Wednesday, June 25, 2008

MUSANG BERBULU AYAM – ELAUN NAIK LAGI!

petikan laman marhaen


Salam,


Tuan,

Dalam keadaan rakyat tertekan dengan keadaan kos sara hidup semakin meningkat, saya sungguh kecewa apabila kerajaan yang semalamnya pada 23 Jun 2008, bermula pukul 10 pagi melalui wakil-wakil rakyat BN melaung-laungkan betapa kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi sungguh prihatin, amanah, bertanggungjawab dan adil untuk menangani permasalahan rakyat. Masalah ekonomi sekarang bersifat global maka Kerajaan tiada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga minyak. Kononnya semuanya telah difikirkan semasak-masaknya dan beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil untuk menolong rakyat. Berkokoklah si menantu yang kononnya hebat dengan hujah-hujah ekonomi tetapi semuanya kosong. Pembelit, perompak, pemfitnah dan hipokrit!!! Bak Musang berbulu ayam atau Ada Udangkah di sebalik Batu?

Sedar tak sedar, pada detik yang sama, iaitu pada 23 Jun 2008, pukul 10.04 pagi, satu pekeliling telah dimuatkan di Laman Web JPA bertajuk “Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/2008 Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Jawatan Gred Khas dan Imbuhan Tetap Keraian Bagi Jawatan Gred Khas.

{Artikel ini dikirim pada hari Isnin, Jun 23, 2008, 10:04 am dan difailkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.} (http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/10/spp102008.pdf).

Cuba teliti jadual di bawah:



Nah apa rasionalnya Kerajaan berbuat demikian. Siapakah mereka ini yang menyandang jawatan Gred Khas? Pembantu Am Rendahkah mereka ini? Penghantar suratkah mereka ini? Jurutaipkah mereka ini? Pegawai Eksekutifkah mereka ini? Penolong Pendaftarkah mereka ini? Guru dan Pensyarahkah mereka ini? Kalaupun Kerajaan nak samakan kadar elaun mereka dengan penjawat jawatan Gred Utama A, B dan C, langkah ini, pada waktu ini, sangat menghiris perasaan rakyat marhaen macam saya. Kenaikan antara 550 – 1200 yang akan diterima mereka ini setiap bulan bermula 1 Julai 2008. Bukankah mereka ni dapat kereta percuma, minyak percuma, tol percuma dan banyak lagi benda percuma yang kita tak tahu termasuklah pelbagai elaun lagi? Makan duit elaun pun tak habis. Nak kisah apa puak-puak ni. Semuanya percuma. Cuci tangan. Naiklah minyak setinggi mana pun apa mereka kisah!!!! Hai baru semalam permohonan kenaikan gaji 100% pegawai kanan GLC ditolak Kerajaan tapi tup-tup pada hari yang sama ada pula pekeliling baru untuk pegawai tinggi kerajaan. Hebat Kerajaan Abdullah. Kalau ikutkan pengetahuan sayalah, puak-puak Gred Khas C ni semuanya daripada kalangan pegawai-pegawai yang dah bersara, yang dilantik semula. Dahlah gaji dan elaun berbelas atau berpuluh ribu, itu tak dikira pencen lagi. Geng-geng ini juga mungkin dari pihak swasta yang dilantik secara kontrak seperti untuk menjadi penasihat kepada menteri. Atau yang lebih saya faham dari akal rakyat marhaen macam saya, puak-puak ni bapak menteri atau kroni-kroni menteri yang bawa masuk macamlah geng-geng di tingkat 4 tu. Walahuallam.

