Monday, July 7, 2008

Bala Allah, Lebih Dasyat Dari Bala Subramaniam

Petikan: Laman Marhaen


Maka hebohlah seantero dunia perihal Pegawai Penyiasat Razak Baginda menarik balik akuan bersumpahnya tak sampai 24 jam selepas beliau membuat akuan sumpah yang pertama. Biarpun puak-puak UMNO begitu gembira dengan perkembangan ini, namun sesuatu harus diingat bahawa laporan kedua yang dibuat oleh Bala itu adalah amat luar biasa dan secara tergesa-gesa. Ini dapat dibukti dengan situasi dan keadaan beliau yang jauh berbeza dengan sidang media semasa akuan sumpahnya yang pertama sebelum itu. Sesungguhnya kita amat terkejut dengan kenyataan akuan sumpah kedua beliau yang secara jelas telah menghina perundangan negara sebenarnya. Adalah tidak munasabah dalam masa sehari beliau boleh mengeluarkan dunia kenyataan akuan sumpah yang berbeza-beza. Ini sesuatu yang amat memusykilkan kita sebenarnya. Mana mungkin dalam masa satu hari seseorang itu boleh membuat dua akuan sumpah. Ini menunjukkan bahawa, adanya campurtangan daripada pihak berkaitan. Apakah ada tangan-tangan ajaib yang memainkan peranan dalam kes ini. Apakah juga TPM Najib turut terlibat dalam memaksa Bala menarik balik akuan sumpahnya yang dibuat secara tergesa-gesa itu? Ini bukan sahaja menjatuhkan maruah beliau sendiri, malahan juga telah memalukan imej negara.

Bayangkan begita ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan sekiranya ada diantara mereka yang tidak membaca akhbar, tidak membaca blog dan mendapat maklumat dari media massa. Dimanakah TPM ingin meletakkan muka? Bukankah ini mencerminkan imej TPM dan negara tercalar di mata masyarakat dunia !. Bukan setakat itu sahaja, malahan "rodong-rodong" Najib juga akan menerima nasib yang sama tempias isu ini. Maka adalah amat merugikan bila, kes yang sungguh sensasi ini dipermain-mainkan seperti tiba

Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mungkin Bala telah ditekan oleh pihak-pihak tertentu dalam kes yang semakin sensasi ini?. Dan kini, satu laporan polis telah dibuat oleh oleh anak saudaranya tentang kehilangan beliau semalam. Mungkihkah Bala diancam dan ditekan ataupun beliau telah mendapat "habuan lumayan" daripada pihak-pihak tertentu. Kabaran yang diterima ada mengatakan yang beliau telah mendapat habuan USD500,000. (lebih kurang RM2.5 juta) Jika benar beliau menerima habuan sebanyak itu, memang "malang" lah nasib dan semakin besarlah "Bala" yang akan menimpa BALASUBRAMANIAM selepas ini. Ke manakah hilangnya Bala? Secara tiba-tiba sahaja rumahnya berkunci dan hilangnya tidak dipasti? Ada yang mengatakan beliau kini telah berangkat secara tergesa-gesa ke India. Mungkin untuk bertafakur agaknya, ataupun mungkin ingin mencari ketenangan setelah dipanaskan dengan isu "akuan sumpah"nya itu. [Laporan ini diterima daripada SB UMNO di Kelana Jaya]

Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap Bala ini sedikit memberi tamparan negatif kepada Anwar dalam kes liwatnya ini. Namun, disatu sudut lain pula, ianya menunjukkan benarlah terdapat "konspirasi" terbaru yang bertujuan untuk menghalang Anwar daripada mengambil alih tampuk kepimpinan negara tidak lama lagi. Jika dulu, kes pertamanya kerana ketakutan Mahathir kononnya Anwar ingin mencabar beliau dalam pemilihan UMNO bagi jawatan Presiden. Kini, apa yang berlaku kepada Anwar, jelas sekali menggambarkan ketakutan pihak-pihak tertentu dalam isu politik negara mutakhir ini. Mereka mungkin tahu, jika Anwar tidak dihalang maka masa depan politik mereka semua akan hancur tidak lama lagi. Lantaran itulah sesutu perlu dilakukan, bagi menyekat dan menghalang kemaraan Anwar dipersada politk tanahair.

Apapun, kes liwat terbaru Anwar ini jelas sekali mempunyai "keraguan yang munasabah" sebenarnya. Lihat sahaja laporan polis yang dibuat oleh Saiful bahawa beliau diliwat oleh majikannya (Anwar) pada 26 Jun 2008 lalu. Apa yang menghairankan kita ialah sepatut sesuatu laporan polis itu perlu disertakan dengan "masa kejadian". Ini memudahkan pihak polis untuk membuat penyiasatan mereka. Namun, dalam kes laporan polis yang dibuat oleh Saiful sungguh menghairankan kita kerana langsung tidak dinyatakan "waktu" beliau diliwat!!. Bukankah ini adalah satu lagi "sandiwara liwat" yangg telah dirancang sebenarnya. Samalah apa yang berlaku kepada kes pertama dulu, iaitu sewaktu Azizan membuat laporan polis. Langsung tidak dinyatakan "tarikh" yang terperinci. Lantaran itulah masa kejadian diubah-ubah sesuka hati. Bukan lagi ubah masa kejadian, haribulan dan bulan malahan juga mereka mengubah "tahun" kejadian itu sendiri. Bukankah ini sesuatu yang amat menghairankan kita sebenarnya.

Justeru itu, kita amat pasti akan kes ini akan menjadi lebih "haru-biru" daripada kes pertama Anwar dulu. Namun begitu, apa yang dapat kita perkatakan disini ialah sesungguhnya orang boleh mempengaruhi "Bala" untuk menarik balik akuan sumpahnya itu, namun mereka harus sedar dan ingat "Bala" yang lebih dasyat akan diturunkan oleh Allah terhadap mereka-mereka yang zalim ini sebenarnya. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam kes pertama Anwar dulu. Anwar kini disanjung tetapi mereka yang menzaliminya di"hina" seperti Mahathir dan tidak kurang pula yang menerima nasib dan musibah seperti Rahim Noor (dipercayai merapu, koma dan lumpuh), DSP Borhan Daud (jatuh payung terjun dan tertembak kakinya sendiri ketika latihan), Dr.Qistina (mati terjatuh di Indonesia), Peguam Mokhtar Abdullah (Otaknya dibedah, tempurung kepala tidak sama saiz dengan bekas bedah tersebut akhirnya mati) dan ramai lagi. Bahkan ramai juga kini yang bakal ditimpa "bala" gara-gara kezaliman yang dilakukan. Cuma dua manusia sahaja yang kini seronok mendapat habuan kerana kes itu iaitu Musa Hassan (kini Ketua Polis Negara) dan Ghani Patail (Peguam Negara). Mereka juga mungkin tidur tak lena kini gara-gara laporan polis yang dibuat oleh Anwar kerana pembohongan mereka dulu. Apakah pula bala yang akan menimpa mereka agaknya selepas ini?. Sama-sama kita nantikan episod "Bala Kes Liwat" terbaru ini nanti.

[Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat tentang isu kenaikan minyak berjalan baik dengan kunjungan tidak putus-putus dari rakyat yang inginkan perubahan. Bukan sahaja dari seluruh negara, malahan juga dari negara jiran Singapura. Tiada gangguan jelas daripada pihak polis dan FRU, mungkin mereka pun merasa tempias kenaikan harga minyak. Apapun, polis ada mengatakan akan menangkap pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan menghasut dalam perhimpunan itu]

Blog Cucumatkilau: www.cucumatkilau.co.cc]

- Cucu Mat Kilau

06.07.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...