Petikan: Utusan Malaysia
ZURICH, Switzerland - Kejayaan Sepanyol yang baru sahaja menjuarai kejuaraan bola sepak Eropah (Euro) 2008 telah melonjakkan kedudukannya untuk berada pada ranking nombor satu dunia.
Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA, semalam menunjukkan Sepanyol melonjak tiga anak tangga untuk memintas Brazil dan Argentina yang tercicir ke ranking keempat dan keenam dunia.
Sebelum Euro 2008, Argentina berada pada ranking nombor satu diikuti Brazil, Itali, Sepanyol, Jerman dan Republik Czech.
Namun, ranking terbaru menyaksikan Sepanyol di atas diikuti Itali, Jerman, Brazil, Belanda, Argentina, Croatia, Republik Czech, Portugal dan Perancis.
Ini kali pertama dalam tempoh 15 tahun, Sepanyol berada pada ranking tertinggi dunia hasil kejayaan menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2008, Ahad lalu.
Sebelum ini, ranking teratas itu silih berganti dikuasai Perancis, Jerman, Brazil, Itali dan Argentina.
Pada Euro 2008, Sepanyol menang semua perlawanan yang dilaluinya.
- AP
No comments:
Post a Comment