Saturday, March 19, 2011

Adeno: seorang lagi pelatih Pulapol dimasukkan ke ICU HKL

KUALA LUMPUR 19 Mac — Seorang lagi pelatih Inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan virus ”Adeno”.

Pelatih itu dimasukkan ke ICU kira-kira 8.30 pagi tadi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih Konstabel lelaki dan dua pelatih Inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga semalam.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih Inspektor lelaki, 11 pelatih Inspektor wanita dan empat pelatih Konstabel lelaki, manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.
Untuk maklumat lanjut, anggota keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas Pulapol. — Bernama

Rakyat M'sia selamat diri atas bukit di Sendai

Seorang rakyat Malaysia di Sendai, Jepun terpaksa menyelamatkan diri dan keluarganya di atas sebuah bukit yang berhampiran selama lima hari dan berkongsi makanan dengan ratusan keluarga Jepun
yang lain.

"Nasib baik saya ada bawa sedikit makanan semasa melarikan diri ke atas bukit. Bila makanan sudah habis, orang-orang di situ memberikan makanan mereka kepada kami.

"Kami berkongsi apa yang ada, sebab kami tidak boleh keluar dari bukit itu. Kemudiannya apabila keadaan dirasakan selamat, baruah kami pergi ke Tokyo untuk pulang ke Malaysia," kata Yeoh Lian Chun, 29, seorang jurubahasa di sebuah kilang mesin di Sendai.

Beliau bersama keluarganya adalah antara rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini dari Tokyo.

Yeoh dan isterinya warga China, Chang Miao, 29, anak-anak mereka Yeoh Yun Ci, 3, dan Yeoh Hao Han, 11 bulan, tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH 89 pada pukul 5 petang tadi.

Yeoh dari Sungai Petani, Kedah menyifatkan pengalamannya menghadapi gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu sebagai menakutkan dan sukar dilupai.

"Bila amaran tsunami dikeluarkan, semua pekerja keluar dari kilang. Saya terus memandu ke rumah saya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

"Saya memang takut tentang keselamatan keluarga saya. Dari rumah saya terus membawa anak isteri saya ke tempat yang agak tinggi.

"Saya tidak berani bawa kereta lagi, jadi saya dan isteri membawa kedua-dua anak kami dengan berlari sekuat yang boleh ke tempat bukit yang saya anggap selamat.

"Saya hanya fikir untuk selamatkan anak dan isteri saya sahaja sebab mereka adalah segala-galanya bagi saya," katanya.

Yeoh yang bekerja sebagai jurubahasa selepas menamatkan pengajian selama lima tahun di Jepun berkata selepas keadaan dirasakan selamat barulah beliau dan keluarganya keluar dari kawasan bukit itu untuk ke Tokyo dengan menaiki bas sebelum pulang ke Malaysia.

Beliau juga tidak tahu dengan keadaan kilang tempatnya bekerja serta nasib rakan-rakannya kerana tidak dapat menghubungi mereka.

"Saya juga tidak tahu apa terjadi pada rumah saya," katanya.

Yeoh dan kelurganya juga disahkan bebas daripada kesan radiasi akibat kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi.

Yang turut pulang ialah Nabilah Ibrahim, 26, yang mengikuti pengajian peringkat Phd di Universiti Tohoku dalam jurusan Medical Ultrasonic Electronic.

Ketika kejadian beliau bersama rakan-rakannya sedang berada di dalam makmal perubatan dan meluru keluar dari bangunan makmal itu sebaik menyedari gegaran berlaku.

Bank Negara catu kad kredit

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan beberapa peraturan drastik bagi pemilikan kad kredit khususnya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM36,000 setahun untuk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis.
Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kepada lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yang berada dalam segmen pendapatan itu.
Antara syarat yang dikuatkuasakan serta-merta itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bagi setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.
Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai gaji RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada dua buah bank sahaja.
Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jika seseorang itu mempunyai kad kredit daripada banyak bank, individu itu perlu memilih dua bank sahaja dan membatalkan kad kredit yang lain menjelang akhir tahun ini.
"Kepada mereka yang terpaksa membatalkan kad masing-masing di bawah syarat ini, mereka diberi masa dua tahun untuk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat daripada bank," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, syarat umur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk memohon kad kredit dikekalkan.

BNM menyemak semula syarat permohonan dan pemilikan kad kredit bagi mengelak orang ramai terjerumus dalam kancah hutang. - Gambar hiasan

Friday, March 18, 2011

Tunggu esok, kata Taib

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

sarawak BN convention taib and wifeTaib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

azlanSemalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).

- Bernama

Pakatan S'wak sudah sedia hadapi p'raya awal

Ekoran spekulasi kuat yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN Isnin depan - lebih awal daripada yang dijangka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 - Pakatan Rakyat Sarawak juga sudah bersedia untuk memberi saingan hebat kepada BN.

