Thursday, July 3, 2008

Kelantan Perkenal Zon NGV

03 Julai, 2008 15:16 PM

KOTA BAHARU, 3 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan satu zon penyimpanan gas NGV untuk kegunaan kenderaan pengangkutan awam dan persendirian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata gas NGV yang disimpan di zon itu juga kemudiannya dapat diagihkan ke stesen-stesen minyak di seluruh negeri.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat swasta serta agensi berkaitan, dan hasilnya akan dibawa kepada kerajaan pusat termasuk Petronas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Pemilik Pemandu Kenderaan Sewa dan Teksi Kelantan di sini Khamis.

Husam berkata jika Petronas berminat untuk menjayakan rancangan zon itu, kerajaan negeri akan memberikan hak eksklusif kepadanya.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...