Sedangkan, pada masa yang sama rakyat digula-gulakan. Rakyat marhen dapat geran bantuan 150 dan 625 setahun. Itupun untuk tahun ini sahaja. Itupun belum tentu semuanya dapat kalau tidak ada masalah teknikal atau masalah pendaftaran kenderaan. Pada masa yang sama, maka berbondong-bondonglah rakyat pergi mendapatkan motosikal untuk menjimatkan kos pengangkutan. Siapa yang kaya????? Maka dibenarkanlah lebuhraya-lebuhraya seperti di Putrajaya dibuka semula untuk penunggang motosikal. Maka berduyun-duyunlah rakyat marhaen bermotosikal menggadai nyawa. Dikisahkan di Jambatan Pulau-Pinang sekarang sesak dengan motosikal kerana rakyat marhaen mula pandai berjimat cermat. Nah, di mana Prof Ir. Raden Umar kita? Sibuk sangatkah di Jabatan Pengajian Tinggi? Mana komen MIROS? PDRM@KPN? Ketua Bahagian Trafik Bukit Aman? Kalau dulu, hari-hari ada komen tentang keselamatan rakyat terutamanya penunggang motosikal. Penunggang motosikal ni ibarat meletakkan nyawa dihujung tanduk.. Wahai rakyat!!! Cuba cari alternatif lain untuk bergerak!!! Naiklah pengangkutan Awam!!! Jangan naik motosikal!!! Penunggang motosikal penyumbang utama kematian jalanraya!!!.Tapi sejak harga minyak melambung tinggi, nyawa rakyat dah tidak dipedulikan lagi. Mana dia nasihat-nasihat berbunga-bunga sebelum ini? Itulah nilai nyawa rakyat marhaen. Lagi ramai rakyat bermotosikal, lagi baguskan! Jimat duit kerajaan. Bayar 150 aje. Tak payah 625. Boleh jimat lagi. Boleh buat pembangunan mega lagi. Aduh Aduh Aduh!!!!! Makin banyak dapat hasil makin lokek Kerajaan. So yang sokong usul seramai 129 orang semalam tu, semuanya HIPOKRIT.

Jadi, tolong jawablah Abdullah dan rakan-rakan BN. Itu kita tak tengok dari perspektif hubungan kekeluargaan kita lagi? Apa nak jadi hubungan anak dengan ibu bapa yang tinggal di KL dan Pulau Pinang? Bayangkan kalau tahun 2000, boleh balik kampung sebulan sekali sekurang-kurangnya. Tahun 2004, 3 bulan sekali? Tahun 2006 bila minyak naik 30 sen, balik 6 bulan sekali!. Tahun 2008 silap-silap setahun sekali. Sebabnya budget lari, minyak naik, tol tinggi, maintenance tinggi... samalah alasan macam pengangkutan awam yang lain! Silap-silap elaun bulanan kepada ibu bapa pun boleh tertunggak. Itu baru KL-PP! Kalau JB- Kangar???? Segalanya mungkin walaupun nampak simplistic macam orang Rembau dan Padang Rengas suka sebut!!! Ini realiti hubungan insan era Hadhari.

Oleh itu kepada wakil-wakil rakyat yang terbaca artikel ini, kalau artikel ini ada nilainya untuk dibangkitkan… Bangkitkanlah jangan sampai bila bangkit nanti … terus kena soal di alam yang satu lagi!!!!!!


Ikhlas,

AAF

24.06.2008 -

Dewan kecoh, Khalid Samad selar Menteri Penerangan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Dewan Rakyat kecoh hampir lima minit berikutan berdebatan antara Khalid Samad (PAS Shah Alam) dengan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (BN Pasir Salak) selain Gobalakrisnan (KeADILan Padang Serai) selepas Khalid mempertikai kenyataan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shaberry Cheek.

Khalid yang bangun bagi meyuarakan Peraturan Mesyuarat 36 (10a) mendakwa bahawa kenyataan Shaberry yang disiarkan dalam akhbar satu penipuan.

Kenyataan yang dimaksudkan itu ialah tuduhan Shaberry terhadap Khalid yang dikatakan derhaka atau khianat dalam mencadangkan agar adanya tender terbuka terhadap telaga minyak.

Kenyataan itu kata Khalid seolah-olah menyifatkan saya ini mengkhianati amanah negara dan mahu menyerahkan hak Malaysia kepada syarikat minyak asing.

“Ini tipuisme, keliruisme yang diperjuang BN.Cadangan saya supaya hanya untuk buktikan Petronas supaya sedia memberi subsidi kepada rakyat dan tak perlu rakyat tanggung beban kenaikan harga minyak,” ujarnya.

