Monday, June 23, 2008

Liwat atas mangkuk tandas

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tindakan aneh dua lelaki berkurung hampir dua jam dalam sebuah tandas awam di sebuah pusat menjual kraftangan terkenal di ibu kota, kelmarin membongkar kegiatan jijik pasangan terbabit yang melakukan hubungan homoseksual di atas mangkuk tandas.

Pasangan lelaki gay terbabit masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dikatakan turut meliwat sesama sendiri bagi memperoleh kenikmatan hasil hubungan songsang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Kerja terkutuk itu bagaimanapun terbongkar apabila disedari seorang peniaga yang curiga melihat hubungan mesra luar biasa pasangan terbabit sebelum memasuki tandas di tingkat satu pusat jualan kraftangan yang menjadi tumpuan warga kota dan pelancong asing.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, peniaga berkenaan mengesyaki sesuatu terhadap pasangan terbabit apabila mereka tanpa segan silu memeluk satu sama lain sambil sesekali berkucupan dan mengusap penuh berahi.

Curiga dengan perangai pelik itu, peniaga berkenaan terus menghubungi detektif pusat kraftangan itu sebelum mereka mengatur strategi untuk menangkap pasangan gay terbabit.

Detektif yang enggan dikenali berkata, sejurus menerima maklumat, dia bergegas ke tandas dimaksudkan untuk menyiasat perlakuan songsang itu.

“Pasangan terbabit dipercayai melakukan hubungan terkutuk itu dalam bilik hujung tandas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut memanggil dua pengawal keselamatan untuk mengawasi kawasan itu bagi mengelakkan mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, seorang daripada pasangan terbabit keluar dengan pakaian tidak terurus manakala rambut berserabut.

“Tidak lama kemudian seorang lagi keluar dari bilik tandas sama sebelum saya dan pengawal menahan mereka.

“Pasangan terbabit pada mulanya cuba berdolak-dalih dengan mengatakan tidak membuat apa-apa, bagaimanapun selepas beberapa kali ditengking, mereka memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Pemeriksaan dalam bilik tandas itu turut menemui cecair dipercayai digunakan pasangan terbabit melakukan seks luar tabii.

Detektif berkenaan berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut dan selepas disoal siasat mereka mendakwa tandas berkenaan itu dijadikan ‘markas’ gay melakukan hubungan sejenis.

“Seorang daripada mereka yang ditahan itu bekerja sebagai tukang masak di Pulau Pinang manakala pasangannya berasal dari Sabah dan bekerja kilang.

“Lebih mengejutkan, pasangan berlainan agama itu dipercayai baru beberapa jam berkenalan sebelum mereka bersetuju melakukan hubungan sejenis,” katanya.

Difahamkan kedudukan tandas itu agak sunyi selain tidak ramai yang menggunakannya, dijadikan sarang golongan gay melakukan hubungan terlarang.

Menurutnya, sebelum ini, pasangan gay menjadikan tangga di kawasan berkenaan untuk melempiaskan hawa nafsu, tetapi selepas pihak pengurusan memasang kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan mereka menjadikan tandas awam sebagai sasaran.

1 comment:

Anonymous said...

Biar-lah mereka kerana ianya tak membahayakan orang lain. Kalau salah dari segi agama, biarlah Tuhan yang menghukumi mereka, jikalau Tuhan benar-benar murka terhadap perbuatan tersebut. Mungkin peraturan Tuhan pun sudah bertukar mengikut peredaran zaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...