Wednesday, January 5, 2011

Tiada rancangan naikkan harga minyak masak

05/01/2011 2:54pm

PUTRAJAYA 5 Jan. - Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan harga minyak masak sebagaimana yang diuar-uarkan dilaksanakan sebelum Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

Hadiah Khairul Fahmi belum diperincikan

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan belum memperincikan bentuk dan harga rumah yang bakal dihadiahkan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood ketika di hubungi Utusan Malaysia memaklumkan, perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.
"Kita akan berjumpa dengan keluarga Khairul Fahmi untuk membuat perbincangan lanjut mengenai perkara ini.
"Saya enggan mengulas lanjut dan kita akan membuat pengumuman tersebut sebaik sahaja semuanya selesai," katanya di sini, semalam.
Utusan Malaysia melaporkan Khairul Fahmi menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian hadiah sebuah rumah di atas kecemerlangan beliau membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010, mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir timbal balas, minggu lalu.
Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bangga di atas kecemerlangan Khairul Fahmi pada kejohanan tersebut.
Menurut Nik Abdul Aziz, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

KJ: Siapa kata saya merajuk?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyepi selepas membuat kenyataan di Twitter bahawa ini adalah penggal terakhirnya sebagai ahli parlimen Rembau hari ini menafikan beliau akan memulaukan kempen BN pada pilihan raya kecil Tenang pada akhir bulan ini.

NONESemuanya berpunca daripada berita yang mengatakan bahawa beliau akan menjalani latihan lima minggu dengan askar Wataniah bermula minggu depan.

Dalam mesej teks ringkasnya kepadaMalaysiakini petang ini, Khairy berkata tuduhan beliau merajuk adalah karut dan menjelaskan bahawa jadual latihan telah lama ditetapkan sebelum kerusi Tenang itu kosong.

"Latihan payung terjun askar di udara itu bagi memenuhi keperluan syarat sebelum saya boleh ditauliahkan. Ia lama ditetapkan sebelum Tenang.

NONE"Saya adalah ahli politik kanan BN yang pertama di Tenang dua minggu lalu dan berharap untuk mendapatkan cuti pada hujung minggu supaya saya boleh berkempen di Tenang.

"Konsep merajuk tak wujud dalam kaamus saya,” kata Khairy.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil bagi DUN Tenang adalah pada 22 Januari ini manakala jika ada pertandingan, pengundian ditetapkanm pada 30 Januari ini.

Khairy juga dalam Twitter membidas kumpulan yang mendakwa bahawa beliau sedang merajuk.

"Pernah awak lihat orang yang merajuk bekerja keras seperti saya? Mengembara 21 kawasan parlimen, lima negeri dalam enam hari? Jangan begitu bodoh,” katanya merujuk kepada program Pemuda BN "Jelajah 1Malaysia".

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

azlanHashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...