Cardozas says:-
Patut tukar tajuk "Parti KITA sasar tak hilang deposit dalam PRU 13"
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah menyasar untuk merampas semua kerusi yang disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pengerusinya, Zamil Ibrahim berkata parti itu bakal bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
"Kita akan bertanding untuk 12 kerusi DUN iaitu Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Gurun, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Bakar Arang, Sidam, Kuala Ketil, Lunas dan Kulim.
"Enam kerusi Parlimen pula ialah Alor Setar, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Manifesto Parti KITA Kedah hari ini.
Beliau berkata semua kawasan itu berpotensi untuk menang berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, yang menyaksikan kebanyakan pengundi gemar beralih arah, dan bukan kawasan tradisi.
"Misalnya di Bukit Selambau dan Pantai Merdeka, kita lihat Pakatan Rakyat pernah menang dan Barisan Nasional (BN) pun pernah menang... ia menunjukkan kawasan ini tidak pernah tetap," katanya.
Zamil juga berkata KITA ingin memberi peluang kepada rakyat memilih parti
yang mampu bekerja keras memandangkan mereka masih tidak berpuas hati dengan
pemerintahan Pakatan Pembangkang ketika ini.
"Tidak semua sokong Pakatan Pembangkang, dan kita yakin rakyat rasa bosan, meluat dan ada juga yang simpan dendam dengan BN, jadi dengan pembabitan KITA pada PRU ke-13 nanti, ia menjadi pilihan ketiga untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata KITA Kedah menghantar resume kira-kira 20 calon kepada pusat bagi mengenal pasti mereka yang layak bertanding pada PRU akan datang.
Zamil berkata pihaknya akan memastikan tiga bangsa menjadi calon KITA Kedah pada PRU ke-13 bagi membuktikan parti itu adalah berbilang kaum.
- Bernama
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Tuesday, November 1, 2011
Saturday, October 15, 2011
'Demi maruah Gerakan, Dr Koh mesti lawan Guan Eng'

Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.
Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.
"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."
Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.
Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.
Bercakap kepadaMalaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."
Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.
Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"
Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.
"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi."
Thursday, October 13, 2011
SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.
"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.
"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.
Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.
Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.
"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.
Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.
"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.
Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.
Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".
Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.
- Bernama
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan."Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.
"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.
Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.
Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.
"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.
Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.
"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.
Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".
Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.
- Bernama
Sunday, August 21, 2011
KITA Letak Calon Di Selangor, Kelantan: Zaid Ibrahim
KOTA BARU: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu.
"Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di sini, Ahad.
Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan.
Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak.
Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi. - BERNAMA
Friday, August 19, 2011
SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001%
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.
"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Abdul Aziz mengulaslaporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.
"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami -Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawanMalaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?
"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.
"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Abdul Aziz mengulaslaporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud."Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.
"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami -Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawanMalaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.
Wednesday, August 10, 2011
Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.
Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.
"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.
Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak."BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.
Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.
"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati.
"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati.
Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.
Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.
Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.

Thursday, August 4, 2011
Pengundi P Pinang lonjak 32,000 dalam 3 bulan
Cardozas Says:
Malaysia ni memang hebat. Semua benda naik, even jumlah pengundi pun naik. Hebat! Yang masalahnya, gaji je yang tak naik-naik.
Artikel daripada Malaysia Kini

Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.
Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.
Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.
Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.

Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".
"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.
Hantu lapar undi
Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.
"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.

