| KL Pos Oleh Wartawan KLpos.com | |
| Khamis, 24 Julai 2008 | |
| BERITA terbaru ini boleh dikategorikan sebagai khabar angin. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.
Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi. Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut. Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut. Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur. "Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit. Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi. Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi. Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain. Anwar sejak 8 Mac lalu sering mengulangi Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pertengahan September ini. Kulim-Bandar Baharu Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.
Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain. Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini. Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli. Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah). Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok. Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut. Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu. Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan. Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR. Perjumpaan Umno-PAS Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu. "Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat. "Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya. |
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Friday, July 25, 2008
Eksklusif: Bandar Tun Razak?
P.Pinang serah akhbar rasmi kerajaan kepada 'Suara Rakyat'
| KL Pos Oleh Faisal Mustaffa | |
| Jumaat, 25 Julai 2008 | |
| PP: Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini akan membuka tender kepada orang ramai berhubung dengan pengeluaran akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Suara Rakyat Pulau Pinang. Sebelum ini, akhbar rasmi Kerajaan Negeri dipanggil Wawasan Rakyat Pulau Pinang sepenuhnya dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Suara Rakyat Pulau Pinang pertama kali dikeluarkan pada 23 Julai 2008. Pengumuman tersebut dikeluarkan sendiri oleh exco Perdagangan Tempatan dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim bagi keluaran akan datang yang dicadangkan dapat diterbitkan pada September akan datang. Menurut Abdul Malik, tender terbuka dibuka selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang diamalkan iaitu Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT). Dengan tender terbuka ini, Abdul Malik berharap ianya akan menjadi sebuah akhbar yang dimiliki rakyat dengan membenarkan kumpulan rakyat sivil untuk menyumbang dan mengambil bahagian dalam pengisian penerbitan ini nanti. "Ia akan menjadi pelantar penting bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak Kerajaan khususnya Ketua Menteri", jelas Abdul Malik dalam sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Berkaitan dengan isu penerbitan, pihak Kerajaan Negeri akan memohon lesen penerbitan. Namun, Abdul Malik juga menyeru kepada pihak-pihak yang berminat untuk memohon lesen yang sama dengan sendiri bagi urusan penerbitan tidak dihalang oleh pengeluaran lesen penerbitan. Buat masa ini, peruntukan yang diasingkan untuk penerbitan ini ialah RM276 ribu untuk empat keluaran. Dalam keluaran sulung, kerajaan Negeri membelanjakan RM85 ribu yang dicetak sebanyak 20,000 naskah. Sungguhpun keluaran sulung diterbitkan dalam bentuk majalah, Abdul Malik memberitahu ianya tidak mustahil bagi keluaran akan datang berbentuk tabloid atau dalam apa juga bentuk. "Semuanya bergantung kepada cadangan-cadangan dalam tender terbuka yang berkuatkuasa serta-merta." Memandangkan penerbitan akan datang diharapkan dapat mewakili rakyat, Kerajaan juga berhasrat untuk melibatkan jawatankuasa sidang pengarang nanti dari kalangan para pengarang akhbar, media serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). Dalam keadaan lain, terdapat beberapa pihak yang merasakan projek penerbitan seperti Suara Rakyat Pulau Pinang satu pembaziran serta memfokuskan majalah seperti In-Penang. Abdul Malik tidak menafikan kepentingan In-Penang sebagai mewakili kerajaan dalam menyatakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitar negeri ini tetapi Suara Rakyat Pulau Pinang akan memfokuskan kepada suara rakyat sendiri mengenai isu dan harapan mereka terhadap kerajaan negeri. "Kita juga tidak menambah sebarang peruntukan, ianya tetap RM276 ribu sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1999", tambah Abdul Malik lagi. "Mengapa pihak-pihak ini tidak membangkitkan perkara ini sebelum pilihanraya?" "Malah, ini projek cadangan mereka dan memandangkan kerajaan ini kerajaan rakyat, maka kebebasan diberikan kepada rakyat demi kepentingan mereka," tambah Abdul Malik. |
Wednesday, July 23, 2008
Pembangkang gagal pecah-belahkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
| KL POS Oleh Faisal Mustaffa | |
| Selasa, 22 Julai 2008 | |
| PP: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Sharif Shah Omar Shah gagal dalam percubaan memecah-belahkan ahli-ahli exco dalam Pakatan Rakyat dengan pertikaikan perlantikan Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri mengenai jawatan tersebut semasa menajwab soalan lisan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Sharif memetik laporan akhbar yang melaporkan temuramah Jeff Ooi yang memberi kenyataan mengenai pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang seolah-olah melangkaui kuasa Ketua Menteri.Daripada soalan tambahan beliau, perlantikan tersebut tidak dibawa berbincang dan mendapat persetujuan daripada anggota- exco negeri. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa menjawab soalan tersebut terus bertanyakan ke semua anggota exco pada masa yang sama di dalam dewan dan tiada sesiapa pun membangkang malah bersetuju dengan perlantikan tersebut. Menurut Ketua Menteri, jawatan Ketua Staf kepada Ketua Menteri bertanggungjawab ke atas pengendalian dan penyelarasan tugas-tugas yang dijalankan, memberikan input berkaitan strategi dan dasar yang dapat merealisasikan wawasan kerajaan Negeri menjadi sebuah Bandaraya Antarabangsa menerusi sistem Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT). Guan Eng juga memberitahu bahawa jawatan tersebut menjadi pemudahcara di antara beliau dan kumpulan-kumpulan pakar dalam bidang ekonomi, pelancongan, perubatan dan engkomputeran yang boleh membantu pembangunan ekonomi negeri. Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong berkhidmat secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau ganjaran. Guan Eng juga memperli Arif Shah yang sengaja melaga-lagakan ADUN dari Pakatan Rakyat dan menasihati Arif untuk membahaskan isu yang berdasarkan fakta. |