Tuesday, April 19, 2011

Salim Parlan, bekas pembantu didakwa berkhalwat

PULAU PINANG 19 April – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi di sini Sabtu lalu.
Salim, 51, memakai kemeja biru dan berseluar hitam sementara Nur Diayana, 30, berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya kira-kira pukul 10 pagi.

Kedua-dua mereka juga dilihat tenang sambil memandang antara satu sama lain serta berkata “tidak mengaku bersalah” ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka berdua berhubungan tuduhan yang didakwa.
Sebelum itu, Salim hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi dengan ditemani isterinya manakala Nur Diayana kira-kira 1 jam selepas itu dengan menaiki Honda CRV kelabu.

Mengikut pertuduhan, Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi, 16 April lalu, di bilik No. 224, sebuah hotel di Batu Feringghi di sini.
Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan masing-masing dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh Wan Faridulhadi Mohd. Yusoff memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada hanya RM1,000 sahaja.

Nik Bukhari Hashimy menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes.
Beliau membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini bagi mengelak mereka menghilangkan diri semasa perbicaraan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Faridulhadi memberitahu bahawa kedua-dua anak guamnya merupakan pasangan suami isteri.
“Mereka telah bernikah di luar negara dan sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di dalam negara ini. - Utusan



Kenali jejaka tumbangkan George Chan...

Ketika ditugaskan oleh presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk menghidupkan semula kelab parti itu di UK pada 2005, Ling Sie Kiong tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia akan menjadi seorang calon pembangkang.

NONELebih-lebih lagi - ketika berusia 28 tahun - dia berjaya 
menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan keua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu.

"Saya bertemu Ong di Universiti Sheffield ketika saya mencari tajaan sebagai presiden kesatuan pelajar undang-undang Malaysia di UK," katanya dalam satu temubual melalui telefon, selepas kejayaannya itu.

"Beliau mencadangkan saya menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Saya dan rakan-rakan menerima cabaran itu. Kami kemudiannya menubuhkan cawangan di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah lamanweb untuk kelab tersebut."

Kelab juga berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari Umno dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di UK.

dap miri ceramah crowd big shotSetiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan 
mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar pandangan mengenai parti dan politikMalaysia.

Bagaimanapun, Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang 

bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, DatukHon Choon Kim. 

Ling juga biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP. Dari umur 14 lagi, dia dibawa oleh bapanya - seorang penyokong setia parti itu - untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu.

"Saya bernasib baik kerana saya berpeluang menilai dan mengenai 
kedua-dua belah pihak. Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam BN."

NONESelepas memperoleh ijazah undang-undang pada 2006, dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman pengerusi DAP Karpal Singh sebelum kembali ke Miri pada 2009.

"Pada mulanya saya mahu berkhidmat di kampung halaman melalui khidmat komuniti. Tetapi selepas menilai landskap politik selepas pilihan raya umum 2008, saya mendapati parti komponen BN masih tidak mempunyai suara dalam kerajaan. Jadi saya memutuskan untuk tampil ke hadapan," katanya.

Pada Hari Kekasih tahun ini, selain meraikannya bersama tunangnya, Ling mengisytiharkan dedikasinya kepada satu lagi 'cinta hatinya' - DAP - dan menyertai parti itu.

"SUPP tidak mempunyai kuasa sebenar dalam kerajaan yang memerintah. Apa yang boleh saya buat jika saya menyertai mereka?" jawabnya ketika ditanya mengapa dia memilih DAP.

"Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri." 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...