"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.
Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.
Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.
Wednesday, August 3, 2011
SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih.
Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.
'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.
Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.
'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.Namanya terdapat dalam draf daftar pemilih tambahan yang telah dibuka untuk penelitian awam.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.
"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.
Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.
Semalam Malaysiakini mendapati Mismah telah dikategorikan sebagai seorang penduduk tetap (PR) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.
Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.
Sistem pengesahan JPN dalam talian, yang membolehkan pengguna untuk menyemak status individu, menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.
Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.
Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepadaMalaysiakini malam semalam.
Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepadaMalaysiakini malam semalam.Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
Tuesday, August 2, 2011
Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.
Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.
Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.
Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
Sunday, July 31, 2011
Anak Kelantan diseru pulang mengundi PRU 13
PETALING JAYA, 30 Julai: Atas dasar tanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan Islam, seluruh anak Kelantan di perantauan diseru untuk pulang ke negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Seruan itu dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini petang tadi.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.
"Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas.
"Saya tak boleh jamin nak bayar duit, kena tanya bendahari la, kalau ada kita bagi," katanya di hadapan kira-kira 2,000 anak-anak Kelantan yang hadir.
Turut hadir pada majlis perasmian itu kesemua ahli mesyuarat kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Ahli-ahli parlimen dan Adun-adun Kelantan.
Selain mereka, wakil kerajaan negeri Selangor, Yaakob Sapari yang juga Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan negeri turut bersama.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim juga hadir pada majlis tersebut.
Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan ekoran kepulangan mereka pada pilihan raya umum 2008.
Kepulangan mereka itu jelasnya telah membantu kemenangan PAS untuk terus memerintah negeri itu.
Mengimbau kembali sejarah empat tahun lalu, beliau berkata kedudukan PAS di Kelantan agak genting sebelum PRU 2008 apabila hanya berkelebihan satu kerusi berbanding BN iaitu 23 PAS dan 22 BN.
Bagaimanapun, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU 2008 itu telah menyebabkan PAS kembali memperteguh kedudukan dengan mendapat 38 kerusi.
Sehubungan itu, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU akan datang sangat-sangat diharapkan.
Tolak biometrik
Dalam pada itu beliau sekali lagi menegaskan menolak hasrat kerajaan menggunakan sistem biometrik pada PRU ke-13 akan datang.
Menurutnya sistem itu bukan sahaja diragui banyak pihak malah terdedah dengan manipulasi oleh pihak yang berkepentingan.
"Umno guna biometrik bagi orang luar (dapat kerakyatan) boleh mengundi. Orang Bangladesh pun boleh mengundi nanti.
"Ini bukti Umno yakin orang Melayu dah tolak dia. Kalau PM (perdana menteri) menang pilihan raya pun nanti, kita kata ini PM Bangladesh," katanya disambut ketawa hadirin.
Sistem biometrik yang digunapakai kepada warga asing juga tegasnya boleh mengancam rakyat negara ini dari sudut kerjaya mereka.
Ini kerana, kebanyakan majikan tentunya akan mengambil orang asing bekerja kerana gaji mereka lebih murah.
Oleh itu, beliau mahu kerajaan menilai semula cadangan itu ataupun kembali kepada tuntutan asal Bersih 2.0 iaitu menggunakan dakwat kekal bagi menghalang penipuan undi berganda dan undi hantu.
Sementara itu, Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung satu hari yang bermula jam 9 pagi tadi menyaksikan hampir 10,000 rakyat Kelantan berkunjung ke stadium itu.
Selain dapat bersemuka dengan anggota exco kerajaan negeri dan wakil rakyat yang lain, oarang ramai juga boleh mengenali lebih dekat anak syarikat di bawah kerajaan negeri yang turut serta mengadakan pameran mereka hari ini.
Hadirin juga turut dihidangkan nasi gulai kawah serta pelbagai buah-buahan tempatan yang rata-ratanya disumbang oleh anak-anak Kelantan sendiri.
Seruan itu dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini petang tadi.Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.
"Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas.
"Saya tak boleh jamin nak bayar duit, kena tanya bendahari la, kalau ada kita bagi," katanya di hadapan kira-kira 2,000 anak-anak Kelantan yang hadir.
Turut hadir pada majlis perasmian itu kesemua ahli mesyuarat kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Ahli-ahli parlimen dan Adun-adun Kelantan.
Selain mereka, wakil kerajaan negeri Selangor, Yaakob Sapari yang juga Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan negeri turut bersama.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim juga hadir pada majlis tersebut.
Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan ekoran kepulangan mereka pada pilihan raya umum 2008.
Kepulangan mereka itu jelasnya telah membantu kemenangan PAS untuk terus memerintah negeri itu.
Mengimbau kembali sejarah empat tahun lalu, beliau berkata kedudukan PAS di Kelantan agak genting sebelum PRU 2008 apabila hanya berkelebihan satu kerusi berbanding BN iaitu 23 PAS dan 22 BN.
Bagaimanapun, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU 2008 itu telah menyebabkan PAS kembali memperteguh kedudukan dengan mendapat 38 kerusi.
Sehubungan itu, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU akan datang sangat-sangat diharapkan.
Tolak biometrik
Dalam pada itu beliau sekali lagi menegaskan menolak hasrat kerajaan menggunakan sistem biometrik pada PRU ke-13 akan datang.Menurutnya sistem itu bukan sahaja diragui banyak pihak malah terdedah dengan manipulasi oleh pihak yang berkepentingan.
"Umno guna biometrik bagi orang luar (dapat kerakyatan) boleh mengundi. Orang Bangladesh pun boleh mengundi nanti.
"Ini bukti Umno yakin orang Melayu dah tolak dia. Kalau PM (perdana menteri) menang pilihan raya pun nanti, kita kata ini PM Bangladesh," katanya disambut ketawa hadirin.