Beliau juga berkata bahawa Menteri Penerangan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan cadangannya itu semalam.

Sejurus Khalid bercakap mengenai kenyataan Shaberry itu, Tajuddin bingkas bangun menyatakan ianya buang masa dan beliau turut memekik dengan suara yang lantang mengganggu ucapan Khalid.

Tajuddin menghamburkan beberapa perkataan yang akhirnya menyebabkan beberapa hli parlimen Pakatan Rakyat bangun dan mengecam kenyataan Pasir Salak.

Letika itu juga Gobalakrishnan bagun menyatakan kecaman terhadap ahli Parlimen Pasir Salak itu yang disifatkan tidak faham isu yang dibincangkan.

Malah berlaku tuduh menuduh antara Gobalakrisnan dengan Tajuddin dengan perkataan yang kesat antaranya ‘awak minum berapa banyak todi’(mabuk), ahli Parlimen kurang ajar dan ‘awak ni gangster’.

Akhirnya Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Wan Junaidi Tunku Jaafar meminta kesemua ahli yang bertengkar agar menghormati dewan dan duduk.

http://www.harakahdaily.net

Anwar Ibrahim dan Mimpinya

petikan http://www.drkhir.com/

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar.

Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.

Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO.

Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO.

Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian.

Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.

"Cuti sabatikal" Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya.

Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.

Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar "wajah-wajahnya" mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya.

Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Landasan Kedua Menuju Puncak

Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu.

Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik.

Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).

Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.

Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi.

Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.

Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti.

Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible.

Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut.

Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya.

Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air.

Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.

Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.

UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen.

Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.

Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.

Masalah Anwar

Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR.

Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah "ditegah" oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.

Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.

Pengajaran Kepada Kita

Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.

Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.

Previu separuh akhir Euro 2008: Semangat juang Turki tidak cukup untuk benam Jerman

Oleh Sarapin Rasikin
Rabu, 25 Jun 2008

TURKI boleh berbangga dengan semangat juang dan tidak mudah mengaku kalah yang ditunjukkan dalam kejohanan Euro 2008 ini.

Jerman pula berbekal pengalaman luas di peringkat antarabangsa di samping barisan pemain yang lebih berkualiti.

Pasukan manakah menjadi pilihan apabila mereka bertemu dalam perlawanan separuh akhir di Basel, Switzerland, hari ini (2.45 pagi Khamis waktu Singapura)?

Tidak dapat dinafikan ramai yang memilih Jerman selepas menyaksikannya menjinakkan Portugal di peringkat suku akhir.

Pada masa yang sama, tidak kurang yang mengharapkan Turki mencatat kejutan seperti apabila ia bangkit menyingkirkan Croatia menerusi tendangan penalti untuk ke separuh akhir ini.

Tetapi hakikatnya kelebihan memihak kepada Jerman, terutama dari pengalaman dan rekod kejayaan menjuarai Kejohanan Eropah sebanyak tiga kali (1972, 1980 dan 1996).

Jerman juga pernah memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu dalam 1954, 1974 dan 1990.

Bagi mencerahkan peluang Jerman ke final Euro 2008 ini, Turki sudah pasti kehilangan enam pemain dan mungkin lebih daripada itu, bergantung pada respons terhadap rawatan kecederaan masing-masing.

Penjaga gawang utama Volkan Demiril, Emre Asik, Tuncay Sanli dan Arda Turan menjalani hukuman gantung, sementara penyerang Nihat Kahveci, yang menyumbatkan dua gol ke atas Republik Czech, telah pun diterbangkan ke Sepanyol untuk menjalani rawatan, dan Emre Gungor juga terkeluar daripada pertandingan ini kerana cedera.

Kedudukan pemain pertahanan Servet Cetin dan Emre Belozoglu juga belum pasti kerana masing-masing masih dihantui kecederaan lutut dan kejang otot paha.

Jadi dapat dibayangkan betapa sukar tugas jurulatih Fatih Terim memilih kesebelasan utamanya daripada barisan pemain yang amat terhad.