Hari ini beberapa akhbar utama dan portal berita melaporkan yang Taib mungkin membubarkan DUN Isnin ini selepas menemui Yang Dipertua Sarawak, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng, semalam.

Beberapa pihak berpendapat pembubaran lebih awal DUN akan 'memerangkap' Pakatan.

Bagaimanapun PKR dan DAP mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan DUN dibubarkan lebih awal.

chong chieng jen interview 141108 03“Kita bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa," kata setiausaha 
DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kiri).

Malah, kata ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching, partinya telahpun merangka tema kempen, poster, sepanduk, risalah dan bahan kempen yang lain. 

“Kami tak ada masalah. Draf dan kandungan bahan kempen sudah disedia,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

DAP cawangan Kuching telah merekrutkan sukarelawan kempen sejak bulan lepas , dan Chong berkata, pasukan kempen Kuching akan terdiri daripada 100 hingga 200 anggota, tidak termasuk agen pengundian.

nicholas bawin pkr candidate for batang ai state seat 270209Beberapa pekerja dari ibupejabat DAP Kuala Lumpur juga telah ditempatkan di cawangan Kuching untuk membantu membuat persediaan menghadapi pilihan raya negeri.

Sementara itu, pengarah pilihan raya Sarawak PKR, Nicholas Bawin (kanan) berkata, parti itu lebih bersedia kali ini, berbanding sewaktu pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya parlimen 2008.

“Pemimpin cabang kami telah mendekati komuniti dan rakyat, untuk mewujudkan kesedaran di peringkat akar umbi. Persedian kami adalah lebih baik daripada masa lalu," katanya kepada Malaysiakini.

Rakyat asing mula tinggalkan Jepun

Ketika pekerja dan tentera Jepun terus bertungkus lumus mencari jalan bagi memastikan kecairan tidak berlaku pada pusat tenaga nuklear yang tumbang akibat gegaran gempa bumi minggu lalu, lebih banyak negara asing menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan negara itu.
NONEDi reaktor loji No 1, Fukushima, yang terletak kira-kira 250km dari Tokyo, helikopter tentera Chinook berterusan melepaskan bertan-tan air dalam usaha menurunkan suhu reaktor nuklear berkenaan.

Pihak bomba juga dikerah menyiram air ke dalam reaktor yang menempatkan batang tenaga bagi mengelakkannya daripada terdedah ke udara dan melepaskan bahan radioaktif.

Meskipun batang berkenaan telah dipisahkan dari reaktor di loji itu, namun ia dikatakan masih mempunyai bahan radioaktif.

Bagaimanapun menurut seorang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Graham Andrew, keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini.

“Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,” kata Andrew.
NONETambahnya, situasi semasa reaktor 1,2 dan 3 loji tersebut yang meletup dan terbakar sejak bencana tsunami Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, akhbar harian Jepun, Yomiuri Shimbun berkata krisis yang dihadapi sekarang mungkin boleh dielakkan jika kerajaan terus memohon bantuan antarabangsa sebaik kejadian berlaku.


Tinggalkan Jepun

Semalam, presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika menelefon Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan - menawarkan Jepun sebarang bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih banyak kerajaan asing menggesa rakyat mereka meninggalkan kawasan timur laut Jepun dan juga Tokyo.
NONEAntara negara tersebut adalah Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Kerajaan Jepun pula meminta orang ramai yang tinggal sekitar lingkungan 10km daripada zon 20-kilometer sekitar loji nuklear supaya tidak keluar dari rumah. Lebih 200,000 orang juga telah dipindahkan dari zon berkenaan.

Thursday, March 17, 2011

Ummi fail saman fitnah terhadap Baginda, M'kini

Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda danMalaysiakini.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakinipada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

NONEUmmi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakinidaripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.

Dalam pernyataan tuntutan 18 halaman, usahawan wanita itu mendakwa bahawa kenyataan Baginda dan artikel tersebut membawa maksud:


Sementara itu, Bernama melaporkan, Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temuramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi. 

Dia mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. 

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. 

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

Pekerja bertungkus lumus kawal loji nuklear walau radiasi meningkat

TOKYO - Pekerja di loji Fukushima berusaha mengelakkan peleburan nuklear daripada berlaku walaupun selepas dikeluarkan daripada kawasan itu buat sementara waktu sejurus radiasi meningkat kepada tahap yang berbahaya untuk kesihatan mereka, pagi semalam.

Usaha untuk mengawal keselamatan di loji itu disambung semula beberapa jam kemudian bagi menghalang kobocoran radiasi yang lebih serius.

