Monday, June 29, 2009

Majlis Raja-Raja tangguh pindaan peraturan tukar agama

Jun 29, 09

Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu pada satu mesyuarat khas hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, lapor Bernama.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ke mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, apabila ibu atau bapa mereka memeluk agama lain kemudian.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Taklimat dibatalkan

Berikutan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut, satu majlis taklimat untuk ahli parlimen beragama Islam mengenai pindaan tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.

Taklimat tersebut dijadual diberikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada jam 6 petang hari ini.

Mereka dijemput oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang menjaga halehwal agama Islam.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan berhubung pembatalan tersebut, tetapi menteri yang menjaga halehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia kerana ahli parlimen terbabit sibuk dengan jadual masing-masing.

Katanya, taklimat tersebut akan diadakan kemudian tetapi tidak mengulas lebih lanjut.

Pada 16 Jun lalu, Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa pindaan tersebut sedang diperincikan oleh Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen.

Tuan Aziz: Saya dipilih sebulat suara... - MalaysiaKini

Muda Mohd Noor | Jun 29, 09

Calon BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau dipilih secara sebulat suara untuk bertanding di kerusi tersebut.

tuan aziz tuan mat manek urai by election 290609"Saya difahamkan saya disokong penuh oleh semua ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kuala Krai.

"Saya tanya pihak tertentu dalam bahagian, saya dapat sokongan penuh oleh AJK bahagian," katanya ketika diminta mengulas dakwaan ada pemimpin bahagian yang akan melakukan sabotaj terhadapnya.

Tuan Aziz yang juga ketua Pemuda Umno bahagian berkata, cerita 'kerat mengerat' di kalangan AJK Umno bahagian tidak berlaku di Manek Urai.

Katanya, hanya pihak tertentu yang menyebarkan spekulasi dan ia merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya.

"Tidak sepatutnya berlaku kerat mengerat kerana saya dipilih oleh parti dan mereka juga orang parti yang sama," tambahnya.

Tuan Aziz berkata, jika seseorang calon yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, rakyat akan menolak dan ini tidak bermakna berlaku kerat mengerat.

Peluang seimbang


Seorang AJK bahagian yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, ada ahli Umno bahagian bimbang ada kumpulan AJK yang tidak puas hati, akan mensabotaj Tuan Aziz.

Katanya, ini kerana ia pernah berlaku dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

"Kita juga meminta Tuan Aziz yang baru berumur 39 tahun itu tidak meminggirkan orang tua dalam kempennya nanti.

tuan aziz tuan mat bn candidate for manek urai by election 290609"Maklumlah beliau orang baru, rakan-rakannya orang muda dan keadaan ini boleh menyebabkan beliau lupa kepada pengundi golongan tua," katanya.

Mengenai peluang Tuan Aziz, beliau berkata, calon BN dan PAS itu mempunyai peluang yang seimbang.

Katanya, ini kerana pengaruh calon PAS, Fauzi Abdullah, tidak sama dengan bekas Adun Manek Urai, Ismail Yaacob yang meninggal Mei lalu.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai hari

Sunday, June 28, 2009

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai - MalaysiaKini

Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam piliharanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Aziz mendapat restu dan sokongan padu pimpinan parti, termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik ahli akar umbi.

Tuan Aziz, 39, juga merupakan pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut , dibuat oleh Muhyiddin dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.

"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak.

"Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

'Rekod kerja baik'


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Hari penamaan calon pilihanraya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihanraya dapat menebus kekalahan BN di kerusi tersebut pada
pilihanraya Umum 8 Mac tahun lalu.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manek Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

'Membela nasib rakyat'


Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat.

"Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula Umno dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

"Niat kita jelas, pembelaan rakyat diteruskan di bawah payung Umno dan BN. Jadi kita mahu Manek Urai dikuasi sekali lagi oleh Umno dan BN," katanya.

Jumaat lalu, PAS mengumumkan calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Saturday, June 27, 2009

H1N1: 10 panduan kuarantin di rumah

10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

bullet buttonTutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

bullet buttonKerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.

bullet buttonElakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.

bullet buttonPastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah

bullet buttonPermukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.


Panduan ini diterbitkan sepenuhnya seperti disediakan oleh Kementerian Kesihatan di laman webnya 26 Jun 2009

Pemilihan MIC: Palanivel bidas Subramaniam - mStar

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel hari ini membidas bekas timbalan presiden parti itu Datuk S. Subramaniam yang melabel beliau hanya berupa bayang-bayang dengan berkata Subramaniam perlu membuktikan pula kejayaan yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu.

Palanivel, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempertahankan dirinya dengan berkata, ahli politik yang memainkan peranan sebagai bayang-bayang akhirnya akan muncul untuk membayangi yang lain.

"Beliau (Subramaniam) menggelar saya sebagai bayang apabila saya memegang jawatan timbalan presiden, baru hanya tiga tahun. Apa pula yang beliau lakukan apabila memegang jawatan timbalan presiden sejak 1981, lebih daripada dua dekad.

"Beliau tidak pun mempunyai keberanian seperti Datuk M. Muthupalaniappan yang mahu mencabar jawatan presiden," kata Palanivel dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Subramaniam dilaporkan sebagai berkata, seseorang timbalan parti itu perlu memainkan peranan yang positif kepada parti, masyarakat dan negara dan timbalan tidak boleh berlindung di bawah tempat berteduh (presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu).

Subramaniam dikatakan membuat kenyataan itu semasa merasmikan mesyuarat agung ke-24 Persatuan Kooperatif Pelbagaiguna Nesa di Kuala Lumpur.

Subramaniam ditewaskan oleh Palanivel untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan tahun 2006, selepas Samy Vellu secara terbuka menyokong Palanivel.

Kini timbul lagi spekulasi bahawa Samy Vellu akan terus menyokong Palanivel pada pemilihan parti September tahun ini, walaupun beliau berkata beliau tidak akan menyokong mana-mana calon.

Anggota perwakilan bahagian MIC memang diketahui akan sentiasa mengundi mana-mana calon yang disokong presiden parti.

Selain daripada Subramaniam, seorang lagi calon yang dikatakan berminat untuk merebut jawatan timbalan presiden ialah Datuk S. Sothinathan yang kini menyandang jawatan naib presiden.

"Dengan menyifatkan saya sebagai hanya bayang, adakah beliau (Subramaniam) menganggap diri beliau sebagai bukan bayang. Jika tidak, mengapa beliau tidak bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan presiden Mac ini," kata Palanivel.

Mereka yang cuba menikam dari belakang akan ditolak oleh perwakilan, tambahnya.

"Inilah apa yang berlaku semasa pemilihan jawatan timbalan presiden pada 2006 di mana bayang-bayang seperti saya mampu menewaskan beliau apabila penyokong presiden menolak beliau (Subramaniam).

