Wednesday, May 4, 2011

Gempa bumi lemah dikesan di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku berdekatan Lahad Datu, Sabah pada jam 3.43 petang ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, berkata pusat gegaran itu dikesan di 4.9 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur iaitu 79 kilometer dari barat daya Lahad Datu.



Katanya, gegaran mungkin dapat dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau dan Lahad Datu. - BERNAMA

Nasharudin akan pertahan jawatan Timbalan Presiden Pas

KUALA LUMPUR 4 Mei - Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada Pas kawasan setakat ini.

“Ya, saya akan pertahankan (jawatan Timbalan Presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti 2005.

Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi). - Bernama

Eskay nafi bekalkan wanita dalam video seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.

NONE"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia.

Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya.
alleged four full sex videos on youtube 290411 14"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.
Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".
Kekecohan di masjid

Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

NONE"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduhAnwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.
Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Selain dirinya sendiri, ahli keluarga Anwar bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menafikan ketua pembangkang itu adalah pelaku dalam video berkenaan. Mereka berkata terdapat perbezaan ketara antara ketua umum PKR itu dengan lelaki dalam video tersebut.

NONEEskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.
Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.
Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:

NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut.

Pengarah JAWI membisu kehadirannya di masjid

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat.

che mat che aliKetika banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.

NONESeorang pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.

Malaysiakinidifahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.

Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.

Pintu belakang mimbar


Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.

Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri.

NONEKatanya, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut. 

Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukanpenjelasan kenapa beliau berada di situ.

Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan.

P Pinang naikan 80% elaun kakitangan masjid

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

NONETimbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...