Wednesday, January 14, 2009

BN terdesak isu Farid sisihkan Razali - MalaysiaKini

Fathi Aris Omar | Jan 14, 09 12:34pm

Serangan PAS terhadap calon BN yang didakwa meminggirkan bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Razali Ismail di peringkat Umno bahagian Kuala Terengganu nampaknya membuahkan hasil.

kuala terengganu by election wan farid interview 130109 03Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai ketua bahagian itu selama dua penggal, dituduh tidak memberikan ruang kepada allahyarham, waktu itu ahli parlimen Kuala Terengganu, untuk mendapat sebarang kedudukan dalam Umno.

Anggota-anggota keluarga Razali dikatakan tidak senang dengan perkembangan itu dan suara-suara mereka berkumandang dalam kalangan Umno, termasuk para penyokong BN yang akan membuang undi, Sabtu ini.

PAS mendakwa Razali seorang ahli politik Umno yang baik, bersih dan profesional dalam tugasnya tetapi tidak dihargai oleh parti itu.

Susulan serangan tersebut, BN mengambil langkah drastik mendekati keluarga Razali dan cuba menampilkan imej bahawa ia tidak mengabaikan sumbangan tokoh besar pendidikan itu yang mula dibawa ke Dewan Rakyat sejak pilihanraya umum 2004.

Malam tadi timbalan perdana menteri dan juga ketua jentera BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menghadiri majlis tahlil arwah di rumah keluarga Razali di Lorong Kenanga dalam DUN Batu Burok.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 hishammuddinand najibDatuk Seri Mohd Najib Razak diiringi oleh Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Calonnya sendiri Wan Ahmad Farid bagaimanapun tidak hadir di majlis tersebut.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan nama Razali akan diabadikan di sebuah maktab perguruan di utara bandar raya Kuala Terengganu dan sekolah menengah di kawasan parlimen ini.

Institut Perguruan Kuala Terengganu di Batu Rakit akan dikenali Institut Perguruan Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di Kg Gong Tok Nasek ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini, 24 jam sebelum hari pengundian 17 Januari ini.

Majlis perasmiannya dilaporkan akan disempurnakan oleh Najib.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 hishammuddinHishammuddin menafikan pengabadian nama tokoh pendidikan Terengganu ini bertujuan memancing undi kaum pendidik.

Mereka didakwa lebih senang menyokong BN jika pegawai kanan Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd Zuber Embong berdiri sebagai calon parti itu.

Kira-kira 5,000 guru bertugas di daerah ini tetapi difahamkan hanya lebih 3,000 orang akan menentukan nasib Wan Ahmad Farid dan pencabar dekatnya, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut, Sabtu ini.

Pilihanraya kecil parlimen ini turut disertai calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Selain itu, Najib kini sedang bergerak dari rumah ke rumah orang-orang PAS dalam usaha memastikan calon BN menambah jumlah undinya.

PAS juga menyifatkan BN terdesak apabila sanggup mengeluarkan risalah palsu Buletin Kuala yang terbitkan untuk mempromosikan Abdul Wahid dan mendedahkan isu-isu parti Islam.

kuala terengganu by election 140109 wan muthalib embongRisalah palsu itu - meniru akhbar empat halaman bersaiz A3 yang diterbitkan oleh penerangan PAS - memuatkan berita-berita negatif seperti memaparkan foto Abdul Wahid tertidur di muka depan, penghakiman kes liwat penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh membantah hudud.

Dalam sidang media hariannya, timbalan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Wan Abdul Mutalib Embong turut mendakwa pegawai pengurus pilihanraya kecil dan juga datuk bandar Kuala Terengganu menyeru 500 kakitangan majlis bandaraya mengundi BN dalam satu pertemuan pagi ini.

PAS, tambahnya , akan membuat laporan polis terhadap Datuk Mat Razali Kassim berhubung tindakannya itu dan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkannya.

kuala terengganu by election 130109 hainan temple flyerPesuruhjaya PAS Datuk Mustafa Ali pula mendakwa setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan negeri telah bertemu beberapa kumpulan kakitangan Terengganu berperingkat-peringkat setiap hari bagi memastikan mereka mengundi Wan Ahmad Farid.

Sementara MCA pula menaburkan risalah (foto kiri) dan menerbitkan iklan di akhbar-akhbar utama Cina edisi pantai Timur dengan dakwaan Abdul Wahid - sewaktu menjadi exco negeri dalam kerajaan PAS antara 1999 hingga 2004 - memainkan peranan utama merobohkan sebuah kuil dekat Kampung Cina.

