Sunday, June 22, 2008

Kerajaan BN Bazirkan Wang Rakyat RM50 Juta

Wang Rakyat RM 50 Juta Hangus - Projek Ikan Sangkar Sungai Como Sah gagal.

Hulu Terengganu - Kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang terkenal dengan sikap boros dan sering menghabiskan duit rakyat dalam projek-projek pembangunan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Masihkah kita ingat? Pada tanggal 29 Januari 2007, Perdana Menteri telah melancarkan satu projek yang dinamakan Projek Berimpak Besar (HIP) Zon Industri Akuakultur (ZIA) Peringkat Kebangsaan di sini dengan sasaran menghasilkan pengeluaran perikanan negara bernilai RM6.3 bilion menjelang tahun 2010.

//buletinonline.net/images/berita6/sgcomo1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Projek yang dikatakan sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 700 peserta dari golongan nelayan dan siswazah melalui 39 projek yang telah dikenal pasti dijangka memberikan pendapatan sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan kepada peserta terlibat.

(Gambar kiri: Masihkah Kau Ingat ? Ketika Pak Lah melancarkan ZIA tahun lalu)

Beliau turut melawat projek ZIA Sungai Como di Tasik Kenyir melibatkan kawasan kira-kira 3,000 hektar termasuk 2,800 hektar kawasan perairan yang akan dibina dengan 6,000 unit sangkar bernilai RM50 juta melibatkan 240 peserta sepanjang pembangunannya sehingga 2010.

Namun, kini semuanya itu hanya tinggal nama dan duit rakyat berjumlah RM 50 juta yang dibelanjakan kononnya untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung gagal sama sekali.

Tinjauan Buletin Online di kawasan berkenaan amat memeranjatkan apabila mendapati sangkar ikan yang diberitakan diusahakan oleh 25 orang graduan dan sekumpulan peserta PPRT itu tidak langsung kelihatan! Ke mana hilangnya semua sangkar-sangkar itu? Ke mana pergi semua peserta projek?

Seorang penduduk tempatan, Abdullah Mamat ketika ditemui berkata, beliau tidak hairan dengan kegagalan projek yang dimaksudkan itu memandangkan ianya bukanlah suatu projek yang berdaya maju dan dilaksanakan hanya berlandaskan untuk mengaut keuntungan daripada peruntukan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

//buletinonline.net/images/berita6/sgcomo3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.“Saya tidak percaya dengan apa yang dicanang oleh pihak kerajaan mengeluarkan belanja sebanyak RM 50 juta dengan hanya melibatkan beberapa buah sangkar sahaja,

(Gambar kiri : Mana sangkar ikan ? )

”tentu disebalik projek ini ada pihak yang mengaut keuntungan atas angin dengan mengaburi rakyat dengan projek mega itu,” katanya Abdullah Mamat.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Y.B. Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, ketika sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang memberikan jawapan tidak benar ketika disoal oleh Y.B Wahid Endut (Wakaf Mempelam) berkaitan projek di Sungai Como itu.

Dengan kata lain, Rozi Mamat secara terang bukan sahaja berbohong kepada Wahid Endut, bahkan membohongi Dewan yang mulia, serta seluruh rakyat, dengan berkata bohong berkaitan projek berkenaan.

Apabila disoal adakah projek itu telah gagal dilaksanakan, Rozi Mamat tanpa segan menjawab, “mana ada gagal? Masih diteruskan dan berjalan lancar,”.

Adakah ini wajah sebenar pemimpin UMNO/BN? Adakah mereka memang diasuh bercakap bohong demi melindungi suatu kegagalan. Biarpun gagal, tetapi tidak mahu mengaku akan sesuatu kegagalan itu.

Buletin Online difahamkan kawasan Sungai Como di Tasik Kenyir merupakan kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan ikan dalam sangkar.

//buletinonline.net/images/berita6/sgcomo2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Ikan mudah menjadi ‘stress’ kerana air dikawasan berkenaan mempunyai arus di bawahnya agak panas akibat kurang tumbuhan dalam air dan keadaan air yang terlalu jernih.

Beberapa tahun sebelum ini, keseluruhan projek ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan oleh sekumpulan peneroka dari Felcra Bukit Kepah, juga menemui kegagalan yang serupa.

Justeru penduduk kampung berhampiran merasa pelik dengan cadangan Rozi Mamat yang sekali lagi memilih tempat yang sama untuk satu projek yang menelan belanja puluhan juta ringgit, sedangkan ianya pasti menemui kegagalan dan tidak membawa pulangan yang diharapkan.

Penduduk setempat juga mengesyakki kemungkinan peruntukkan wang rakyat sebanyak RM 50 juta itu telah diselewengkan.

Rozi yang juga ADUN Telemung, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut, dan wajar membuat penjelasan dengan menyertakan butiran lengkap perbelanjaan yang digunakan untuk pengetahuan rakyat.

http://buletinonline.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...