Menurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.
Hospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.
Kos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarikdiri.Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.
Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.


"Tidak mungkin kami boleh menang pilihan raya kecil ini. Apa yang dapat kami lakukan ialah untuk mengekalkan tahap undi popular yang kami perolehi pada 2008.
Pada pilihan raya umum 2008, BN memperolehi 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pengundinya adalah pengundi Inia, tetapi di Ladang Labis Utara pula yang diwakili 71.7 peratus pengundi India, kedua-dua pihak berkongsi undi sebanyak 50 peratus.
Secara kasar, jumlah yang menghadiri ceramah DAP pada setiap malam di Tenang Station dan Labis Tengah dilihat bertambah. Namun ramai yang berpendapat ia hanya disebabkan oleh orang ramai sekadar mahu mendengar apa yang dihujahkan oleh pemimpin-pemimpin atasan parti tersebut.
Sesetengah orang berpendapat bahawa jumlah undi daripada pengundi Cina kepada BN mungkin merosot kepada bawah 30 peratus malah bawah 25 peratus, berikutan beberapa isu yang dimainkan pihak Pakatan Rakyat seperti kenaikan tarif air dan sekolah persendirian Cina.