,Menteri dan timbalannya sebanyak 10%.Ini katanya,dapat menjimatkan RM2 bilion untuk disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Keputusan itu dibuat berikutan cadangan Ketua Dewan Pemuda Pas,Sallahudin Ayub supaya Menteri-menteri dipotong elaun keraian sebagai langkah penjimatan wang kerajaan.
Bagaimanapun,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.(baca sini).
Sharir berkata,sepatutnya cadangan itu dijalankan secara rasional dan bukannya disebabkan kemarahan kepada menteri sahaja.Beliau menambah,aspek penjimatan wang kerajaan telah dimulakan sejak dahulu lagi.
Kita selaku rakyat dan pengguna tertanya-tanya cara rasional bagaimanakah yang ingin dikemukakan oleh Sharir.Adakah rasional yang beliau maksudkan itu hanya melibatkan wang rakyat dan tidak mengeluarkan walau sesen pun duit poket beliau?
Ya,memang sepatutnya beliau dimarahi oleh rakyat jelata,kerana beliaulah antara yang terlibat dalam menaikkan harga minyak di negara ini.Sepatutnya,sebagai Menteri yang diamanahkan,beliau perlulah bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh merawat sebarang kenaikan harga yang menyusahkan rakyat jelata hatta walau terpaksa mengurangkan perbelanjaan sendiri pun.
Mengapakah beliau tidak mahu supaya pemotongan itu dilakukan?Adakah ada cara yang lebih terbaik untuk dilakukan beliau dan kementeriannya?.
Terbaru,Abdullah Ahmad Badawi sendiri memutuskan supaya pemotongan elaun menteri dikuatkuasakan mulai bulan depan.Itupun hanya sebanyak 10% sahaja.
Nyata,Sharir dan menteri-menteri lain boleh menarik nafas lega kerana pemotongan sebanyak 10% itu berapa sangatlah sangat kalau ingin dibandingkan dengan aset kekayaan mereka yang melimpah-ruah.
Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).
Sharir dan menteri-menteri lain sepatutnya mempelajari sesuatu daripada Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang cara menguruskan ekonomi dan pentadbiran negara yang betul.
Andaikata Sharir melihat sendiri bagaimana TG Nik Aziz memimpin Kelantan,tohmahan tidak rasional daripada Sharir itu sendiri akan terkena pada diri beliau sendiri.
TG Nik Aziz dalam mengatur perbelanjaan negerinya,beliau hanya tinggal di rumahnya sendiri.Elaun rumah sebanyak RM3,000 sebulan tidak diambilnya.Malah beliau juga tidak mengambil elaun keraian,elaun majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan dan elaun untuk jamuan hari raya.Sepertimana yang Sharir katakan,TG Nik Aziz telah lama mulakan dahulu bahawa TG melarang pemberian hadiah dan cenderamata kepada MB dan exco dalam majlis perasmian dan sebagainya.
Dan paling utama,pelajaran bagaimana kerajaan negeri Kelantan dibawah TG Nik Aziz bebas daripada rasuah.Ini perkara pokok yang paling penting dipelajari oleh Abdullah,Sharir dan menteri-menteri lain sebelum berminat untuk menjadi hero menyelesaikan permasalahan ekonomi negara.
Ya,mengamalkan sesuatu yang haram sebagai punca rezeki,bagaimanakah keberkatan itu akan diperoleh?
Kalau Sharir ingin mempertikaikan tentang pentadbiran negeri Kelantan yang kecil jika ingin dibandingkan dengan memerintah Malaysia melalui kerajaan pusat.Memang benar,tetapi yang perlu dipelajari itu ialah cara pemerintahan.
Persoalannya ialah,bagaimanakah Kelantan boleh berdiri teguh walaupun pernah mendapat sekatan dari kerajaan pusat,dihasut para pelabur supaya tidak berniaga di Kelantan,ditohmah sebagai negeri yang mundur,tetapi negerinya aman,tidak ada pergulingan kuasa,rakyat negeri itu masih percaya kepada kepimpinannya,harga barangnya masih di tahap murah,malah turun dari tangga kedua ke tangga keenam dalam carta negeri termiskin selepas Kelantan didominasi parti PAS.
Tentulah ada rahsianya bukan?.
Dalam mengurus perbelanjaan,bukan sahaja perlu dimulakan Menteri,tetapi isteri-isteri Menteri juga perlulah turut sama mengurangkan perbelanjaan.Kalau guna duit sendiri tak apa lah juga.Ini dikhabarkan menggunakan duit rakyat jelata.Kes Balkis itu pun masih senyap sahaja.
Cuba kita bayangkan bagaimana seronok-sakan mereka membeli-belah diluar negara,menikmati makanan yang mahal-mahal,pakaiannya berjenama-jenama,lantas tersenyum lebar kepuasan.Rupa-rupanya baru kita tahu yang itu sebenarnya adalah duit kita yang diusahakan secara penat-lelah.Terpaksa bersusah-payah mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.
Memang sial dan tidak tahu malu langsung ada insan seperti ini masih hidup di muka bumi.Perlakuan itu samalah juga dengan mencuri,merompak dan menyamun.Dalam Islam,pencuri sebegini patutlah dipotong tangannya sebagai balasan terhadapnya dan pengajaran kepada generasi lain.
Pesan TG Nik Aziz : DO di samping dia pegang fail,dia juga kena pegang al-Quran,Di samping dia semak surat-surat pekeliling,dia juga mesti rujuk kepada surat pekeliling agung,iaitu al-Quran sendiri.(100Fakta Kelantan Mengubah Malaysia-Dinsman).
No comments:
Post a Comment