Bagaimanapun barisan pembangkang yakin PAS kini masih dahului BN. Sumber-sumber PKR meramalkan rakan kongsinya itu boleh mengatasi calon Umno dengan kelebihan 20 peratus.

Sementara akhbar web PAS Harakahdaily hari ini menjangkakan calonnya akan meraih majoriti sehingga 2,000 undi.

Suspek tumbuk pengerusi Kolej New Era dibebaskan - MalaysiaKini

Lee Way Loon | Jan 14, 09 6:27pm

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan selama tujuh hari ke atas bekas pelajar Kolej New Era, Lim Ken Zhi yang didakwa menumbuk pengerusi kolej tersebut, dan memerintahkan dia dibebaskan jam 5 petang ini.

yap sin tian beaten case surrender 130109 suspect 02 blurKetika dihubungi, peguamnya KK Wong mengesahkan bahawa mahkamah telah memerintah pihak polis membebaskan Lim, 22, pada jam 5 petang ini.

Dan bekas pelajar itu telah dibebaskan pada jam 4.55 petang.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lim akan didakwa kerana didakwa menyebabkan kecederaan ke atas pengerusi senat Kolej New Era, Yap Sin Tian, yang juga presiden kumpulan pendidik Cina, Dong Zong.

Timbalan ketua polis Kajang Toha Abdullah memberitahu pemberita bahawa Lim akan didakwa jika terdapat bukti yang mencukupi.

Beliau juga berkata, Lim telah dibebaskan dengan jaminan polis.

yap sin tian new era college punched in the nose by student 130109 04Jika didapat bersalah, Lim boleh dijatuhkan hukuman penjara dan denda.

Selepas dibebaskan, Lim tidak menjawab sebarang soalan dari wartawan. Sebaliknya, Lim meminta segelas air.

Satu pasangan yang sudah berusia kelihatan di situ, dipercayai ibubapa Lim.

Ahad lalu, Lim, lulusan diploma dalam pengajian drama, telah menumbuk Yap sewaktu majlis konvokesyen, sehingga mengakibatkan Yap mengalami keretakan pada tulang pipi.

Foto insiden tersebut, yang dirakamkan dengan video, disiarkan oleh hampir kesemua akhbar utama pada hari berikutnya.

Penamaan calon di UM panas... - MalaysiaKini

Abdul Rahim Sabri | Jan 14, 09 11:05am

Hari penamaan calon pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) yang berlangsung hari ini dipanaskan dengan perang mulut kedua-dua pihak yang bertanding.

Menariknya, sahut-menyahut antara kumpulan pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi - kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa - seolah-olah mewujudkan sebuah irama.

um universiti malaya campus polls 140109 10Kira-kira 150 penyokong pro-Mahasiswa yang berpakaian oren melaungkan slogan "hidup mahasiswa", "bantah rasuah", "Gerak rasuah", "bongkar rasuah", "hope and change" dan "yes, we can can".

Sementara itu, kumpulan Penggerak Mahasiswa yang berpakaian hitam menjawab dengan slogan "fitnah, fitnah, cakap lebih buat tak ada", "hapus fitnah", dan "hancur politik luar".

Mereka diasingkan kira-kira tujuh meter di antara bangunan Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Kompleks Perdana Siswa.

um universiti malaya campus polls 140109 05Penyokong kedua-dua kumpulan bertanding - sebahagian besarnya mahasiswi - sebelum itu berkumpul di dua tempat berasingan kira-kira 200 meter daripada tempat penamaan calon di kompleks berkenaan.

Sejak jam 8.30 pagi tadi, kumpulan pro-Mahasiswa berkumpul di padang fakulti kejuruteraan bertentangan dengan tasik Varsiti.

Mereka bergerak bergerak bersama calon ke tempat penamaan calon dan tiba kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Sementara itu, kumpulan Penggerak Mahasiswa berkumpul di tempat letak kenderaan di belakang Jabatan Kimia, Fakulti Kejuruteraan. Mereka bergerak dan sampai lebih awal ke tempat tersebut.

Calon-calon mereka sebaliknya tidak turut sampai dan hanya kelihatan memasuki bangunan tempat penamaan calon kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Apabila kesemua calon bertanding kedua-dua belah pihak masuk untuk mendaftar sebagai calon, penyokong masing-masing berhenti bersorak.

Pro-Mahasiswa kali ini menggunakan tema "Hope and Change" manakala Penggerak Mahasiswa mengekalkan temo tradisi mereka "UM is One".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...