Thursday, July 3, 2008

Bahaya Orang Yang Boleh Dibeli

Sumber: Laman Marhaen


Salaam Bahagia,

Kali ini saya akan mengulas bahayanya orang-orang yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan jawatan. Selama ini kita memperkatakan tentang keperluan membasmi rasuah dan nepotisme dan juga kronisma. Namun semua itu hanya omongan kosong bila kita ditampuk pemerintahan. Ungkapan orang biasa, cakap tak serupa bikin.

Politik wang dan jawatan ini juga makin melebar, kerana setiap insan perlukan kehidupan melalui imbuhan kewangan serta jawatan yang lumayan, setiap tawaran pastinya disambut baik kerana selama ini mereka banyak mengeluarkan wang sekaligus umpama "pay back time". Mereka yang tidak pernah memegang jawatan malah melihat jumlah wang yang banyak juga kerap tenggelam dalam kedurjanaan ini.

Rupanya ramai dikalangan kita diperlihat seperti suci dan "supreme" akhirnya juga bobrok dan tidak telus, bila duit bercakap yang lain akan bisu, malah syaitan pun boleh bisu dengan duit ini. Ohh rupanya ini matlamat mereka selama ini. Jika inilah yang mereka mahukan maka mereka akan dapat, tetapi tunggulah akibatnya. Parti Keadilan Rakyat tidak ubah seperti UMNO dan BN layaknya. Mereka akan melompat bila mana saya mengatakan begitu, malah bangun menentang, janganlah menabik dada dengan ketelusan dan ketulusan tapi ekor berlumur tahi.

Rupanya orang yang tidak pandai politik menggunakan ini sebagai satu formula ringkas sekali gus melihatkan betapa buruknya perangainya sebagai pemimpin, masakan tidak jika sudah mendapat gaji 2-3 Ribu saja, jalannya sudah lain, duduknya sudah lain, lagi cakapnya, Ohh kita tidak boleh lawan ketua kita, kita tidak boleh buat begitu dia ketua kita, majikan kita. Apa kalau begitu, kamu layaknya sama dengan Azizan di pertuduhan liwat Anwar saja, kamu lacurkan jawatan dan RM yang kamu dapat dengan pendirian yang salah.

Saya agak terkasar dalam hal ini, namun saya pegang kepada nekad kita, sebab itu saya mengatakan Keadilan apa? Keadilan Taik Kucing....gejala ini perlu ditegur, virus ini perlu dibendung, Bila ini berlaku apa kesannya kepada parti? Andai kata mereka ini sudah biasa dengan wang ringgit dan mudah dibeli, mereka akhirnya akan lupa, maka dalam satu keadaan kita akan menjadi satu ancaman dimana mana pilihanraya malah sekarang juga kita terus diancam kerana ada mungkin mereka ini akan dibeli dengan jumlah wang yang banyak untuk melompat ke parti lawan.

Rupanya gejala ini sudah menular di bahagian, bahagian dengan berbekalkan modal yang tidak perlu dicari yakni jawatan mereka ini akan dirasuah dengan jawatan supaya memihak dan menyokong ketuanya, ketuanya akan memilihnya sebab tahu dia akan menjadi penyokong setia dan sanggup mengatakan tidak pada yang ya, dan ya pada yang tidak, walau pun pada dasarnya katanya jawatan itu untuk orang yang berkelayakkan, tapi bila dikaji kaji layak pun tidak orang ini dari segi akademiknya. Ingat jawatan ahli majlis adalah untuk professional? Ya kami perlukan professional, alee alee SRP pun boleh...mana tafsiran professional ini? Penulis naik heran, maka orang inilah yang melaungkan ketelusan dan ketulusan. Nah jilatlah kata kata mu sendiri.

Kesan juga kita akan melihat peperangan merebut jawatan akan timbul selepas ini, Naahh...tak ubah macam UMNO kan?, apa bezanya, baik masuk UMNO je, tak payah nak susah susah. Mereka yang ada kuasa menyalahgunakan kuasa, mereka yang tandatangan laku, menyalahgunakan kuasa, bersusun orang nak lesen, masakan tidak esok pilihanraya kan senang ada tokey pasir datang memberi komisen. Ada beza dengan UMNO?. Bahagian nanti akan disusun dengan kuasa dan jawatan, elaun elaun juga memainkan peranan untuk terus mengekalkan kuasanya dan kedudukannya sebagai pemimpin dan ketua...Ada beza? Tiada sama saja, UMNO dengan PKR. Penulis belum menyentuh hal sikap dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang dikatakan telus ini.

Tunggulah kehancuran, jika inilah amalan mereka. Dalam sekilas pandang lebih betapa bobroknya cakap seorang ahli politik.

leegat

02.07.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...