Friday, March 25, 2011

Video seks: Polis tahan dua lelaki, rampas bukti

Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

NONEThe Star Onlineyang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.


azlanBeliau juga dalam satu kenyataan media yang difakskan kepadaMalaysiakini berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu.
Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

rahmi thamby chik in bukit aman police storySelain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Pembalak: MB Pahang, pembantu tipu saya RM300k

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

NONEBercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis 
SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno 
Pahang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak. 

Pilihan raya Sarawak: Talkin untuk SUPP?

ANALISIS Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 April ini sebagai tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, masa berdetik untuk SUPP - parti kedua terbesar dalam gabungan kerajaan negeri - berjuang untuk survival dalam pilihan raya yang mungkin paling getir sejak penubuhannya pada 1959.

Dalam pilihan raya negeri 2006, parti dominasi kaum Cina itu mengalami kekalahan paling teruk apabila tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

george chan hong namMereka yang kecundang termasuk dua timbalan menteri dan seorang 
datuk bandar dari SUPP. Tanggal pengundian pada 20 Mei, dianggap oleh presidennya, Datuk George Chan ketika itu, sebagai saat paling gelap dalam sejarah 46 tahun parti itu.

(ADUN Engkilili, Johnichal Rayong yang bertanding atas tiket SNAP, melompat menyertai SUPP selepas pilihan raya negeri, untuk membolehkan parti itu menguasai 12 kerusi).

Walaupun terdapat jaminan untuk memperkukuhkan semula parti itu, tetapi pertelingkahan dalaman melibatkan semua pemimpinnya meletup sejurus selepas pilihan raya, dengan Chan dipertanggungjawabkan di atas kekalahan parti itu, dan mencetuskan desakan supaya beliau melepaskan jawatan presiden.

Walaupun Chan (kanan) dan barisan kepimpinan berjaya memujuk para pencabar supaya menarik balik pencalonan mereka dan mencapai permuafakatan tiada pertandingan dalam pemilihan parti 2008, namun pertelingkahan antara pemimpinnya berterusan hingga hari ini.

"Perpecahan dalam SUPP berterusan kerana ia melibatkan kepentingan peribadi antara pelbagai puak dalam parti itu. Ia tidak boleh ditangani dengan mudah," kata seorang penyelididik dan penulis Chan Eng Seng.

Menurutnya, pertelingkahan dalaman SUPP dicerminkan dalam kontroversi baru-baru ini berhubung pemilihan calon bagi kerusi tertentu, termasuk Padungan, Meradong and Dudong. 

MCLM putuskan hubungan dengan Snap

Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) mengambil keputusan memutuskan perhubungannya dengan Parti Nasional Sarawak (Snap) dengan mendakwa mereka “curiga” berhubung akriviti terbaru parti yang dihidupkan semula itu.

NONEObjektif utama kerjasama dengan Snap, kata presiden MCLM, Haris Ibrahim adalah bagi menangani masalah masyarakat terpinggir di Sarawak dengan usaha menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

"Tujuan kami adalah bagi menubuhkan sebuah kerajaan pro-rakyat,” kata Haris sambil menambah MCLM sejak beberapa hari kebelakangan ini mendapat maklumat bahawa calon Snap dan beberapa pemimpinnya secara tiba-tiba mendapat dana yang besar.

"Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperolehi dari Kuala Lumpur atas arahan daripadan BN,” kata Haris pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Tiada bukti konklusif tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya.

Jika maklumat itu benar, menurut Haris, ia satu pengkhianatan paling teruk kepada rakyat yang telah ditekan selama 30 tahun.

Malaysia perlu wujud liga badminton: Chong Wei

BAGI memajukan sukan badminton tanah air, satu liga badminton perlu diwujudkan di negara ini. 

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata dengan adanya liga berkenaan pemain akan lebih kompetitif. 

Menurutnya, beliau sendiri merasai perubahan selepas menyertai liga badminton di China dan Indonesia. 

“Banyak saya pelajari ketika beraksi dalam liga badminton China mahupun Indonesia. Semestinya banyak perbezaan antara liga Indonesia dan China. 

“Contohnya di China penontonnya lebih ramai dan pemain lebih agresif. Liga juga berlangsung selama empat bulan, berbanding Indonesia hanya satu minggu sahaja,” katanya selepas sidang media program amal Hope & Smile, di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis berkenaan, Chong Wei yang bersimpati dengan nasib mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun berazam membantu mereka terlibat melalui program Hope & Smile. 

“Idea ini tercetus sebaik saja saya menonton siaran berita televisyen luar negara CNN ketika di Birmingham dan mahu menyumbang sesuatu kepada mereka. 

“Jadi selepas berbincang dengan perunding saya,mereka bersetuju untuk mengadakan perlawanan amal dan saya akan menjemput kawan baik saya Taufik Hidayat supaya orang ramai boleh datang sekali gus menyalurkan sumbangan mereka. 

“Bagaimanapun, Taufik masih belum memberi kata putus. Selain itu, saya juga akan menjemput rakan lain termasuk Hafiz Hashim bagi membantu menjayakan program ini. 

Majlis amal ‘Hope & Smile’ akan diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) pada 2 April dan di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur (3 April). 

Chong Wei turut berbesar hati menyumbang dua raket, jersi hitam dan kuning serta sepasang kasut digunakan ketika menjuarai All England 13 Mac lalu pada acara lelong program amal itu. 

“Saya menyasarkan sebanyak RM1 juta dapat dikumpulkan. Hasil lelongan dan sumbangan akan disalurkan terus kepada mangsa gempa bumi dan tsunami melalui kedutaan Jepun di Malaysia,” katanya.

Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'




Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

NONEMenurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari (kiri) mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...