WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS
Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata, pengurusan BTV sudah pun menemui beliau dan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan kembali stesen televisyen itu kepada kerajaan.
Difahamkan stesen televisyen itu sudah pun menghentikan liputannya ke atas negeri Sarawak dan Sabah sejak beberapa bulan lepas untuk memberi tumpuan kepada kawasan Lembah Klang.