Tuesday, February 1, 2011

Pelajar Malaysia di Mesir dibawa keluar menerusi laut dan udara

KUALA LUMPUR 1 Feb. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu bertambah meruncing. - Bernama

Saiful: Saya bercakap benar

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini berkata permohonan maaf oleh laman Pahang Daily Online menunjukkan beliau berkata benar dan tidak mengalami penyakit kelamin seperti didakwa laman berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Saiful dalam tulisannya di laman mohdsaifulbukhari.blogspot.com hari ini berkata beliau masih perlu mendapatkan nasihat peguamnya berhubung permohonan maaf itu.
NONE"Ini memerlukan saya mendapatkan nasihat daripada peguam saya sebelum saya membuat apa-apa tindakan lanjut.
"Antara fitnah yang telah dilemparkan; saya sakit tenat, memakai tiub di badan untuk membuang air besar, kemaluan bernanah dan banyak lagi.

"Permohonan maaf tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa selama ini saya berkata benar dan saya tidak mengalami apa-apa penyakit kronik ataupun penderitaan seperti yang di fitnah," katanya dalam satu tulisan di laman blognya.
Katanya lagi, beliau berharap isu berkenaan menjadi iktibar kepada pihak yang masih memfitnah dirinya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakanPahang Daily Onlinemenarik balik enam tulisan berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit kelamin.
Tindakan menarik balik tulisan itu diumumkan melalui satu lagi tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.
Enam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit tersebut akibat terkena sumpah laknatnya pada Ogos 2008.
Mohd Saiful membuat sumpah laknat itu susulan tindakannya tampil membuat dakwaan bahawa beliau diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua bulan sebelumnya.
Mohd Saiful merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes tuduhan liwat melibatkan bekas majikannya itu.
Perbicaraan kes berkenaan akan bersambung pada 14 Februari.

JPJ ronda laluan 'sakaratulmaut' di T'ganu

Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) akan melaksanakan rondaan 24 jam setiap hari sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dengan tumpuan di laluan paling kerap berlaku kemalangan.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata tiga jalan utama yang dikenal pasti jalan sakaratulmaut ialah laluan Jerangau-Jabor-Kuala Terengganu-Marang-Dungun, Chukai-Paka-Marang dan Jerteh (Besut)-Kuala Terengganu.

"Operasi Tahun Baru Cina 2011 JPJ Terengganu yang melibatkan 109 anggota dan pegawai akan diadakan selama sebulan bermula 21 Jan lalu hingga 20 Februari ini," katanya kepada pemberita di majlis JPJ Bersama Media, di Kuala Terengganu. 

Menurutnya selain itu, kaedah penguatkuasaan juga dipelbagaikan termasuk penguatkuasaan di terminal bas dan penguatkuasaan secara penyamaran di dalam bas ekspres.

Katanya sebanyak 69 bas diperiksa di depoh syarikat bas di Terengganu.

Selain itu beberapa kesalahan dikesan sepanjang taktik penyamaran yang dimulakan dari 7 Jan hingga 26 Januari lalu termasuk ada kes pemandu bas ekspres yang tiada lesen memandu, katanya.

Sementara itu, 16 laluan di jalan persekutuan dan lebuh raya di Perak telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering berlaku kemalangan, terutama pada musim perayaan.

Exco kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahari berkata antara jalan berkenaan ialah di Manjung (Batu 9), Km
15 Jalan Ipoh-Taiping (Kuala Kangsar), Km 12 Jalan Taiping-Sitiawan (Taiping), Km 195.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Kerian).

Turut tersenarai kawasan kemalangan ialah di Km 9 Leburaya Timur-Barat (Gerik), Km 70 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Tapah), Km 14 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang (Teluk Intan), Km 13 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik, Km 32 Jalan Kampar-Ipoh (Kampar), Km 36.5 Ipoh-Sungai Siput (Sungai Siput), Km 117 Ipoh-Kuala Lumpur (Tanjung Malum), dan Km 10 Ipoh-Kuala Lumpur (Ipoh), katanya kepada pemberita, di Ipoh hari ini.

Beliau berkata sepanjang Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina ini, seramai 400 anggota trafik bertugas di seluruh Perak dan sebahagian besar bertumpu di kawasan terbabit.

Ramly berkata secara amnya, kadar kemalangan jalan raya di negeri itu menunjukkan penurunan iaitu sepanjang tahun lepas 1,503 kemalangan berlaku membabitkan 27 kematian, berbanding 1,623 kes pada 2009 dengan 36 kematian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...