Pengendali loji itu, Tokyo Electric Power cuba menggunakan helikopter untuk menyembur air ke atas reaktor No.4 bagi menghalang kebocoran terus berlaku namun kaedah itu dilaporkan tidak berjaya akibat kehadiran radiasi yang tinggi dalam udara.

Kumpulan pekerja yang terdiri daripada lebih 50 jurutera itu bekerja sepanjang masa bagi memadamkan kebakaran di salah sebuah reaktor dan cuba menyejukkan reaktor lain bagi mengelak peningkatan suhu.

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano berkata, Jepun sedang mempertimbang untuk meminta bantuan daripada tentera Amerika Syarikat.

Kesemua enam reaktor nuklear di loji yang terletak di utara Jepun itu rosak selepas gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Richter melanda Jepun sehingga mencetuskan tsunami, 11 Februari lalu.

Sehingga kini, lebih 10,000 orang dipercayai terkorban.

Krisis nuklear di Jepun mendapat perhatian dunia sehingga menenggelamkan laporan mengenai usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di seluruh negara itu.
Terdahulu, kerajaan Jepun mengarahkan 140,000 orang yang tinggal dalam jarak 30 kilometer dari loji itu untuk berlindung di dalam rumah selepas tahap radiasi di udara semakin meningkat.

Tokyo, yang terletak lebih 200 kilometer dari Fukushima, mula merasai kesan letupan loji itu apabila tahap radiasi dalam udara dikesan 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa tetapi kerajaan menegaskan ia tidak menjejaskan kesihatan.

Wednesday, March 16, 2011

Pemilihan PAS: Tumpuan kini pada Mat Sabu

Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

NONEMalah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.

Gempa bumi kuat di pantai timur Honshu, Jepun

Gempa bumi kuat berukuran 6.0 skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada jam 11.52 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037 km dari timur laut Kudat, Sabah. 

NONEJabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai.

Sementara itu, seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Jepun terpaksa berkongsi sisa beras dengan rakan-rakan sebaik Tokyo dilanda gempa bumi kuat 9.0 pada Skala Richter dan tsunami Jumaat lepas. 

Muhammad Aizuddin Anwar atau lebih popular dengan nama 'Aizdean' berkata ketika gempa berlaku kira-kira jam 2 petang (waktu Jepun), beliau sedang dalam perjalanan menuju ke Shinagawa menaiki kereta api tetapi terkandas kerana gegaran.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Aizdean berkata beliau terpaksa berlindung di rumah rakannya dan ketika itulah mereka terpaksa makan sisa beras yang kebetulan sudah tinggal sedikit.

Sebelum itu, gempa yang berlaku itu memaksa Aizdean, 27, keluar dari kereta api dan kemudiannya menaiki teksi ketika bangunan di sekelilingnya bergoncang manakala orang ramai dilihat melarikan diri mencari perlindungan di kawasan selamat.

NONE"Mula-mula ingatkan gempa kecil, tapi dalam beberapa saat menjadi semakin besar sehingga nak berdiri dengan betul pun tak boleh.

"Ramai yang melarikan diri dengan menutup kepala bimbangkan bumbung stesen kereta api jatuh menimpa. Saya hanya ingatkan mati ketika itu dan hanya banyak mengucap," katanya.

Dalam wawancara menerusi e-mel itu juga, Aizdean berkata ramai mangsa yang terselamat tidak boleh pulang ke rumah masing-masing termasuk dirinya kerana sistem pengangkutan kereta api yang lumpuh akibat gempa bumi sehingga mereka terpaksa bermalam di lobi hotel sahaja.

"Saya terpaksa bermalam di lobi sebuah hotel yang sanggup membukanya untuk kemudahan mangsa yang terkandas bermalam pada hari itu," katanya.

Bagaimanapun, Aizdean memaklumkan dirinya masih berada dalam keadaan selamat di Tokyo walaupun rumahnya terjejas apabila barang-barang berselerak di lantai akibat gempa berkenaan.

japan earthquake and tsunami 2011 car 1"Keadaan saya di Tokyo tidak begitu teruk, tetapi keadaan ribuan lagi rakyat Jepun di Utara seperti Fukushima, Ibaraki dan Niigata lebih memilukan ditambah pula dengan kebocoran radiasi dari loji nuklear di sana," katanya.

Menurut beliau, berlaku lebih 200 kali gempa susulan setiap hari selepas Jepun digegarkan Jumaat lepas.

Aizdean menarik 30,000 muat turun ke telefon bimbit dalam kalangan anak muda di Negara Matahari Terbit itu yang meminati lagu dari album pertamanya 'I Need You Baby'.

Gempa dan tsunami itu kini menyebabkan Jepun lumpuh dan ribuan nyawa terkorban. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...