Palanivel berkata, Subramaniam perlu buktikan apa yang beliau telah lakukan semasa memegang jawatan timbalan presiden parti selama lebih 20 tahun, daripada melahirkan kekecewaan dan melabel orang lain.

"Saya mempunyai perjalanan yang baik selama dua dekad dalam MIC dan telah menggunakannya untuk memahami dan berhubung rapat dengan akar umbi menerusi pelbagai program yang melibatkan mereka yang kurang bernasib baik di kalangan masyarakat India.

"Kedudukan saya hingga menjadi salah orang pemimpin tertinggi MIC bukan diberi tetapi sesuatu yang saya capai hasil kerja kuat saya. Kejayaan saya hari ini merupakan hasil sokongan akar umbi di samping sokongan presiden parti," kata Palanivel.BERNAMA

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai - MalaysiaKini

Jun 27, 09

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.

Fauzi calon PAS di Manek Urai

Jun 26, 09

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Friday, June 26, 2009

King of Pop Michael Jackson is dead - LA Times


U.S. pop star Michael Jackson speaks during a news conference at the O2 Arena in London March 5, 2009. REUTERS/Stefan Wermuth
By Bob Tourtellotte

LOS ANGELES (Reuters) - Pop giant Michael Jackson, who took to the stage as a child star and set the world dancing to exuberant rhythms for decades, died on Thursday after being taken ill at his home, the Los Angeles Times said.

He was 50.

"Pop star Michael Jackson was pronounced dead by doctors this afternoon after arriving at a hospital in a deep coma, city and law enforcement sources told The Times," the newspaper reported on its website.

The paper's report followed news of Jackson's death first reported by the TMZ entertainment website.

There was no immediate comment from spokespersons for Jackson, who was known as the "King of Pop," for hit albums that included "Thriller" and "Billie Jean."

He had been scheduled to launch a comeback tour from London next month.

TMZ said on its website that "Michael suffered a cardiac arrest earlier this afternoon at his Holmby Hills home and paramedics were unable to revive him. We're told when paramedics arrived Jackson had no pulse and they never got a pulse back."

Earlier, the Los Angeles Times said the singer had been rushed to a Los Angeles-area hospital by fire department paramedics who found him not breathing when they arrived at the singer's home.

The newspaper said paramedics performed cardiopulmonary resuscitation at the scene before taking him to the UCLA Medical Center hospital.

COMEBACK CONCERTS

Jackson had been due to start a series of concerts in London on July 13 running until March 2010. The singer had been rehearsing in the Los Angeles area for the past two months.

The shows for the 50 London concerts sold out within minutes of going on sale in March.

His lifetime record sales tally is believed to be around 750 million, which, added to the 13 Grammy Awards he received, makes him one of the most successful entertainers of all time.

He lived as a virtual recluse since his acquittal in 2005 on charges of child molestation.

There were concerns about Jackson's health in recent years but the promoters of the London shows, AEG Live, said in March that Jackson had passed a 4-1/2 hour physical examination with independent doctors.

CHILD STAR TO MEGASTAR

Jackson was born on Aug. 29, 1958, in Gary, Indiana, the seventh of nine children. Five Jackson boys -- Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael -- first performed together at a talent show when Michael was 6. They walked off with first prize and went on to become a best-selling band, The Jackson Five, and then The Jackson 5.

Jackson made his first solo album in 1972, and released "Thriller" in 1982, which became a smash hit that yielded seven top-10 singles. The album sold 21 million copies in the United States and at least 27 million worldwide.

The next year, he unveiled his signature "moonwalk" dance move while performing "Billie Jean" during an NBC special.

In 1994, Jackson married Elvis Presley's only child, Lisa Marie, but the marriage ended in divorce in 1996. Jackson married Debbie Rowe the same year and had two children, before splitting in 1999. The couple never lived together.

Jackson has three children named Prince Michael I, Paris Michael and Prince Michael II, known for his brief public appearance when his father held him over the railing of a hotel balcony, causing widespread criticism.

© REUTERS 2009

Monday, June 22, 2009

Pengurus nafi Ida Nerina terjatuh akibat dipukul

Ida Nerina sedang berehat untuk sembuh, kata Fizar Harun.

PETALING JAYA: Pengurus Ida Nerina, Fizar Harun menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh ketika menaiki tangga ke ruang tamu dalam rumahnya di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, malam tadi dan mengalami kecederaan tulang belakang.

"Dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana dia tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa dan tercedera pada tulang belakangnya," jawab Fizar yang menghubungi mStar, pagi ini.

Ida menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan menurut Fizar, Ida kini sudah sedar dan keadaannya stabil.

Fizar bagaimanapun menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu.

“Tak betul kerana belum ada laporan daripada doktor. Selepas dibedah, dia kini 'ok'.

“Ida sedang berehat dan berada dalam keadaan baik,” ujar Fizar ringkas yang akan memaklumkan perkembangan Ida dari semasa ke semasa nanti.

Fizar juga memaklumkan isteri kepada Shahrin (bekas anggota Blackrose) ini akan berehat seketika daripada karier seninya sehingga dia betul-betul pulih.

"Doktor menasihatkan Ida untuk berehat sekejap daripada kerja. Jadi, dia akan menarik diri dari berlakon teater 'The Good Body'. Namun, teater ini tetap akan diteruskan.

"Selain itu, dia juga tidak dapat menjadi juri pertandingan filem pendek 'BMW Shorties'," ulasnya.

Pada November lalu, Ida dan kawan baiknya, Tania Khan mendapat tempat ketiga dalam progran realiti 'The Amazing Race Asia 3'.

Pasangan ini mendahului pasangan lain pada mulanya tetapi terkandas pada masa genting apabila mereka terlepas penerbangan ke Phuket, destinasi akhir bagi 'The Amazing Race Asia 3'.

3 lagi kes tempatan, 2 sekolah ditutup

Jun 22, 09

Tiga lagi kes penularan tempatan wabak jangkitan influenza A (H1N1) dikesan di negara ini, menjadikan semuanya tujuh kes, tidak termasuk 51 kes import.

"Kesemua lima kes import dan tiga (tempatan) jangkitan tersebut adalah warganegara Malaysia.

"Lima kes import adalah dari Australia (2 kes), United kingdom (1), Manila (1) dan Phuket (1)," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Daripada tiga kes tempatan yang terkini, seorang daripadanya murid 11 tahun di SRK Assunta 2, Petaling Jaya yang dijangkiti daripada kes-43, seorang rakan sebaya yang pulang bercuti dari Melbourne, 14 Jun lalu.

Kedua-duanya berada di bilik darjah berlainan dan akibat penularan berkenaan, sekolah tersebut ditutup mulai, menjadikan dua buah sejak semalam.

Sementara tiga lagi bilik darjah di tiga buah sekolah masing-masing di Cheras, Petaling Jaya dan Shah Alam diarah berbuat demikian hari ini.

"Buat masa ini dua buah sekolah iaitu SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala
Lumpur dan SRK Assunta 2 telah ditutup bermula
masing-masing pada 21 Jun dan 22 Jun.