Ini berbeza sekali dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew, yang mempunyai skuad bebas cedera.

Loew dijangka mengembalikan kedudukan pemain midfield Torsten Frings, yang cedera dan tidak beraksi ketika mengalahkan Portugal di suku akhir.

Kehadirannya membolehkan kapten Michael Ballack lebih bebas bergerak menambah sengatan kepada jentera serangan pasukannya.

Di samping itu, Turki perlu juga memberi perhatian kepada ancaman dua lagi pemain berbahaya Jerman iaitu gandingan penyerang Lukas Podolski dan Miroslav Klose.

Bagaimanapun, Jerman tetap perlu bekerja lebih keras untuk meruntuh dan menyusup ke kubu Turki dan cuba membolosi penjaga gawang veteran, Rustu Recber, yang kelihatan masih handal.

Kesebelasan dijangkakan.

Jerman: Jens Lehmann, Arne Friedrich, Per Mertesacker, Christoph Metzelder, Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Simon Rolfes, Michael Ballack, Thomas Hitzlsperger, Lukas Podolski, Miroslav Klose.

Turki: Rustu Recber, Hamit Altintop, Ugur Boral, Gokhan Zan, Hakan Balta, Sabri Sarioglu, Gokdeniz Karadeniz, Mehmet Topal, Mehmet Aurelio, Kazim Kazim, Semih Senturk

Pengadil: Massimo Busacca (Switzerland)

KLPos

Dakwat kekal: "Kerajaan belum cadang ambil tindakan keatas Rashid" Nazri

Oleh Saodah E'lias, Mstar
Rabu, 25 Jun 2008

KL: Kerajaan belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kenyataannya yang beliau telah diarah oleh Kabinet supaya membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum pengundian dijalankan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan kerajaan.

"Namun begitu, kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi kenyataan yang mungkin mengelirukan demi kredibiliti institusi SPR dan kewibawaan proses demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," kata beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lim mengemukakan soalan sama ada tindakan diambil ke atas Pengerusi SPR yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk membatalkan celup jari empat hari sebelum hari pengundian, dan mendakwa Abdul Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat bahawa sebab keselamatan memerlukan pembatalan penggunaan dakwat itu.

Pembatalan itu diumumkan lima hari sebelum hari pengundian 8 Mac lalu.

Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan SPR membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri berkata, ini kerana SPR selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya berhak sama ada mahu menerima cadangan yang diberikan Kabinet atau tidak.

Pada hari yang sama, Abdul Rashid memberitahu, Kabinet yang tidak meluluskan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu walaupun SPR bersetuju dengan kaedah tersebut.

Menurut Abdul Rashid, Kabinet tidak meluluskannya atas dua alasan yang kukuh dan beliau bersetuju kerana ia melibatkan keselamatan dan satu lagi daripada segi undang-undang.

Dalam jawapan bertulis itu juga, Mohamed Nazri berkata, Kabinet tidak pernah mengarahkan Pengerusi SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Kata beliau, walaupun jemaah menteri tidak menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal itu, namun mereka hanya meminta Abdul Rashid menimbangkan perkara itu dengan mengambil kira isu bahawa pelaksanaan itu mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini berbangkit di mesyuarat jemaah menteri dua minggu sebelum pembubaran Parlimen," katanya.

Jelas beliau, peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi tanpa syarat termasuk syarat mencalit jari dengan dakwat kekal.

"Hak untuk memilih tidak boleh dinafikan kepada pemilih yang tidak mahu mencalit jari mereka atau mereka yang telah dicalit jarinya, hak untuk mengundi hanya boleh dinafikan jika pemilih berdaftar hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang," katanya.

Beliau berkata, SPR diberitahu oleh jemaah menteri mengenai isu itu dan SPR menjawab dengan cadangan bahawa mereka akan menyediakan borang sumpah di setiap tempat mengundi bagi mereka yang telah mengundi tetapi tidak mahu dicalit.

