Tuesday, October 4, 2011

Siasatan: Polis langgar SOP di Hospital Tung Shin

Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageDalam satu kenyataan lewat petang ini, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kata Mahmood.

Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

NONE“Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam hospital," kata Mahmood.

Siasatan dalaman itu juga mengesahkan gas pemedih mata dilepaskan dari arah premis Waz Lian oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di luar kawasan hospital.
Dakwaan tak benar

“Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan,” kata Mahmood lagi.

Laporan siasatan itu juga menyatakan bahawa 'bom asap' telah dilontarkan oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan Hospital Bersalin Cina (CMH).

NONE“Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan dari Tung Shin.

“Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) sejak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011,” katanya. 

Menurut Mahmood, keputusan merujuk senarai polis yang melanggar peraturan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya, membuktikan bahawa kerajaan serius memastikan setiap kakitangan menghormati garis panduan kerja yang ditetapkan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3“Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada mulanya menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar yang telah diedarkan secara meluas di Internet mencadangkan sebaliknya. Ini memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan “Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan".

Jutawan: Chin Peng okay, tapi mahu balik

Jutawan Perak Koon Yew Yin telah bertemu dengan Chin Peng di Bangkok dan mengesahkan bahawa laporan akhbar yang mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai tenat adalah tidak benar.

"Kedua-dua gambar (atas dan bawah, kanan) membuktikan bahawa Chin Peng masih hidup," kata Koon dalam satu kenyataan melalui e-mel hari ini.

NONEKoon berkata beliau bercuti di Bangkok dengan rakannya Yap Lim Sen, yang kebetulan adalah kenalan keluarga lama Chin Peng.

Apabila dimaklumkan mengenai kesihatan Chin Peng, Yap mengaturkan satu majlis makan malam dengan bekas pemimpin komunis itu di Hotel Novotel pada Ahad lalu.

Koon melaporkan bahawa Chin Peng masih rindu untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan masih mengikuti perkembangan semasa negara ini.

"Di bawah dasar 1Malaysia, Chin Peng berharap kerajaan akan membenarkan beliau untuk kembali ke negara ini untuk membuktikan tiada dendam disimpan terhadap PKM kerana kedua-dua pihak menentang musuh kolonial yang sama.

"Ia juga akan menjelaskan salah faham dan tanggapan serta putar belit yang telah melanda pemahaman kita di masa lalu dan meletakkan persediaan asas untuk perpaduan kaum dan solidariti," kata Koon.

Koon Yew YinBeliau juga melahirkan rasa kebimbangannya mengenai polarisasi kaum yang semakin melebar dan berharap kerajaan akan menunjukkan belas kasihan dengan membenarkan Chin Peng kembali ke negara kelahirannya.

Koon (kiri) adalah pengasas IJM Corporation, Gamuda Bhd dan Mudajaya Group Bhd dan juga seorang dermawan.

Beliau pernah cuba untuk menderma RM30 juta untukpembinaan asrama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahma (Utar) tetapi ditolak kerana universiti itu tidak dapat bersetuju dengan beberapa syarat yang dikemukakannya.

ADUN Johol meninggal dunia

ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini. 

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.
NONE
Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...