"Sementara itu bagi Seri Cempaka International School, Batu 9 Cheras, Selangor; SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya di mana satu kelas sahaja telah diarah tutup di sekolah masing-masing bermula 22.

"Semua penutupan ini dilaksanakan sehingga 26 Jun 2009. Manakala bagi SM Wangsa Maju, Kuala Lumpur, satu kelas juga diarah tutup sehingga 25 Jun," kata Dr Mohd Ismail dalam kenyataan sama.

Sementara dua lagi kes penularan tempatan melibatkan dua wanita, masing-masing 25 dan 18 tahun, yang dijangkiti daripada individu yang sama (kes ke-48), seorang pelajar lelaki Universiti Toronto
warganegara Malaysia berumur 21 tahun.

Mangsa pergi ke Toronto pada 10 Jun untuk menghadiri majlis konvokesyen bersama ibunya dan tiba di lapangan terbang KLIA pada 16 Jun lalu.

Kedua-dua wanita mangsa terbaru jangkitan tersebut kini dirawat di
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sejak 20 Jun dan disahkan positif sehari kemudian.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua ibu bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlibat memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam.

"Manakala ibu bapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak bawah kuarantin di rumah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa," kata Dr Mohd Ismail lagi.

"Bagaimanapun ibu bapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan
positif hendaklah menjalani kuarantin di rumah seperti yang diarahkan
oleh kementerian.

"Kepada pelajar-pelajar dari sekolah terbabit, sekiranya mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendak segera mendapatkan rawatan di hospital."

Kementerian juga sedang mengesan kesemua kontak lima pesawat termasuk anak kapal dan penumpang bagi penerbangan-penerbangan berikut:

bullet buttonMH122 - mendarat di KLIA pada 16 Jun,
bullet buttonMH1 Delta - mendarat di KLIA pada 18 Jun,
bullet buttonMH148 - mendarat di KLIA pada 19 Jun,
bullet buttonMH705 - mendarat di KLIA pada 15 Jun, dan
bullet buttonAK837 - mendarat pada 21 Jun 2009.

Dr Mohd Ismail menambah, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat boleh menghubungi sekolah atau pejabat kesihatan daerah terdekat untuk mendapat nasihat dengan lebih lanjut.

Sejumlah 42 kes daripada 58 kes yang disahkan positif influenza A (H1N1) masih dalam rawatan di: Hospital Sungai Buloh (22 kes), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Ipoh (1), Hospital Pulau Pinang (2) dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (3).

"Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil," katanya lagi.

Kerajaan digesa haramkan Perkasa

Jun 22, 09

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

manoharan first visit to selangor state assembly building 110509 04Gesaan tersebut dibuat oleh ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan - salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf - yang dibebaskan dari tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Manohara bertanya apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

ibrahim ali 231105Sepatutnya, kata beliau, Najib tidak seharusnya mengadakan pertemuan dengan Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali, kerana ianya bercanggah dengan 'Konsep 1Malaysia' yang diilhamkannya.

Katanya, jika Umno masih memperjuangkan hak-hak orang Melayu, maka mengapa dibiarkan pertubuhan seperti Perkasa dan yang lain-lainnya tumbuh seperti cendawan, yang secara haram mendakwa memperjuang hak sesuatu kaum.

Manoharan berkata, Perkasa tidak boleh dibiarkan terus wujud dengan bertopengkan alasan untuk melindungi orang Melayu sedangkan pertuduhan itu didakwanya tidak ikhlas dalam perjuangannya.

Pengharaman Hindraf

Dalam kenyataan itu, ADUN Kota Alam Shah itu juga berkata Hindraf diharamkan tanpa sebarang sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Hindraf hanya memperjuangkan hak kaum India di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kaum India dalam keadaan terdesak dan memerlukan pertolongan.

"Integriti dan maruah kaum India Malaysia kini dalam keadaan genting," katanya sambil menambah, kerajaan BN yang Umno menjadi tunggaknya perlu belajar menghormati hak dan hasrat kaum India Malalysia.

Dalam pertemuan pada 12 Jun itu, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat, akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan

Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep berkenaan juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Kes Anwar ditunda 1 Julai - MalaysiaKini

Jun 22, 09 10:29am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.

Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut.

Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama.

Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.

Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan timbalan perdana menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

Sunday, June 21, 2009

Umno Terengganu Dirombak, Tiga Muka Baru Dilantik

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Tiga jawatan utama Badan Perhubungan Umno Terengganu menyaksikan perubahan apabila Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari badan itu digugurkan daripada jawatan masing-masing hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan rombakan itu berkata Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong manakala timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.

Ahmad Shabery sebelum ini pernah menjawat jawatan yang sama sebelum Zuber dilantik memegang jawatan itu.

Terdahulu, Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat pertama parti itu setelah beliau dilantik Ketua Badan Perhubungan Umno Terengganu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir April lepas.

Hishammuddin berkata rombakan itu adalah antara usaha untuk memulihkan kembali Umno negeri yang sebelum ini berpuak-puak dan beliau berharap dengan perubahan itu nanti semua pihak kembali bersatu demi kebaikan parti.

"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat hampir satu setengah jam itu.

Ditanya sama ada rombakan itu dilakukan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata: "Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".

Hishammuddin turut menafikan pelantikan itu menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya beliau menyifatkannya sebagai pelantikan yang adil dan mendapat 'restu' daripada semua pemimpin Umno bahagian.

"Apabila kita memihak dan kita dilihat sebagai pemimpin mirip pada puak-puak tertentu sahaja, akhirnya apa yang diharapkan tidak akan jadi satu kenyataan dan saya akan gagal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

"Akhirnya saya akan hampakan ramai di luar sana khususnya rakyat Terengganu yang mahukan kita lihat ke depan, mahukan Umno perkukuh dan pertahan parti kita di Terengganu. Saya mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak dan saya percaya hanya dapat lakukan dengan tindakan bersama," katanya.

Hishammuddin berkata antara perkara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat yang dihadiri semua pemimpin sayap parti dan semua Ketua Umno bahagian kecuali Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang kini melanjutkan pelajaran di luar negara, adalah mengenai hala tuju program untuk perkukuhkan parti.

Semua Ketua Umno Bahagian dan pemimpin sayap parti akan diberi tanggungjawab untuk merapatkan kembali perpaduan dalam parti dan mendekatkan pengundi muda, katanya.

Beliau berkata satu Perhimpunan Perpaduan Umno Melayu Terengganu akan diadakan bagi merapat dan mengukuhkan kembali ikatan dalam Umno negeri.

-- BERNAMA

Manek Urai: 3 nama diteliti sebagai calon BN

BACHOK: Sekurang-kurangnya tiga nama tersenarai untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan diadakan 14 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, nama-nama berkenaan kini sedang diteliti pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan pada bila-bila masa. "Senarai nama yang diserahkan Umno Kelantan itu kini di peringkat akhir penelitian, saya rasa keputusan mengenainya akan diumumkan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Peserta Perlumbaan EkoBudaya Kelantan 2009 di Pantai Irama di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, Sulaiman Ismail.

