Sunday, February 8, 2009

Bantahan peralihan kuasa di Perak berterusan - MalaysiaKini

Muda Mohd Noor & Andrew Ong | Feb 8, 09 10:22am

Bantahan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak berterusan apabila kira-kira 300 orang mengadakan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh malam tadi.

candle light vigil in perak 070209 04Apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy dengan dikawal pihak keselamatan, kedengaran laungan kuat 'mengboo' dan mengejek.

Tanpa menghiraukan semua itu, Dr Zambry terus berjabat tangan mereka yang menyambut ketibaannya di majlis berkenaan dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Rela.

Anggota Rela turut mengawal di kiri kanan laluan untuk memboleh Dr Zambry masuk dari pintu pagar menuju ke dewan sekolah tersebut.

Apabila Dr Zambry memasuk dewan, kumpulan tersebut mula memasang lilin dan terdengar ucapan ringkas mengenai bagaimana demokrasi telah berkubur di Perak selepas BN mengambil alih kuasa.

"Ingat, ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh dihidupkan semula," kata aktivis PKR, Simon Ooi.

'Batu nisan'


ipoh candlelight vigil fruOoi turut mengetuai laungan "Hidup rakyat", "bubar DUN" dan "pulihkan demokrasi".

Selepas kira-kira 20 minit, mereka meletakkan lilin di sekiling 'batu nisan' sebelum bersurai secara aman.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, pula tiba sejurus sebelum mereka bersurai. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Dr Zambry dalam ucapanya di majlis sambutah tahun baru Cina itu berkata, rakyat Perak tidak menerima pendekatan keganasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka bersatu untuk membawa keamanan sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini.

bn chinese new year perak celebration dinner 070209 05"Tiada seorangpun rakyat Perak yang suka kepada pendekatan keganasan.

"Saya akan bekerja bersama-sama rakyat Perak untuk membawa keamanan kepada negeri ini," katanya.

'MB semua kaum'


Dr Zambry juga menegaskan beliau adalah menteri besar untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum.

"Tidak kira warna kulit, kita semua adalah orang Perak.

"Tidak kira Melayu, Cina dan India, kita satu, kita orang Perak," katanya.

Dr Zambry juga berkata, beliau berjanji akan menjadikan negeri Perak negeri yang paling berjaya dan terkaya di Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membuktikan bahawa ia boleh menjadikan Perak negeri yang paling kaya dan berjaya.

"Kita akan lakukan lagi dan ini yang menjadi keutamaan BN," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...