"Jemaah menteri telah menjawab balik bahawa cadangan ini tidak akan dapat mengelak daripada pengundian dua kali, namun keputusan sama ada untuk meneruskan penggunaan dakwat kekal atau tidak masih terletak pada SPR sebagai autoriti yang kompeten dan bebas," katanya.

KL Pos

RM1 juta nilai pingat emas Olimpik

Oleh Meor Hisham Zulkifli

WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

Pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

"Olimpik adalah kejohanan yang paling unggul dan kerajaan berpendapat perlu diletakkan satu ganjaran tinggi agar dapat membakar semangat atlit untuk meraih pingat emas.

"Kita berharap ia akan memberi kesan yang positif dan kita kena tunggu serta lihat bagaimana hasilnya nanti. Kita merasakan jumlah ini adalah wajar kerana atlit perlu berusaha keras dan untuk menang emas, atlit terpaksa mengeluarkan belanja besar," katanya.


Najib turut mengumumkan pemenang pingat perak akan menerima ganjaran RM300,000 manakala gangsa RM100,000 bagi individu dan bagi acara berpasukan yang meraih emas, hadiah RM150,000 dijanjikan untuk setiap pemain.

"Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan pencen bulanan kepada atlit yang meraih pingat di Sukan Olimpik untuk sepanjang hayat mereka iaitu RM5,000 untuk emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000," katanya.

Pengumuman ini bermakna lima atlit yang sudah meraih pingat di Olimpik Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock (perak)serta Rashid Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek (gangsa), bakal menerima kenaikan pencen mereka bermula hujung bulan ini.

Najib turut menekankan bahawa kerajaan kini menuntut supaya kekuatan mental atlit turut diberikan penekanan dalam persediaan atlit negara kerana mendapati kelemahan itu menjadi punca atlit negara tewas dalam saingan peringkat tinggi.

"Kita menegaskan supaya selain daripada tumpuan kepada latihan secara sistematik dan komprehensif, latihan turut memberi fokus kepada kekuatan mental kerana faktor inilah yang membeza antara pasukan dan individu yang menang.

"Kita melihat sudah ada atlit negara yang mencecah ke taraf dunia tetapi yang membezakan kita dengan lawan adalah kerana kekuatan mental kita tidak dalam keadaan boleh menjamin kejayaan dalam saingan yang begitu sengit," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata imbuhan ini dilihat mampu membakar semangat atlit negara untuk meraih pingat di Olimpik selain dapat menarik minat lebih ramai atlit muda berusaha lebih keras.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, turut menganggap langkah itu yang disifatkan sebagai mengiktiraf atlit negara.

INFO

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

  • Sepanjang hayat bermula selepas menang pingat
  • 'Jurucakap BPR', Khalid nafi tuduhan Khairy

    KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Tuduhan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (BN Rembau) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Rakyat semalam kononnya Khalid menjadi jurucakap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berasas.

    Khalid yang menjawab tohmahan tersebut menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno itu yang kononnya beliau bercakap bagi pihak BPR mengenai isu siasatan ke atas seorang pegawai kerajaan negeri, Yahya Sahri.

    Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau membuat kenyataan bagi pihak BPR adalah tidak benar sama sekali

    Menurutnya, surat Pengarah BPR Selangor juga mencadangkan isu-isu berhubung ketelusan dan penanggungjawaban khususnya prosedur surat-menyurat dan pengeluaran surat sokongan.

    Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan Khairy mendakwa wakil rakyat KeADILan Bandar Tun Razak itu mengeluarkan kenyataan bagi pihak BPR tersebut berhubung siasatan terhadap pegawainya itu.

    Ketika bangun bagi menjawab tohmahan itu, Abdul Khalid berkata, beliau telah cuba menggunakan peraturan dewan untuk menjawab dakwaan Khairy tetapi tidak dibenarkan oleh Timbalan Yang diPertua, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaafar.

    Ujar Khalid lagi, kerajaan Selangor menjemput BPR menempatkan seorang pegawainya bagi membuat siasatan lanjut di pejabat menteri besar dalam surat jawapan 16 Jun lalu.