PAS yang memutuskan akan meletak calon bagi mempertahan kerusi DUN berkenaan yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, akan mengumumkan calon mereka pada Jumaat depan.

Penasihat jentera operasi pilihan raya Manek Urai PAS, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin pakatan pembangkang berdekatan dengan rumah penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ismail Yaakob, di Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian Ismail, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 6 Julai ini.BERNAMA

Huan keluar Gerakan jika hukuman gantung 3 tahun tidak dibatal

Naib Presiden akan putuskan dalam dua minggu ini

PETALING JAYA: Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahlian selama tiga tahun kelmarin akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik.

"Kemungkinan keluar... jika keputusan (menggantung saya) tidak dikaji semula," kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, beliau akan memutuskan mengenainya dalam tempoh dua minggu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun malam kelmarin.

Ketika mengulas lanjut keputusan CWC yang dimaklumkan semalam, Huan berkata, aspek yang dipertimbangkan sebagai alasan untuk menggantung keahlian beliau adalah terlalu remeh.

"Mereka kata mengambil tindakan kerana saya telah meminta penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang mengkritik parti... sekarang budak tiga tahun pun tahu macam mana hendak menggantung kain rentang.

"Jadi, saya tidak perlu mengajar penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang.

"Kemudian, mereka kata saya meminta 5,000 ahli Gerakan keluar parti. Mereka semua (ahli yang terbabit) ada fikiran, mereka tidak tahu berfikir sama ada nak keluar atau tidak?" katanya.

Tambah Huan, beliau juga kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum CWC mengambil keputusan.

"Umno pun ada Lembaga Disiplin yang dengar aduan dan berikan tertuduh peluang untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Ini dalam Gerakan merekalah polis, merekalah pendakwa dan mereka juga hakim," katanya.

H1N1: SJKC Jalan Davidson ditutup seminggu

KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.

Ketika mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sini hari ini, Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara bersetuju supaya sekolah tersebut ditutup selama seminggu.

Beliau berkata, dua lagi sekolah yang mencatatkan kes tersebut iaitu di Petaling Jaya dan Shah Alam hanya akan ditutup sekiranya pihaknya mendapati berlakunya penularan tempatan bagi wabak itu.

Terdahulu ketika merasmikan kempen kesedaran influenza A (H1N1) di Batu 11, Cheras, di sini yang dianjurkan oleh MCA Bahagian Serdang, Liow berkata beliau telah mencadangkan penutupan sekolah itu selepas mendapati berlakunya penularan tempatan.

"Kami berpendapat sekolah itu patut ditutup. Selagi berlaku kes penularan tempatan walaupun satu kes, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan menutup sekolah," katanya.

Sebanyak lapan lagi kes dilaporkan hari ini menjadikan kes keseluruhan yang dicatatkan setakat ini meningkat kepada 50 kes.

Ia melibatkan lima pelajar sekolah, tiga pelajar tahun lima SJK (C) Jalan Davidson, seorang pelajar tahun lima dari Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Shah Alam.

Katanya, kementerian akan melihat pelbagai kemungkinan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan virus itu tidak merebak ke sekolah-sekolah lain.

"Kita tidak mahu timbul sebarang masalah di sekolah itu, jadi kita perlu pastikan keselamatan pelajar diutamakan," katanya.

Beliau berkata, garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya sekolah itu ditutup jika berlaku penularan tempatan.

Saturday, June 20, 2009

Perompak Gagal Larikan Mesin ATM Guna Trak Angkat Susun

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki bertindak nekad merempuh cermin hadapan sebuah stesen minyak di Serdang Jaya dekat sini menggunakan trak angkat susun dengan harapan dapat melarikan mesin ATM di dalam stesen minyak itu.

Namun hasrat perompak tersebut tidak kesampaian apabila penggera keselamatan yang dipasang di dalam premis berkenaan berbunyi sejurus pintu cermin tersebut dipecahkan.

Suspek yang tidak berputus asa itu tetap mencuba berkali-kali untuk melarikan ATM berkenaan namun usahanya itu gagal apabila 'lengan' trak angkat susun itu pula melekat di pintu cermin stesen minyak tersebut.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu, perompak tersebut yang panik kemudiannya terus melarikan diri dengan meninggalkan trak angkat susun itu begitu sahaja.

"Perompak itu terus melarikan diri setelah menyedari usahanya tidak membuahkan hasil ditambah penggera sudah berbunyi.

"Ketika kejadian, stesen minyak tersebut tidak beroperasi. Polis percaya trak angkat susun itu dicuri namun kita akan siasat siapa pemilik alat itu yang ditinggalkan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Keluarga Polis Diraja Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Khalid berkata polis turut akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu bagi mengenalpasti suspek serta bilangan mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Siasatan awal mempercayai terdapat sebuah lori yang menunggu bagi membantu mengangkut mesin serta melarikan mesin ATM itu.

Beliau berkata insiden cubaan melarikan ATM menggunakan trak angkat susun itu adalah kali pertama dilaporkan berlaku di Selangor.

--BERNAMA

Manek Urai: Umno berpecah dua

Muda Mohd Noor | Jun 20, 09

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian


Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'


Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya," kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

Naib presiden Gerakan digantung keahlian

Jun 20, 09

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan digantung keahliannya selama tiga tahun. Ia diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) Gerakan malam tadi.

huan cheng guanSepanjang tempoh tersebut jawatan Huan sebagai naib presiden digantung dan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, keputusan tersebut disebut selepas CWC mempertimbangkang semua fakta dan faktor terbabit.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.

Teng berkata, semua kenyataan Huan itu yang dibuat melalui media kerana beliau dan beberapa pemimpin akar umbi parti itu membantah pelantikan seorang penyelaras dalam sebuah kawasan pilihanraya di Pulau Pinang.

Katanya, Chuan yang juga anggota CWC yang membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan penyelaras tersebut, telah membantah atas alasan orang yang dicalonkan itu dibawa masuk dari luar.

Dituduh hasut penyokong

Namun, kata Teng, jawatankuasa pusat tidak menganggapnya sebagai satu alasan yang sah.

"Hanya selepas CWC membuat keputusan, telah timbul dakwaan-dakwaan yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sebagai seorang naib presiden yang dipilih, sepatutnya saluran dalaman parti digunakan untuk menyuarakan sebarang pandangan dan sentimen, tetapi Huan dan penyokongnya memilih untuk berbuat demikian melalui media.

"Lebih teruk lagi, terdapat bukti yang menunjukkan beliau telah menghasut penyokongnya untuk menggantung kain pemidang, malah dilaporkan telah bertindak menghubungi pihak pembangkang," katanya.

Teng berkata, tindak tanduk negatif yang keterluan seperti itu tidak boleh diterima.

