Tengku Temenggong Kelantan ,Tengku Muhammad Fakhry Petra dan isteri, Cik Puan Temenggong ,Manohara Odelia Pinot pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin di kampung Kota , Kota Bharu April lalu.KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry tengah hari tadi memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali taat setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan kepada isterinya, Manohara Odelia Pinot.
Tuntutan wang sebanyak RM972,750 yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal tuntut taat setia pula di Mahkamah Syariah Kota Bharu.
Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty.
Tuntutan difailkan melalui peguam Tengku Muhammad Fakhry, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari pukul 12 tengah hari tadi.
Mahkamah menetapkan 2 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kedua-dua kes tersebut.
Zainul turut memfailkan permohonan interlocaltry kepada mahkamah untuk memohon menyampaikan saman diluar bidang kuasa mahkamah kerana Manohara kini berada di Indonesia.
Sebelum ini dilaporkan Tengku Muhammad Fakhry mengarahkan Manohara, 17, kembali taat kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang dituntut syarak dan tugas Cik Puan Temenggong Kelantan seperti diperakui undang-undang.
Tengku Temenggong menegaskan tempat isteri di sisi suami dan dia perlu mematuhi perintah jika tidak melanggar hukum syarak.
Manohara melarikan diri ke Indonesia ketika mengikut suaminya ke Singapura menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Mt Elizabeth pada 1 Jun lalu.
Sekembalinya ke Indonesia, Manohara memberitahu media negara itu dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini.
"Dan Manek Urai adalah sebahagian daripada strategi untuk menaikkan gelombang kebangkitan rakyat itu," kata Husam.
Turut hadir di majlis tesebut termasuk Bendahari PAS pusat, Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai; Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood;
Menurut Husam lagi, dasar keadilan untuk semua kaum, yang menjadi dasar parti, menyebabkan PAS diterima oleh semua kaum.
Kira-kira 50 penduduk berhimpun sekitar jam 9.30 pagi untuk mendesak kerajaan membuang tol yang menjadi isu selama ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku pagi ini. Mereka mematuhi arahan polis supaya bersurai.
Ia ditutup oleh Grand Saga atas arahan Lembaga Lebuh Raya (MHA) ekoran pertikaian perundangan antara Grand Saga dengan pemanju Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn Bhd.