    Yahya digantung tugasnya sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar berkuatkuasa 23 Jun selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan.

    Yahya bagaimanapun mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut, dan juga melepaskan jawatan Setiausaha Perhubungan KeADILan negeri. _

    Pengarah Urusan Harakah sambut baik permit dua kali seminggu

    KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar menyambut baik kebenaran penerbitan Harakah dua kali seminggu yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

    ImageDalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.

    Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

    "Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

    Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.

    Jabatan Pengarang Harakah mampu dan bersedia

    ImageSementara itu,Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

    Menurutnya, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

    "Jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu,"jelasnya.

    Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.

    ImageBeliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

    "Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

    Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

    Semalam, Harakah menerima surat KDN bertarikh 13 Jun kepada Pejabat Urusan Harakah berhubung kebenaran permit dua kali seminggu.

    Sebelum ini, Harakah ditarik permit penerbitannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. - mks._

    Lippi Ends Careers Of Panucci, Matrix & Ambrosini

    Lippi is heavily tipped to succeed Roberto Donadoni, who is almost certain to leave his post in the coming days following the Euro 2008 quarter final exit to Spain last Sunday.

    The Viareggio-born tactician, who led Italy to World Cup glory in 2006, has already started making plans ahead of the 2010 World Cup campaign.

    The 60-year-old will bring Ciro Ferrara and Angelo Peruzzi as part of his backroom staff. The former has rejected the chance to take over as the boss of Reggina in order to be with Lippi.

    Lippi will also confirm goalkeeping coach Ivano Bordon, and doctor Enrico Castellacci.

    On the playing side of things, the Paul Newman-look-alike will immediately axe the ageing Christian Panucci, Marco Materazzi and Massimo Ambrosini, who have all probably played their last games for their country.

    Antonio Cassano is also heavily at risk, as Lippi is not convinced by the effectiveness of the Sampdoria man. Those who will be recalled are Vincenzo Iaquinta, Alberto Gilardino and Daniele Bonera, while Francesco Totti and Alessandro Nesta could be pressed out of retirement.

    Anthony Sormani
    Goal.Com

    Donadoni: I Don't Want A Penny

    he 44-year-old seems almost certain to receive his marching orders following the Euro 2008 quarter final defeat to Spain on penalties on Sunday night.

    The Italian press have been calling for Donadoni’s head, and indeed it is reported that Marcello Lippi has already been lined up as his successor.

    Donadoni signed a contract extension until 2010 just days before the Euros began, but a rescission clause was inserted that allowed the deal to be torn up if Italy failed to reach the semi finals.

    The Italian Football Federation are believed to have offered the former Milan midfielder a pay settlement of around €550,000, but Donadoni says that if he is sacked, he won’t accept a penny.

    “I said no to President Giancarlo Abete’s proposal on the day that I agreed the new deal,” Donadoni explained.

    “Financial matters don’t concern me. If he doesn’t want me to be the Coach any longer I will leave without asking for anything.”

    For all his shortcomings on the pitch, this gesture is certain to be viewed as another example of his class off the field.

    Anthony Sormani
    Goal.Com

    Komisen pengusaha stesen minyak dinaikkan

    5/06/2008 6:42pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan bersetuju menaikkan kadar komisen jualan pengusaha stesen minyak daripada 9.5 sen kepada 12.19 sen seliter untuk petrol dan 4.5 sen kepada 9 sen seliter bagi diesel berkuat kuasa hari ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia diluluskan setelah mengambil kira kenaikan kos operasi seperti yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

    Katanya, kerajaan juga memutuskan masa operasi stesen minyak di seluruh negara diseragamkan dari pukul 6 pagi hingga 11 malam.

    ``Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai ini dengan mana-mana stesen minyak yang mahu beroperasi 24 jam perlu mendapat kelulusan daripada kementerian.

    ``Pertimbangan akan diberikan berdasarkan kepada keperluan sesuatu lokasi. Langkah ini untuk membantu pengusaha meringankan beban kos elektrik dan pekerja,'' katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Utusan.

    Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

    5/06/2008 6:21pm

    PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.

    Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.

    Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.

    ``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

    ``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Pengetua, Kolej Kediaman IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

    Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali.- Utusan.

    Rosmah beri kenyataan kepada polis - Najib

    25/06/2008 12:45pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi kenyataan kepada pihak polis berhubung siasatan mengenai perakuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan tersebut.

    Menurutnya, perakuan sumpah itu tidak benar dan merupakan satu usaha untuk mencemarkan kerjaya politik beliau.

    Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asiang Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen hari ini. - Utusan

    Media tidak lagi dihalang bertugas di lobi Parlimen

    25/06/2008 12:42pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Petugas media tidak lagi dihalang untuk membuat liputan berita di lobi Parlimen hari ini walaupun sehingga tengah hari ini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pentadbiran Parlimen.

    Pita penghalang yang dialihkan oleh sekumpulan ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) petang semalam tidak lagi dipasang pagi ini.

    Semalam, media membantah peraturan baru Parlimen itu dengan memboikot semua sidang akhbar.- Utusan.

    Media bantah dihalang tugas di lobi Parlimenlimen

    KUALA LUMPUR 24 Jun - Buat pertama kalinya dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat, petugas media hari ini tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di kawasan lobi Parlimen.

    Rata-rata petugas media yang tiba pada pukul 9 pagi di bangunan Parlimen terkejut apabila dilarang berada di kawasan tersebut yang dipasang dengan pita penghalang.

    Pegawai keselamatan Parlimen menjelaskan bahawa arahan itu dikeluarkan oleh pejabat pentadbiran Parlimen. Wakil media hanya dibenarkan berada di satu sudut di hujung ruang lobi yang ditetapkan sebagai kawasan sidang akhbar.

    Petugas media, yang turut tidak dibenarkan menghampiri bilik rehat ahli Parlimen dan pejabat menteri, kemudian memutuskan untuk memboikot semua sidang akhbar.

    Seorang pegawai media kepada wakil pembangkang mendakwa mereka juga tidak dibenarkan mengedarkan sebarang kenyataan atau jawapan bertulis kepada pemberita di lobi Parlimen.

    Masalah itu turut menarik perhatian ahli Parlimen apabila sebaik sahaja persidangan Dewan Rakyat dimulakan pada pukul 10 pagi, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bangkit sambil memegang buku Peraturan Mesyuarat dan meminta arahan itu ditarik balik.

    Guan Eng berkata, arahan baru Parlimen itu menghalang para petugas media menjalankan tugas-tugas mereka.

    ''Saya merasakan arahan ini tidak menghormati peranan yang dimainkan media massa. Oleh demikian saya menyeru Tuan Yang Dipertua membenarkan petugas media menjalankan tugas mereka dengan baik dan lancar tanpa sebarang sekatan.

    ''Arahan ini juga tidak memenuhi hasrat kebebasan akhbar dan semangat Parlimen. Saya harap larangan ditarik balik," katanya, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat sesi pagi berkata, peraturan berkenaan dibuat bagi memastikan keadaan lobi Parlimen terkawal.

    ''Keadaan kadangkala bercelaru di lobi Parlimen maka berkemungkinan kerana itulah keputusan berkenaan dibuat.

    ''Memandangkan perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Bagan (Guan Eng) maka kita akan membincangkan semula peraturan baru itu dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Yang Dipertua Dewan Rakyat) dan beliau (Pandikar) akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat," ujarnya.

    Jumaat lalu, pentadbiran Parlimen menetapkan hanya lima orang wakil media cetak dari setiap syarikat boleh berada dalam bangunan Parlimen dalam satu-satu masa.

    Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) turut meminta pentadbiran Parlimen supaya menarik balik arahan tersebut bagi memudahkan petugas media menjalankan tanggungjawab mereka.

    Kira-kira pukul 2.15 petang, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bersama beberapa penyokong kerajaan mengalihkan pita penghalang yang ditempatkan di sekitar Dewan Rakyat ekoran arahan baru itu.

    Bung Moktar berkata, pihaknya juga tidak bersetuju dengan arahan itu dan sudah dua kali membangkitkannya kepada Pandikar.