Tambahan lagi, katanya, ini bukan pertama kali Huan membuat kenyataan seumpama itu dalam media, walaupun tidak seserius kali ini.

Pemohonan maaf

Menurut Teng, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sendiri telah memberi amaran kepada Huan.

Tetapi kali ini, tegas beliau, Huan telah melakukan tindak tanduk yang lebih teruk lagi.

Sehubungan itu, katanya, beberapa pemimpin parti berpandangan bahawa tindak tanduk seperti itu sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal.

"Bagaimanapun, dengan mengambil permohonan maaf beliau secara bertulis dan terbuka kepada presiden, maka CWC memutuskan untuk menggantung keahliannya.

"Di bawah perlembagaan parti, jika tidak puas hati dengan keputusan tersebut, Huan berhak mengemukakan rayuan kepada jawatan pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dimaklumkan mengenai hukuman tersebut," kata Teng.

H1N1: 7 lagi kes dikesan, satu lagi jangkitan tempatan

Jun 20, 09

Tujuh lagi kes influenza A (H1N1), termasuk satu kes jangkitan tempatan, dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan keas tersebut setakat ini meningkatkan kepada 42 kes.

Kesemua kes tersebut membabitkan warganegara Malaysia. Lima kes baru itu membabitkan mereka yang pulang dari Melbourne, seorang pulang dari London dan seorang lagi adalah kontak terdekat kes ke-28 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes ke-28 ini merupakan kes jangkitan tempatan kedua, demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan hari ini.

Kes ke-36 pula membabitkan seorang pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 11 tahun, yang telah bercuti ke Melbourne pada 10 hingga 16 Jun lalu.

Dia bercuti bersama nenek (kes-31) dan ahli keluarga yang lain seramai 11 orang. Empat daripada mereka telah dikesan positif influenza A (H1N1) sebelum ini.

Mereka balik ke Malaysia pada 16 Jun dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7 pagi tanpa sebarang simpton.

Pada 17 Jun, dia telah pergi ke SRJK (Cina), Jalan Davidson, Pudu, Kuala Lumpur. Dia mula batuk pada 17 Jun dan demam keesokan harinya dan disahkan positif influenza A (H1N1) semalam.

Berikutan itu, kementerian kesihatan sedang mengesan 47 pelajar dalam satu kelas yang sama dengannya dan meletakkan mereka di bawah kurantin rumah selama tujuh hari.

Kes ke-37 adalah seorang warga Malaysia lelaki berusia 22 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes ke-38 adalah seorang pelajar berusia 14 tahun yang pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia D7 2723 pada jam 7.30 pagi 14 Jun.

Manakala kes ke-39 adalah seorang wanita berusia 27 tahun, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pramugari dengan Syarikat Penerbangan Singapura.

Kes ke-40 pula membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai ejen farmasi, yang pulang dari Melbourne dengan pesawat Air Asia D7 2723 pada jam 7.30f pagi 17 Jun.

Manakala kes ke-41 membabitkan pelajar wanita berusia 19 tahun yang pulang bersama 11 anggota keluarganya dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7.30 pagi 16 Jun.

Kes ke-42 pula merupakan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pulang dari Melbourne dengan pesawat yang sama.

30 Penghuni Pusat Serenti Dipercayai Bolos Dalam Rusuhan

BUTTERWORTH, 20 Jun (Bernama) -- Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi.



-- BERNAMA

Friday, June 19, 2009

Kes Nurin: Peniaga, adik ipar saman polis

Jun 19, 09

Seorang peniaga dan adik iparnya yang ditahan dua tahun lalu berhubung pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, memfailkan
saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap polis yang didakwa telah menangkap dan menahan mereka secara salah.

nurin jazlin jaziminMohamad Zamri Ibrahim, 35, seorang pemilik kedai pakaian, dan bekas jurutera Mohd Suhaimi Yusoff, 30, masing-masing memfailkan writ saman berasingan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil melalui firma guaman Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli.

Mereka menamakan ASP Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan, lapor Bernama

Mereka menuntut gantirugi am, ganti rugi khas, gantirugi teladan, gantirugi hukuman, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutan mereka.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin - pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak - dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian ke pasar malam
berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.

Bedah siasat mendapati Nurin mati akibat didera secara seksual.

Mahu bersih nama

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka telah dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis. Mereka berkata mereka kemudiannya telah disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan.

Mohamad Zambri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya telah bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zambri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya,

dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap polis ketika beliau berada dalam kedai milik Mohamad Zambri.

Mohamad Zambri yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini bersama-sama isterinya Norhaniyah Yusof, 35, memberitahu pemberita bahawa mereka mahu membersihkan nama mereka dan meminta supaya maruah mereka dikembalikan kepada mereka.

Mohd Suhaimi bagaimanapun tidak hadir.

Thursday, June 18, 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful - MalaysiaKini

S Pathmawathy | Jun 18, 09

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Manek Urai tanpa poster Hadi - MalaysiaKini

Jimadie Shah Othman | Jun 18, 09

Berbeza dengan pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut.

Ketiadaan poster Abdul Hadi - yang selalunya dinaikkan bersama Nik Aziz - menimbulkan spekulasi bahawa dua tokoh atasan PAS ini tidak lagi sealiran, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun PAS Kelantan menafikan tindakan tersebut ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan - yang hangat diperkatakan dan memberi tanggapan dua tokoh itu sedang bergeser.

Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri Nasir Daud berkata strategi "melokalisasi" kempen parti itu kerana Umno akan menggunakan pendekatan "menasionalkan" kempen mereka.

Bagaimanapun poster-poster belum dicetak, tambahnya lagi.

Sultan tolak idea jambatan ketiga PM

Jun 18, 09

Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.

Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.

Wednesday, June 17, 2009

Kes tempatan pertama flu H1N1

Jun 17, 09

Jangkitan selesema A (H1N1) semakin serius di negara ini, susulan berlakunya penularan wabak tersebut di peringkat tempatan yang pertama pada pesakit ke-19 daripada 23 kes, sejak sebulan lalu.

Pesakit berkenaan, seorang pelajar perempuan 17 tahun, dijangkiti daripada pesakit ke-12 akibat kegagalan kuarantin apabila tidak memaklumkan pernah berhubung dengan pelajar perubatan kes terdahulu.

Akibatnya, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kegagalan itu menyebabkan 20 orang lagi berkemungkinan terdedah kepada jangkitan H1N1.

Kementerian juga memaklumkan bahawa lima lagi kes influenza itu dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Salah satu dari kes yang disahkan positif Influenza A (H1N1) adalah kes penularan tempatan yang pertama berlaku di negara ini," kata Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Kes pertama penularan tempatan (kes ke-19) adalah seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun, warganegara Malaysia yang tidak mempunyai sejarah melawat negara (asing) yang telah diisytiharkan berlaku wabak Influenza A(H1N1).

