Suasana Umno Hulu Terengganu nampak semacam tenang, namum hakikat gelora yang melanda bukan lagi menjadi rahsia.Dari Ajk Bahagian hingglah ke Ajk cawangan amat maklum dengan situasi Umno Hulu Terenganu.
Walaupun ada seorang Adun Bekas Exco yang baru-baru ini menafikan bahawa umno Hulu berkocak.Beliau telah memberi alasan selalu minum bersama-sama selepas mesyuarat."Selalu? berapa kali mesyuarat AJK Bahagian?" tanya seorang veteran umno dari DUN Manir, Salleh Abdullah apabila diajukan perkara ini kepada beliau.
Sebenarnya Adun bekas Exco di hulu Terengganu sangat tertekan selepas pelan beliau sudah hancur.Kedudukan beliau sendiri sebagai orang no.2 belum tentu selamat.Sebab itulah beliau menggunakan istilah mempertahan jawatan,bukan bertanding jawatan no.2 itu.Agaknya adun bekas exco ini merasakan jawatan no.2 tu sebagai hak milik kekal beliau.
Kalau tak ada angin pokok tak bergoyang, tapi ingat pokok juga boleh bergoyang tanpa angin kalau ramai-ramai goyangkan pokok tersebut.Adun bekas exco ini telah cuba mempetaruhkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor @ Alias Othman untuk berdepan dengan Tengku Putera Awang bagi merebut kerusi ketua Bahagian Hulu Terengganu.
Sementara penyokong Tengku Putera di Hulu Terengganu pula difahamkan sedang mengatur strategi untuk mencalonkan YB Rozi Mamat bagi merebut jawatan no.2 dari Adun bekas Exco.
Menurut Cikgu Roslan ( AJK Pemuda Hulu) keputusan tersebut hampir 80% menjadi kenyataan, usaha sekarang ialah memastikan 3 DUN ( tidak termasuk Ajil) membuat percalonan YB Rozi dalam mesyuarat Agong cawangan yang bermula malam ini.
Namum begitu sekiranya pelan tersebut tidak menjadi, dijangkakan naib ketua Bahagian, Yusof Awang Hitam (Dari DUN Manir) sekarang akan dicalonkan untuk merebut jawatan no.2. Beliau dijangka turun gelanggang sekiranya keputusan disaat akhir masih memerlukan agar YB Rozi kekal sebagai ketua Pemuda Bahagian.
Apa pun keadaan, apapun suasana semacam ada satu fenomena baru dikalangan 2 kem di Hulu Terengganu ini.Kedua-dua kem ini telah menggunakan akhbar Sinar Harian sebagai pentas untuk meluahkan pandangan dan sekaligus mengharap simpati perwakilan.Samaada Sinar Harian memperalatkan mereka ,atau mereka memperaltkan Sinar Harian, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan ini.
Sesungguhnya Umno retak menunggu belah.
Ingat-ingatlah.
No comments:
Post a Comment