Sunday, January 2, 2011

Isu perletakkan Jawatan Misbun Sidek

PARIT BUNTAR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit berhubung peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton negara. 

Beliau yang terkejut dengan laporan itu berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada alasan diberikan Misbun.

"Jadi, apabila tiada alasan kemungkinan Misbun mempunyai alasan tersendiri. Saya akan dapatkan maklumat daripada BAM, kebetulan pula Presidenya (Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh) berada di luar negara. Saya akan tunggu laporan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Shabery diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, sebagai mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Disember yang dihantar melalui emel ke pejabat BAM. 

Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. 

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan daripada Misbun bagi mengenal pasti punca sebenar bekas jaguh badminton negara itu bertindak demikian. 

"Apakah keadaan sebenar yang berlaku, apakah peletakan jawatan itu biasa atau ada perkara yang tidak kena dalam pengurusan terutama dalam program latihan yang ditentukan. 
"Ini kerana saya sangat percaya apapun tindakan yang dilakukan oleh Misbun adalah berasaskan kepada kepentingan negara kerana kepentingan negara mesti diletakkan di atas segala-galanya," katanya. 

Ditanya sama ada beliau akan meminta Misbun menangguhkan peletakan jawatan itu, Ahmad Shabery berkata beliau perlu mendengar penjelasan kedua-dua pihak sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan memastikan prestasi badminton negara tidak terjejas sekiranya Misbun tetap dengan keputusannya. 

Beliau juga memberi jaminan persiapan "Road To London" juga akan diteruskan seperti biasa. 

Mengenai kebimbangan beberapa pemain akan menarik diri daripada BAM berikutan tindakan Misbun, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan itu. 

Menerusi bimbingan Misbun, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All England tahun lalu serta meraih pingat emas pada Temasya Olimpik Beijing 2008. 

Misbun juga membimbing Mohd Hafiz Hashim ketika menjuarai All England pada 2003. - BERNAMA

Mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat

RANTAU PANJANG, 2 Jan. - Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat banjir di pekan ini meningkat kepada 494 orang pagi ini berbanding 280 orang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Stesen Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Cina Rantau Panjang untuk menampung peningkatan mangsa banjir berkenaan.
Kesemua 494 mangsa daripada 130 keluarga itu dipindahkan secara berperingkat dari malam semalam sehingga pagi ini, katanya. - Bernama

Pembeli-belah Perlu Bayar 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik, Setiap Sabtu

PETALING JAYA: Orang ramai di seluruh negara perlu membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik apabila mereka membeli-belah di pasar raya besar, pasar raya dan kiosk stesen minyak Petronas pada setiap Sabtu.
Langkah mengenakan bayaran tersebut yang telah pun dilaksanakan di Selangor dan diperkenalkan untuk mengurangkan lapan bilion beg plastik digunakan setiap tahun di negara ini, mengejutkan ramai pembeli-belah.
Lain-lain perkembangan:
> Jumlah bayaran yang dikenakan itu akan disalurkan ke dana khas untuk memberikan faedah kepada persekitaran dan komuniti;
> Pembeli-belah di Pulau Pinang perlu membayar beg plastik tersebut di tempat-tempat berkenaan setiap hari; dan
> Pengusaha industri plastik di Pulau Pinang yang tidak menyenangi langkah tersebut nekad untuk mengagihkan 30,000 beg plastik secara percuma kepada orang ramai.

Some People Should Be Banned From the Museum of Wax Figures!

Look at these photos and see what not to do when you are in a museum or some other similar public institution.









 




Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung. 

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...