Tuesday, May 19, 2009

MB minta rakyat doakan kesejahteraan Sultan Kelantan

Tue | May 19, 09 | 7:12:01 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) - Rakyat Kelantan diminta bertenang dan mendoakan semoga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra berada dalam kesejahteraan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua rakyat hendaklah berdoa semoga baginda cepat sembuh kerana tiada ubat lebih mujarab melainkan doa kepada Allah Taala.

"Bagi saya ubat perkara kedua. Dan perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah berdoa. Saya berdoa dan meminta rakyat turut berdoa semoga Tuanku cepat sembuh.

"Saya tahu masalah sakit kerana saya sendiri pernah menjalani rawatan di hospital. Berdoa seramai yang boleh kerana Allah pilih mana doa yang mustajab," katanya di sini, hari ini.

Sultan Kelantan menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak Khamis lalu. Difahamkan keadaan baginda sekarang stabil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apabila berdoa beramai-ramai mungkin ada seorang dua yang dekat dengan Tuhan membolehkan doa cepat diterima.

"Saya hari-hari pergi melawat baginda kalau tidak ada keuzuran. Lagi pun saya sendiri selalu keuzuran.

"Oleh itu saya berharap rakyat bertenang dan hendaklah sering berdoa kepada baginda di mana sahaja berada," katanya.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat menziarahi baginda di HUSM.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira setengah jam berada di Wad Diraja bagi mengikuti perkembangan kesihatan Sultan Kelantan.

Keberangkatan baginda disambut Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakry Petra serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebelum itu Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga melawat Sultan Kelantan.

Ahad lalu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Ampuan Besar, Tengku Aisyah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud turut melawat baginda.

Perkhidmatan Bas Ekspres Pudu Raya Bakal Dipindah Ke Tasik Selatan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan bas ekspres yang selama ini bertumpu di Hentian Pudu Raya sehingga menyesakkan kawasan bandar raya akan di pindahkan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan yang dijangka siap tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di Hentian Pudu Raya.

"Terminal di Bandar Tasik Selatan akan dijadikan satu hab bersepadu untuk ke semua destinasi ke seluruh negara bagi memudahkan rakyat menumpu kepada satu hab sahaja ke semua destinasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pengusaha dan persatuan bas, di sini hari ini.

Beliau berkata pada asalnya terminal di Bandar Tasik Selatan digunakan bagi menampung bas ekspres dari zon selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat bagi menampung pengangkutan ke seluruh negara.

Mohamed Nazri berkata apabila terminal di Tasik Selatan siap, Hentian Pudu Raya akan dijadikan hentian bas dan teksi di dalam bandar sahaja.

Terminal Bandar Tasik Selatan boleh dihubungi menerusi dua lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Besraya, di samping digabungkan dengan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan, Komuter dan rangkaian Rel Ekspres Lapangan Terbang.

Dalam pertemuan itu pula, pelbagai cadangan diberikan untuk mengatasi kesesakan teruk di Hentian Pudu Raya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang turut hadir berkata kerajaan telah mengenal pasti sebidang tanah milik kerajaan berhampiran Hentian Puduraya untuk kegunaan bas dua tingkat dan bas ekspres.

Pengerusi Konsortium Transnasional, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata kepentingan pengguna perlu turut diambil kira, dengan meningkatkan kecekapan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

-- BERNAMA

1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

Abdul Rahim Sabri | May 19, 09 1:23pm

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

mat isa sabu md isa sabuBeliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

Shahidan dilantik MT

"Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.

Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.

Jawatan kosong


Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

shahidan kassimManakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri.

"Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu.

"Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

Kayveas nafi anggap MIC 'monyet dalam sangkar'

May 19, 09 2:56pm

Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".

kayveas ppp pc 120308 look"Mana buktinya yang saya kata demikian. Malahan, saya boleh saman mereka yang membuat kenyataan menuduh saya berkata demikian," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, anak Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, Vel Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah berkata demikian pada satu perjumpaan PPP minggu lepas.

"Itu adalah cakap dengar. Dia (Paari) dengar daripada orang lain," kata Kayveas.

Katanya terdapat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sejak bulan lepas ekoran perbalahannya dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri Datuk T Murugiah, yang juga bekas Ketua Pemuda PPP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...