"Beliau telah mula menunjukkan simptom batuk dan selesema pada 14 Jun 2009 jam 9 malam, dan mula demam pada keesokan harinya. Pada pagi 15 Jun 2009, kes telah pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh jam 10.00 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke-12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 13 Jun 2009.

"Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kuarantin awal ke atas kes ke-19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)."

Dr Mohd Ismail menambah, sangat penting semua kes yang disahkan
positif H1N1 memberikan maklumat lengkap supaya pengawasan dan kuarantin awal dapat dilakukan kepada semua orang yang pernah berhubung dengan mangsa, seterusnya mengelakkan risiko penularan kepada orang lain.

"Tindakan undang-undang bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil sekiranya mereka gagal memberikan maklumat yang lengkap," katanya.

Tambahnya lagi, sesuai dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kejadian Influenza A(H1N1) bil. 5/2009, kementerian juga mengeluarkan arahan seperti berikut:

bullet buttonOrang awam tidak digalakkan untuk melawat hospital. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dilarang pergi atau dibawa melawat ke hospital kecuali untuk mendapatkan rawatan.

Setiap pesakit hanya dibenarkan menerima dua orang pelawat berumur lebih 12 tahun pada satu-satu masa. Masa lawatan di hospital kerajaan dan swasta akan dipendekkan.

bullet buttonSaringan demam akan dilakukan kepada semua pelawat yang
datang melawat pesakit di semua hospital kerajaan dan swasta.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama kepada penumpang, anak kapal dan kontak kepada kes agar menghubungi melalui talian 03-88 81 02 00 atau 03-88 81 03 00 untuk mendapatkan nasihat kesihatan termasuk keperluan kuarantin di rumah.


Berikut sedutan tambahan kenyataan Dr Mohd Ismail:

Kes ke-20 merupakan seorang pelajar lelaki universiti awam
tempatan berusia 23 tahun yang telah membuat lawatan sambil belajar bersama-sama 12 orang pelajar dan pensyarah selama tujuh hari di Melbourne, Australia semenjak 7 Jun 2009.

Beliau pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam 7.15 pagi.

Turut berada dalam penerbangan ini adalah kes ke-17 (tempat duduk
barisan 5) yang telah disahkan positif influenza A(H1N1) pada 15 Jun
2009 yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kes ini mula menunjukkan simptom demam pada 14 Jun, jam 12.00
tengahari (5 jam selepas mendarat) dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 jam 9 pagi.

Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 16 Jun 2009 jam 6.00 petang dan rawatan antiviral telah pun dimulakan.

Kementerian Kesihatan sedang mengesan 37 kontak kes (penumpang kapal terbang, rombongan lawatan dan anak saudara) dan juga
anggota klinik swasta terlibat untuk dikuarantin.

Kes ke-21 adalah pelajar perubatan salah sebuah universiti di
Melbourne berusia 20 tahun yang pulang bercuti ke Malaysia dengan
penerbangan Malaysia MH 128 (tempat duduk 20K) dan sampai di KLIA pada 16 Jun 2009 jam 6.00 pagi.

Pesakit didapati demam semasa tiba di KLIA dan terus dirujuk ke Hospital Sg Buloh untuk penyiasatan dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 6.30 pagi ini.

Penyiasatan lanjut menunjukkan bahawa beliau mula menunjukkan gejala influenza pada 15 Jun 2009. Pada masa ini beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberikan rawatan antivirus.

Kes ke-22 adalah lelaki berusia 54 tahun yang mempunyai sejarah
perjalanan ke Manila atas urusan perniagaan pada 9 Jun 2009, selama tiga hari.

Beliau pulang melalui penerbangan Malaysia MH 705 (tempat duduk 32H) dan sampai di KLIA pada 12 Jun 2009 jam 8.25 malam.

Beliau mula mendapat simptom demam, batuk dan sakit kepala pada 14 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik swasta pada 15 Jun 2009 tetapi tidak dirujuk ke hospital untuk penyiasatan dan rawatan lanjut.

Beliau telah datang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 16 Jun 2009, jam 9.00 pagi dan seterusnya dirujuk dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi yang sama.

Beliau telah disahkan positif pada jam 6.30 pagi ini. Seramai tiga (orang) kontak beliau terdiri daripada isteri dan anak-anak sedang dikuarantin di rumah.

Merujuk kes ke-22 ini, Kementerian Kesihatan ingin memberi peringatan tegas kepada semua klinik dan hospital swasta agar
merujuk semua pesakit yang baru pulang dari negara-negara terlibat influenza A(H1N1) dan mempunyai gejala influenza ke hospital dengan segera untuk penyiasatan lanjut.

Kegagalan mereka mengambil tindakan sedemikian amatlah dikesalkan kerana ia membawa risiko penularan tempatan influenza A(H1N1) di Malaysia.

Kes ke-23 adalah pelajar perempuan warga Malaysia berusia 22 tahun, datang dari Melbourne melalui penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 37J) dan sampai di LCCT pada 14 Jun 2009 jam
7.15 pagi.

Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 16 Jun 2009 dan disahkan positif influenza A(H1N1) pada jam 9.30 pagi hari ini.

Buat masa ini, sejumlah 13 kes daripada 23 kes yang disahkan positif influenza A(H1N1) masih dalam rawatan di: Hospital Sungai Buloh (5 kes), Hospital Kuala Lumpur (3), Hospital Pulau Pinang (1), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah (1) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (1).

Kesemua diberikan rawatan antivirus dan dalam keadaan stabil.

K'tan tuntut royalti minyak RM1 bilion - MalaysiaKini

Jun 17, 09

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Tuesday, June 16, 2009

39 laman web, blog diharamkan

This summary is not available. Please click here to view the post.

Bayi tanpa kemaluan



Bapa bayi tanpa jantina, Rodzake Namis, 34 (kiri) menunjukkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan dirumahnya di Kampung Batu 5, Jalan Kuala Perlis dekat sini, hari ini. Turut kelihatan ialah ibu bayi, Zatul Bazamah Abd. Rahman, 26, (kanan). Foto BERNAMA

KANGAR: Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.

Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.

Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.

"Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya," kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini.

Beliau turut berkata pada masa ini anaknya membuang air kecil melalui dubur secara semula jadi.

Beliau merayu agar pakar-pakar perubatan dapat membantu mengatasi fenomena luar biasa yang dialami anak keduanya itu.

Bayi itu kini menerima rawatan pakar di HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan mereka sedang memerhati perkembangan bayi berkenaan.

"Kami diberitahu bahawa anak kami perlu menunggu sehingga dia lebih dewasa untuk menentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk jantinanya. Bagi kecacatan lain, kami diberitahu ia boleh diatasi dengan pembedahan plastik selepas bayi kami berumur empat tahun," kata Zatul Bazamah.