    ''Kita telah meminta Parlimen memberi kelonggaran kepada petugas media kerana sebelum ini juga golongan berkenaan tidak menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

    Petugas media bagaimanapun tidak memasuki kawasan lobi Parlimen walaupun BNBBC telah mengalihkan pita tersebut kerana ia dianggap bukan keputusan rasmi pentadbiran Parlimen.

    utusan malaysia

    Eric Chia meninggal dunia di hotel miliknya


    Eric Chia


    SUNGAI PETANI 24 Jun – Ahli perniagaan, Tan Sri Eric Chia Eng Hock yang pernah menggemparkan negara berhubung kes penyelewengan dana Perwaja Steel meninggal dunia di hotel miliknya di sini pagi ini.

    Chia, 75, yang merupakan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., meninggal dunia akibat sesak nafas di bilik penginapan khasnya di tingkat 10, Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah di sini kira-kira pukul 9 pagi ini.

    Mendiang dilahirkan di Singapura pada tahun 1933.

    Difahamkan, mendiang menetap di hotel berkenaan sejak beberapa tahun lalu manakala anak-anaknya tinggal di Petaling Jaya dan di luar negara.

    Tinjauan Utusan Malaysia petang ini mendapati beberapa kakitangan hotel sibuk mendirikan khemah di kawasan letak kereta untuk dijadikan tempat mengadakan upacara penghormatan terakhir.

    Isteri kedua Chia, Puan Sri Grace Chia, 60, dan anak sulungnya, Micheal Chia, 46, turut kelihatan di pekarangan hotel untuk menguruskan majlis berkenaan.

    Bagaimanapun, mereka tidak memberikan sebarang kenyataan akhbar.

    Seorang lagi anak perempuan mendiang yang berusia 34 tahun kini menetap di Hong Kong.

    Dalam pada itu, seorang kakitangan hotel yang rapat dengan Chia, S. Muniandy, 42, berkata, setiap hari dia akan naik ke bilik Chia untuk melaporkan perkembangan operasi hotel kira- kira pukul 7.45 pagi.

    Bagaimanapun, katanya, ketika dia sampai di bilik berkenaan pagi ini, Chia masih tidur.

    “Pembantu bilik memberitahu Tan Sri tidur semula selepas makan kira-kira pukul 5 pagi.

    “Namun, kira-kira pukul 8 pagi saya menerima panggilan daripada pembantu berkenaan memaklumkan Tan Sri sesak nafas,’’ katanya.

    Muniandy yang bertugas di bahagian penyelenggaraan memberitahu, dia kemudian menghubungi doktor peribadi Chia bagi memaklumkan keadaan tersebut.

    “Doktor yang memeriksanya kemudian memberitahu Tan Sri telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi akibat serangan sakit jantung,’’ jelasnya.

    Menurut Muniandy, upacara pengebumian mayat mendiang akan dilakukan di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Petani pada Khamis ini.

    Sementara itu, Penyelia Jabatan Pendaftaran Daerah Kuala Muda, Amran Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kematian Chia petang ini.

    “Sebab-sebab kematian yang dilaporkan ialah sakit tua dan surat kematian telah dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang kepada ahli keluarga mendiang,’’ ujarnya.

    Pada 10 Februari 2004, Chia selaku Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah terhadap dana syarikat tersebut membabitkan wang berjumlah RM76.4 juta.

    Bagaimanapun, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.

    Hakim Akhtar Tahir yang mengendalikan perbicaraan dalam keputusannya menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chia.

    Selain kes Perwaja Steel, Chia juga telah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kira-kira tujuh tahun lalu.

    Dalam saman yang difailkan pada tahun 2001, Chia selaku plaintif mendakwa Guan Eng telah memfitnah beliau dalam laporan polis yang dibuat oleh ahli politik itu pada 11 April 1996.

    Pada 24 April lalu, Hakim Abdul Wahab Patail menetapkan tarikh lanjutan kes berkenaan kepada 28 Ogos ini.

    utusan malaysia

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...