Saturday, June 21, 2008

PKR dakwa 10 MP Sarawak dibawa ke luar negeri untuk elak lompat parti

21/06/2008 9:30pm

KOTA KINABALU 21 Jun — Ketika tercetus drama politik di Sabah berikutan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa mereka akan meneruskan langkah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperhebat kempen mempamer kekuatan.

Ia mendakwa 10 ahli Parlimen (MP) Sarawak telah dibawa ke seberang laut dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

Timbalan presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mendakwa mereka telah dibawa ke Beijing.

Tidak semua 10 orang itu akan menyertai PKR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Kaamatan PKR di sini hari ini. Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bila ditanya sama ada beberapa MP di Sabah juga mempertimbang untuk menyertai mereka, berkata: “Ya, sudah tentu, adalah beberapa orang dari Sabah”. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...