Namun suaminya, Rodzake Namis, 34, berharap proses rawatan dapat dilakukan semasa usia anak mereka masih kecil kerana bimbang tentang kesan emosi yang bakal dialami apabila anak mereka sudah agak dewasa

Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral

Jun 16, 09

Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan empat murid di sebuah sekolah rendah di Bintulu yang dipaksa melakukan oral seks selain diambil gambar lucah oleh seorang guru lelaki berusia 24 tahun di sekolah terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah merekodkan kenyataan daripada guru terbabit dan murid terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan.

Polis masih menyiasat kes itu dan belum ada sebarang tangkap dibuat setakat ini, katanya, lapor Bernama

"Guru terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa...kita hanya akan

melaksanakan tangkapan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris setempat hari ini menyebut kejadian itu didakwa berlaku antara 14 Mei dan 15 Mei lalu, membabitkan murid Tahun Dua dan Tahun Empat.

Guru Besar dan warden sekolah terbabit difahamkan membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, semalam.

Seksual luar tabii

Sementara itu, Pegawai Siasatan Seksual/Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Suraini Hussain berkata jenayah seksual luar tabii, terus meningkat sejak 2006.

Katanya,walaupun kes yang dilaporkan tidak mencapai angka ribuan seperti kes rogol, namun ia dianggap serius kerana yang menjadi mangsa majoritinya adalah remaja bawah 18 tahun.

Dalam tempoh 2006 hingga April tahun ini, 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan penuntut kolej.

Lebih membimbangkan, katanya, dalam tempoh yang sama, terdapat dua kes yang membabitkan jenayah seksual luar tabii terhadap binatang.

Beliau memberitahu Bernama bahawa peningkatan setiap tahun kes membabitkan jenayah seksual luar tabii adalah serius dan terdapat kes seperti itu yang tidak dilaporkan kerana mangsa merasa malu selain bimbang identiti diketahui.

"Kita takut statistik ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun jika tidak dibendung," katanya.

Pada tahun 2006, sebanyak 180 kes jenayah seksual luar tabii dilaporkan, meningkat 51 kes pada 2007 menjadikannya 231 kes, dan bertambah 12 kes lagi pada 2008 menjadikan 243 kes.

Hukuman berbeza


Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.

Bagi keselahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377 CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang

seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Suraini berkata bahawa dalam kebanyakan kes mangsa kenal suspek.

"Contohnya, mereka keluar bersama dan kemudiannya mangsa dipaksa melakukan hubungan seksual luar tabii," katanya.

Pengalaman hitam

Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, berkata gejala seksual luar tabii dilakukan untuk mendapat lebih keseronokan dan kepuasan terutama apabila perlakuan seks itu menyakitkan orang lain.

Katanya dari kajian yang dilakukan, kebanyakan pelaku seksual luar tabii
mempunyai pengalaman hitam dalam hidup seperti pernah melalui kesakitan atau diperlakukan dengan kejam sehingga menjadikannya seorang pendendam.

"Sebab lain ialah tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seks biasa seperti dalam perkahwinan, jadi apabila ada ruang dan peluang di depan mata, mereka menggunakannya untuk mencapai kepuasan tersebut," katanya.

Dr Mariani berkata beliau pernah diberitahu oleh seorang wanita yang mengakui mencapai nikmat melalui seks luar tabii dengan memasukkan sesuatu melalui duburnya.

Katanya dalam perlakuan seks luar tabii seperti liwat melibatkan sesama lelaki tidak banyak menimbulkan syak wasangka.

"Contonya jika lelaki membawa perempuan ke hotel, pastinya akan menimbulkan syak tetapi kalau lelaki dengan lelaki, siapa yang sangka?" katanya.

Dr Mariani berkata paparan melalui media selain filem dan drama mengenai kisah hubungan luar tabii turut memberi rangsangan kepada golongan berkenaan.

Monday, June 15, 2009

Tindakan jerit, pakai lilitan "Bubar DUN" memalukan - Nazri

KUALA LUMPUR: Tindakan melaungkan dan memakai lilitan "BUBAR DUN" oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan sebahagian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi tadi disifatkan sebagai "tindakan memalukan."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang oleh pembangkang sempena majlis angkat sumpah Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"(Apa yang berlaku) satu perkara yang amat memalukan kerana tidak menunjukkan satu teladan, satu contoh sebagai ahli Yang Berhormat.

"Saya kesal dan berharap ia tidak menjadi contoh, berharap tindakan dan perangai ini tidak mewakili pandangan majoriti ahli-ahli Parlimen," kata Nazri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

Nazri mengulas tindakan Nizar yang melaungkan "bubar DUN" dan kemudian mengikat lilitan "BUBAR DUN" Perak sambil diikuti beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Nizar memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang awal April lalu.

Termasuk beliau tujuh wakil rakyat Pakatan diarah keluar Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mereka 'digantung' selama dua hari ini sehingga esok.

Jelas Nazri, setiap pihak yang memasuki Dewan Rakyat dikehendaki mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan.

"Pakaian kita pun, masuk ke dalam Dewan ditetapkan oleh kod pakaian," katanya.

Sebarang pakaian di luar kod etika, kata beliau, jika hendak diamalkan perlu mendapatkan kebenaran Speaker, kata Nazri.

"(Malah) apa-apa dokumen yang hendak diletakkan di atas meja (wakil rakyat di Dewan) pun kena mendapat kebenaran," katanya.

Mengenai komen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pemakaian lilitan diamalkan di negara lain, Nazri memberitahu, "kalau Ketua Pembangkang kata di luar negara, itu di luar negara, ini Malaysia... tak boleh dilakukan, perlu dihormati."

Ketika ditanya mengapa pemakaian lilitan di kalangan wakil rakyat dibenarkan semasa kempen anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum, beliau memberitahu, banyak perkara yang dilakukan pada masa lalu adalah atas "dasar terlepas pandang."

"Yang penting daripada pemerhatian mata Speaker, kalau Speaker tidak nampak terlepaslah... tapi apabila perkara gila berlaku macam pagi tadi, dia menarik perhatian, tiba-tiba ramai yang pakai.

"Maka daripada segi perhatian Speaker dan mengambil keputusan dia.

"Dulu dia pakai lilitan, kita tak sedar pun, kita tidak tahu pun ada yang pakai... ada juga Ahli Parlimen yang tidak membangkitkan perkara itu pun.

"Jadi keputusan dibuat berdasarkan tarikan perhatian berdasarkan perkara itu baru kita ambil keputusan (mengarah keluar Dewan Rakyat)," katanya.

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen - MalaysiaKini

Jun 15, 09

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Sunday, June 14, 2009

Usul haram SIS: Penjelasan Khalid Samad

Jimadie Shah Othman | Jun 14, 09

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, mereka tidak berniat menggalakkan penggunaan kuasa untuk berdakwah "pihak yang berbeza pandangan dengan aliran Islam arus perdana", seperti Sisters in Islam (SIS).

"Memang banyak pendirian SIS yang kita tidak senangi, tidak setuju dan kita rasakan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan di sebalik usul itu, supaya tindakan diambil dan diperbetulkan.

"Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Beliau mengulas usul yang dicadang PAS kawasan itu dalam muktamar PAS lalu yang meminta kerajaan menyiasat dan mengharamkan SIS sekiranya aliran dan pandangannya bertentangan dengan syariat Islam.

Usul PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas oleh muktamar ke-55 PAS minggu lalu. Usul itu berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Dapat bantahan meluas


Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan - PKR dan DAP - serta sejumlah NGO dan individu.

Khalid berkata, Islam menggariskan beberapa panduan berdakwah, seperti disebut dalam al-Quran, antaranya, menggunakan pendekatan berhikmat, memberi nasihat dam berhujah dengan cara yang baik dan menarik.

Beliau berkata, kaedah dan pendekatan tersebut telah digunapakai sejak lama dahulu, termasuk oleh tokoh besar Islam Imam al-Ghazali.

Katanya, usul itu asalnya dicadangkan Dewan Muslimat PAS kawasan itu, tetapi tidak dibincangkan dalam mesyuarat kawasan pada 19 April lalu, sebaliknya dibawa ke mesyuarat khas pada 23 April.

Khalid berkata, dalam mesyuarat itu, PAS Shah Alam bersetuju mengubah beberapa perkataan dalam usul itu yang boleh menimbulkan salah faham seperti perkataaan "mengharamkan" dan "pemulihan".

Selepas itu, tambah Khalid, ia diserahkan kembali kepada Dewan Muslimat bagi membetulkannya.

'Saya terlepas pandang'


"Tetapi oleh kerana sibuk dengan pilihanraya kecil Penanti ketika itu dan sibuk merasmikan mesyuarat agung menjelang muktamar, saya terlepas pandang," tambahnya.

PAS Shah Alam akan menulis kepada PAS pusat pada hari ini atau esok, bagi menerangkan pendirian mereka serta melampirkan kronologi kejadian tersebut, katanya.

Bagaimanapun, bekas ahli biro politik PAS itu berkata, mereka tidak perlu meminta maaf kepada SIS.

"Kalau perlu saya akan minta maaf kepada PAS terlebih dahulu. Kalau ikut ayat ini, kita tidak kata apa-apa. Tetapi imej buruk ini bukan kena kepada SIS tetapi PAS. Ia mengukuhkan persepsi salah kepada kaedah dan pendekatan PAS itu sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, tidak timbul juga isu menariknya balik kerana ia bukan usul sebenar yang telah dipinda, dan sepatutnya kepada ibupejabat.

Walaupun menafikan beliau disabotak pihak-pihak tertentu, Khalid mengakui usul tersebut telah mencalarkan sedikit imej PAS.

SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri

KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.

Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.

"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.

Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.

"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.

"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA

SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri

KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.

Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.

"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.

Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.

"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.

"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA

Pindaan dilulus 'selepas pengiraan undi penuh emosi' - MalaysiaKini

Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09

Kongres khas PKR hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu "selepas pengiraan undi yang penuh emosi".

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan 'pengiraan undi penuh emosi' itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.

'Kemungkinan p'raya mengejut'

"Dengan sokongan jelas dan padu yang ditunjukkan dalam kongres ini, kepimpinan PKR bersedia membangun dan mengukuhkan parti demi menghadapi kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak dan Sarawak pada masa depan," kata Jonson.

Malaysiakini difahamkam, dalam perbahasan cadangan itu - yang tertutup kepada media - terdapat beberapa perwakilan tidak bersetuju dengan beberapa bahagian tertentu dalam cadangan pindaan itu.

Juga difahankan seorang perwakilan menyifatkan pertukaran nama bahagian dan cawangan kepada cabang dan ranting "tidak bersifat progresif".

Beliau sebaliknya mencadangkan istilah zon dan kawasan. Ucapan itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Seorang lagi perwakilan dikatakan meminta cadangan had umur keanggotaan Angkatan Muda PKR diturunkan daripada 40 sehingga 35 tahun ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia belum sesuai dilaksanakan lagi buat masa ini.

Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.

Saturday, June 13, 2009

Azizah: PKR mahu laksana pemilihan langsung elak politik wang

NILAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang melangsungkan kongres nasional khas bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah membolehkan pemilihan langsung akan membantu mengelakkan masalah politik wang.

"Sejarah membuktikan sebuah tamadun akan musnah apabila menularnya amalan rasuah dan diamal menjadi budaya.

"Justeru kita mengambil sikap proaktif dengan mencadangkan pindaan Perlembagaan ini," kata beliau dalam ucapan perasmian presiden sebentar tadi. Lebih 1,00 perwakilan menghadiri kongres khas hari ini, yang sepatutnya diadakan Februari lalu di Kedah.

Kongres diadakan di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di sini.

Pindaan yang dibincangkan hari ini merupakan paling komprehensif sejak parti ini ditubuhkan satu dekad lalu.

Pindaan sebelum ini diadakan pada 2001.

Antara pindaan lain yang dibincangkan ialah mengehadkan tempoh pegang jawatan presiden, menambah bilangan naib presiden, memperkenalkan istilah baru bagi menggantikan nama bahagian dan cawangan.

Wan Azizah menjelaskan, PKR akan memberi tanggungjawab secara langsung kepada seluruh ahli untuk memilih pemimpin yang mereka yakini.

"Sekiranya pindaan ini diluluskan para perwakilan, maka parti kita akan menjadi parti yang paling demokratik di Malaysia.

"Walau jiwanya muda namun langkahnya perkasa. Penghapusan sistem perwakilan dengan meletakkan hak dan tanggungjawap kepada setiap ahli akan mampu menghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik di dalam parti kita," kata beliau.

BERITA TERDAHULU

Kongres Khas PKR bahas pindaan perlembagaan

NILAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang melangsungkan Kongres Nasional Khas bagi meminda perlembagaan parti itu.

Lebih 2,000 perwakilan menghadiri kongres khas hari ini, yang sepatutnya diadakan Februari lalu.

Kongres diadakan di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di sini.

Pindaan yang dibincangkan hari ini merupakan paling komprehensif sejak parti ini ditubuhkan satu dekad lalu.

Antara pindaan yang dibincangkan ialah mengehadkan tempoh pegang jawatan presiden, menambah bilangan naib presiden, memperkenalkan istilah baru bagi menggantikan nama bahagian dan cawangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Parti Keadilan Rakyat akan memberi tanggungjawab secara langsung kepada seluruh ahli untuk memilih pemimpin yang mereka yakini.

"Sekiranya pindaan ini diluluskan para Perwakilan, maka parti kita akan menjadi parti yang paling demokratik di Malaysia.

"Walau jiwanya muda namun langkahnya perkasa. Penghapusan sistem perwakilan dengan meletakkan hak dan tanggungjawap kepada setiap ahli akan mampu menghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik di dalam parti kita," kata beliau dalam ucapan perasmian presiden.

Peruntukan memberi hak secara langsung memilih pemimpin pusat merupakan antara yang akan dibahaskan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...