Saturday, July 5, 2008

Tentera Sedia ambil alih pentadbiran Malaysia?

Petikan Laman Marhaen

Oleh
Reformis Melayu

Mungkin ada yang merasakan berita bahawa tentera akan mengambil alih pentadbiran Negara satu perkara yang mustahil, Namun pernahkah kita bayangkan dahulu suatu hari nanti Raja Raja akan masuk campur soal perlantikan Menteri Besar? perkara yang tidak pernah kita bayangkan kini ianya berlaku dia negeri Terengganu dan Perlis selepas pilihanraya ke 12 Mac yang lalu. sedarkah kita bila Anwar diajukan soalan dari wartawan mengapa dia bersembunyi di kedutaan Turki, apa jawapan Anwar? mengikut laporan Berita Harian semalam Anwar berkata berdasarkan info risikan tentera yang beliau akan dibunuh dan dicederakan! sejak bila risikan tentera mula terlibat dalam soal Politik Negara? tapi itu bukan kali pertama kita mendengar cerita berkenaan risikan tentera, masihkah kita ingat dalam tempoh 2 minggu lepas Raja Petra dalam akuan bersumpahnya juga mendakwa laporan Altantuya yang dimilikinya juga dilakukan risikan tentera, dan laporan tersebut juga kini berada ditangan Perdana Menteri dan Khary Jamaluddin.

nampaknya keadaan kini sudah memperlihatkan bahawa tentera kini bersiap sedia dan telah lama memerhatikan perkembangan terkini politik Negara.itulah sebabnya Musa Hassan mula melakukan latihan bersama tentera, mengapa tiba tiba Musa Hassan berminat menjalankan latihan dengan tentera atas soal keselamatan Negara. kebetulan saya berjumpa dengan kenalan yang juga pegawai tentera semalam juga memberikan info yang sama iaitu kami diminta bersiap sedia.

difahamkan tujuan latihan ini juga dibuat bagi tujuan Musa Hassan mengesan melalui cawangan khasnya siapakah sebenarnya perisik tentera yang telah banyak membocorkan rahsia jahat mereka.jika dahulu badan polis berpecah dua kepada anggota polis yang menyelebelahi Musa Hassan dan Datuk ramli Yusuf yang kini disiasat atas tuduhan rasuah melalui konspirasi Musa Hassan sendiri, kini apakah ada batalion askar juga sudah berpecah 2?

benarkah sudah lama risikan tentera ini aktif meninjau politik negara? masihkah kita ingat 3 unit perisai dari Sungai Petani diminta bersiap sedia sebelum perhimpunan bersih dihadapan Istana negara, malah ketika perhimpunan ini berlangsung unit kereta perisai ini bersedia menunggu lampu hijau dari kem sungai buluh seperti yang pernah didedahkan Raja Petra. dan ramai lagi yang tidak tahu ketika Altantuya dibunuh dan diletupkan, bagaimana Polis dapat mengesan tempat kejadian dan siapakah yang diletupkan dengan begitu cepat, sebelumpun unit forensik mengeluarkan hasil siasatanya. sedangkan ia satu operasi rahsia dari kem Najib. tidakkah ada unit risikan yang membocorkan maklumat. apakah ketika itu unit risikan tentera yang memberi petunjuk kepada pembunuhan Altantuya. tidak hairanlah mengikut laporan dan akuan bersumpah Raja Petra, Rosmah dan pengiringnya berada di tempat kejadian dimana Altantuya diletupkan secara kejam dibuat oleh unit risikan tentera. malah dilaporkan seorang Sultan juga menerima laporan tersebut. Siapa kah Sultan tersebut? apakah Sultan tersebut juga kini bersiap sedia satu rampasan kuasa berlaku andai suasana politik negara menjadi tidak menentu?

Tindakan Anwar berlindung dikedutaan Turki sebenarnya adalah satu tindakan yang bijak, walaupun cuba dipertikaikan ramai pihak, saya percaya tindakan Anwar bukan kerana takut dibunuh atau didakwa, tetapi tindak balas Politik dan serangan balas diatas konspirasi Najib dan ketua Polis Negara. tujuan Anwar pertamanya ingin mendapat perhatian negara luar andai perkara buruk berlaku. kedua merencatkan usaha Polis menangkap Anwar. bayangkan, andai kini Anwar sudah ditangkap, siapa lagi yang berani mendedahkan konspirasi Najib dan pembunuhan Altantuya? sudah pasti jika hari tersebut Anwar sudah ditangkap, tidak akan ada pendedahan pendedahan menarik yang akan dilakukan, mungkin ketika itu semua sudah kecut perut, dan Najib dan Musa Hassan bergelak ketawa melihat apa yang berlaku. jadi tindak balas dan taktik Anwar menyerang Musa Hassan dan Najib adalah tindakan tepat dengan memulakan langkah berlindung di kedutaan turki.

Nampaknya ketika ini suasana politik negara kelihatan semakin menarik, apakah Musa Hassan akan memulakan kekerasan menjelang perhimpunan Protes Minyak, atau sekali lagi Anwar akan ditangkap oleh unit tindakan khas Polis. kalau ini berlaku bersiap sedialah, kerana tentera kini bersiap sedia mengambil alih pentadbiran Negara.

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda

04.07.2008

1 comment:

~ AnA FaRhAnA ~ said...

silalah melawat ke blog http://sainspolitikmalaysia.blogspot.com/..
blog ni adalah blog lecturer sy..ketua program sains politik ukm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...