Oleh Murai.com | |
Rabu, 02 Julai 2008 | |
KL: Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pucuk pimpinan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 mereka diadakan di Bilik Johor & Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam. Freddie Fernandez sekali menjadi pilihan majoriti kebanyakan ahli persatuan untuk kekal menduduki jawatan sebagai Presiden bagi menerajui persatuan hiburan tersebut bagi penggal kali kedua berturut-turut. Turut mengekalkan jawatan mereka yang telah sedia ada dalam Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan Ke-9 (AGM9) ialah Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden, Datuk Paduka Julie Sudiro (Setiausaha Agung) dan Mazin Siraj (Bendahari). Kedudukan bagi AJK Karyawan juga tidak banyak berubah dan antara nama yang masih kekal ialah Khairil Khamis (Biro Pelakon), Salwa Abdul Rahman (Biro Penyanyi), Datuk Sarimah Ahmad (Biro Veteran), Raihan Sulaiman (Biro Kebudayaan), M Nasir (Biro Komposer), Satiman (Biro Pemuzik Kelab), Noramin (Biro Deejay), Nazrey Joharey (Biro Nasyid). Biro Artis Muda yang baru ditubuhkan tidak lama dulu pula diterajui Dayang Nurfaizah, manakala Biro Sukan pula berpihak kepada rocker Yanzten. Mengulas mengenai pemilihannya sebagai Presiden buat penggal kali kedua berturut-turut, Freddie berkata, dia berasa sangat bangga dan sukacita kerana masih lagi mendapat kepercayaan yaan daripada kebanyakan ahli untuk memimpin Karyawan. "Ini satu amanah yang cukup besar dan saya berjanji untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi membawa industri ke arah satu tahap yang lebih cemerlang lagi," kata Freddie sewaktu ditemui murai.com.my. Freddie juga tidak menafikan bahawa kedudukan pemilihan ahli jawatankuasa juga tidak banyak berubah dan masih lagi dikuasai kalangan orang yang sama. "Ini menandakan bahawa mereka ini masih lagi mendapat kepercayaan daripada kebanyakan ahli untuk meneruskan tugas serta tanggungjawab yang masih belum selesai. "Apapun, Karyawan kini menjadi lebih kuat dan lebih teguh bila adanya pembabitan di kalangan orang-orang baru yang masih muda. Jumlah ahli yang sedia ada kini ialah sebanyak 1,000 orang dan kini kita mempunyai 200 ahli dari kalangan artis baru dan muda. "Ia nyata memberikan kami lebih tenaga serta semangat lagi untuk meneruskan perjuangan seni artis artis kita bagi mengatasi segala masalah serta rintangan yang dihadapi mereka selama ini," katanya. Menurut Freddie lagi, selain menjaga kebajikan artis tempatan kita, objektif utama Karyawan adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi artis dengan menambahkan lagi peluang pekerjaan buat mereka. "Ada ramai artis yang mengadu tentang kurangnya peluang yang diberikan pada mereka untuk membuat persembahan. Sebenarnya hal ini bukanlah sesuatu yang unik berlaku di Malaysia. Di mana-mana pun masalah ini memang ada timbul. Tapi, janganlah ia berlaku secara keterlaluan,รข€ katanya. Dalam pada itu, Freddie berkata, Karyawan juga akan berusaha untuk menambahkan tabung kewangan mereka dari masa ke semasa menerusi beberapa aktiviti yang dianjurkan. "Setakat ini, tabungan kita sudah pun berjumlah RM176,000. Namun, jika ingin mengadakan aktiviti pembangunan demi artis serta industri kita, kita juga haruslah mendapatkan sedikit geran daripada pihak kerajaan. "Sebaliknya, menerusi wang yang telah sedia ada, ia akan digunakan untuk membantu artis yang sangat-sangat memerlukan bantuan. Tidak dinafikan, adakalanya kami terlepas pandang dengan beberapa artis yang ditimpa sakit atau pun masalah. "Kami harap sekiranya ada artis yang ditimpa masalah, datanglah atau beritahu atau berjumpa dengan kami sendiri. Kami sedia membantu walaupun mereka bukan dari kalangan ahli Karyawan," katanya. Isu yang terus diperjuangkan Mengenai beberapa isu industri yang masih belum ada penyelesaiannya, Freddie berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mengani permasalahan tersebut. "Antaranya ialah mengenai kebanjiran lagu-lagu luar di dalam stesen radio tempatan kita. Impaknya air time untuk artis kita sangat kurang sekali dan pada masa yang sama ada banyak lagu tempatan yang tidak dimainkan di radio. Inia dalah satu senario yang kurang adil. "Seperkara lagi ialah mengenai kebanjiran pemuzik luar yang membuat persembahan di hotel atau pun kelab malam. Pihak hotel sering mendakwa banawa pemuzik kita tidak menampilkan kualiti seperti yang diharapkan dan disiplin juga sangat kurang. "Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami bersama pihak kementerian akan berusaha mengadakan program latihan selama 10 hingga 15 minggu bagi mengajar mereka latihan dalam nyanyian, koreografi, percakapan, pakaian, grooming dan sebagainya. "Isu lain yang akan dititikberatkan ialah bayaran yang diberikan kepada pelakon. Setakat ini, pelakon kita tidak mendapat bayaran yang seimbang dari setiap stesen TV mahupun syarikat produksi swasta," katanya. JAWATANKUASA KARYAWAN Presiden: Freddie Fernandez Ahli Jawatankuasa: Biro Pelakon: Khairil Khamis |
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Wednesday, July 2, 2008
Freddie Fernandez kekal presiden Karyawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment