GOMBAK, 7 Mei: Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.
"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.
"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya.
"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) ke-28, dekat sini, hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata, muktamar kali ini juga harus memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.
"Bagaimana kita nak perkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.Kita tak mahu kita hanya menumpang tapi kena bersama menerajui perubahan dan kepimpinan dalam Pakatan.
"Ini cabaran besar kerana terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama dan melibatkan hukum yang merupakan cabaran kepada pemimpin-pemimpin PAS," katanya.
Menurutnya juga, PKR dan DAP akhir-akhir ini turut menerima serangan yang teruk daripada BN dan PAS sebagai parti Islam pula sering diserang berkaitan pendekatan Islam yang dibawa.
"Kita lihat sekarang cabaran dalam PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kena serang teruk dengan beberapa ahli lompat parti.
"DAP pula berhadapan dengan cabaran untuk meluaskan pengaruh untuk keluar daripada orang Cina sahaja.
"Jadi PAS dilihat dalam pendekatan agama.Jadi kita tak nak lihat pendekatan agama dalam konteks yang negatif.
"Kita tak tegaskan agama yang PAS bawa bukan tertutup tapi agama sebagai rahmat kepada seluruh alam samaada kepada orang Islam atau bukan Islam.
"Kita kena terjemahkan supaya orang bukan Islam tidak melihat PAS ini sebagai ancaman. Tapi kalau pendekatan PAS sendiri agak tetutup, menyebabkan mereka salah anggap terhadap PAS," katanya juga.
Tambahnya lagi, PAS menafikan kekalahan mereka di kesemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak disebabkan orang bukan Islam menolak dasar Islam yang dibawa.
"Ada orang cuba kaitkan kekalahan PAS di Sarawak kerana dasar Islam yang kita bawa tapi kita bantah.
"Kita dapat dokongan daripada orang Kristian.Mereka bawa kita ke rumah panjang dan bersama-sama kita dalam kempen. Jadi kita tak ditolak kerana agama.
"Ini yang perlu kita yakinkan masyarakat dan PAS perlu bersama dalam arus perubahan politik negara," katanya.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkataUtusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.
Laporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.
“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (dua dari kanan) berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
“Apakah amalan zalim (jika) warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.
"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas... Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," kata perdana menteri.
Ini kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.
"Biro politik (kebangsaan) PKR (pada 4 Mei lalu) menimbulkan bantahan terhadap senarai kabinet bayangan atas dasar portfolio yang serahkan kepada mereka adalah kurang penting.
Sambil menafikan kenyataan daripada ketua PKR Sarawak Baru Bian (kanan) semalam yang mendakwa “tidak ada perbincangan dan rundingan” sebelum senarai berkenaan diumumkan selepas mesyuarat 1 Mei, Wong berkata Baru dengan jelas menghantar tiga perwakilan ke mesyuarat berkenaan.