Sistem biometrik yang digunapakai kepada warga asing juga tegasnya boleh mengancam rakyat negara ini dari sudut kerjaya mereka.
Ini kerana, kebanyakan majikan tentunya akan mengambil orang asing bekerja kerana gaji mereka lebih murah.
Oleh itu, beliau mahu kerajaan menilai semula cadangan itu ataupun kembali kepada tuntutan asal Bersih 2.0 iaitu menggunakan dakwat kekal bagi menghalang penipuan undi berganda dan undi hantu.
Sementara itu, Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung satu hari yang bermula jam 9 pagi tadi menyaksikan hampir 10,000 rakyat Kelantan berkunjung ke stadium itu.
Selain dapat bersemuka dengan anggota exco kerajaan negeri dan wakil rakyat yang lain, oarang ramai juga boleh mengenali lebih dekat anak syarikat di bawah kerajaan negeri yang turut serta mengadakan pameran mereka hari ini.
Hadirin juga turut dihidangkan nasi gulai kawah serta pelbagai buah-buahan tempatan yang rata-ratanya disumbang oleh anak-anak Kelantan sendiri.
Sunday, June 26, 2011
Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum
Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:
1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;
2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan
3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.
Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.
Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.
Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.
Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.
Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.
Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.
Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:
1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;
2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan
3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.
Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.
Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.
Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.
Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.
Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.
Wednesday, June 1, 2011
Penganalisis: Pilihan raya awal tidak mungkin...
Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis.
Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.
Kerajaan semalam mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak purata 7.1 peratus apabila subsidi kerajaan naik hampir sekali ganda kepada AS$6.9 bilion tahun ini.
Namun belum ada sebarang langkah bagi mengurangkan subsidi minyak yang dianggap lebih sensitif tetapi mempunyai impak lebih besar ke atas defisit fiskal.
Namun menurut penganalisis, menaikkan harga minyak tetap dalam perancangan kerajaan.
"Kenaikan tarif elektrik adalah detik percubaan kepada Najib untuk menguji rasa kurang senang orang ramai sebelum beliau memutuskan untuk menaikkan harga bahan api,” kata Bridget Welsh (bawah, kanan) pakar mengenai Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura.
Najib dalam ucapannya baru-baru ini mengibaratkan subsidi minyak yang dinikmati rakyat Malaysia sebagai candu tetapi agak berhati-hati dengan kenyataannya kerana tidak mahu pengundi marah sehingga menjejaskan sokongan terhadap BN yang dilanda prestasi terburuk pada pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga pertengahan 2013 tetapi ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya lewat tahun ini berdasarkan kekukuhan pertumbuhan dalam negara (KDNK) yang mencapai paras tertinggi dekad ini pada 7.2 peratus pada 2010.
Tetapi HwangDBS dan JP Morgan berkata dalam nota penyelidikannya jadual itu kini tidak mungkin dipatuhi lagi.
"Pengumuman pada Isnin menunjukkan kerajaan sanggup mengambil tindakan yang tidak popular dari segi politik tetapi positif dari segi ekonomi, ini kemungkinan bermakna pilihan raya akan ditunda sehingga 2012,” kata HwangDBS.
Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.
Kerajaan semalam mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak purata 7.1 peratus apabila subsidi kerajaan naik hampir sekali ganda kepada AS$6.9 bilion tahun ini. Namun belum ada sebarang langkah bagi mengurangkan subsidi minyak yang dianggap lebih sensitif tetapi mempunyai impak lebih besar ke atas defisit fiskal.
Namun menurut penganalisis, menaikkan harga minyak tetap dalam perancangan kerajaan.
"Kenaikan tarif elektrik adalah detik percubaan kepada Najib untuk menguji rasa kurang senang orang ramai sebelum beliau memutuskan untuk menaikkan harga bahan api,” kata Bridget Welsh (bawah, kanan) pakar mengenai Malaysia di Universiti Pengurusan Singapura.
Najib dalam ucapannya baru-baru ini mengibaratkan subsidi minyak yang dinikmati rakyat Malaysia sebagai candu tetapi agak berhati-hati dengan kenyataannya kerana tidak mahu pengundi marah sehingga menjejaskan sokongan terhadap BN yang dilanda prestasi terburuk pada pilihan raya umum 2008.Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga pertengahan 2013 tetapi ramai pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya lewat tahun ini berdasarkan kekukuhan pertumbuhan dalam negara (KDNK) yang mencapai paras tertinggi dekad ini pada 7.2 peratus pada 2010.
Tetapi HwangDBS dan JP Morgan berkata dalam nota penyelidikannya jadual itu kini tidak mungkin dipatuhi lagi."Pengumuman pada Isnin menunjukkan kerajaan sanggup mengambil tindakan yang tidak popular dari segi politik tetapi positif dari segi ekonomi, ini kemungkinan bermakna pilihan raya akan ditunda sehingga 2012,” kata HwangDBS.
- Reuters
Wednesday, May 18, 2011
PKR dakwa 'projek IC' akan berjangkit ke Semenanjung
Project IC' atau cubaan mendaftar warga asing sebagai pengundi dijangka akan berleluasa di Semenanjung Malaysia pula, seperti keadaan di Sabah sebelum ini.
Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.
Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah.
"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.
Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.Dr Chong - kini merupakan ahli PKR - mendakwa bahawa projek tersebut dilihat akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan negara tetapi juga (terhadap) isu tanah di Sabah.
"Saya tidak terkejut sekiranya mereka menggunakan modus operandi ini di Selangor atau negari Pakatan yang lain," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.
'Pasukan petugas'
Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.
Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.
Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah.
Katanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.
Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.
Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.
"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.
Sebagai contoh, dakwanya, terdapat pertemuan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Megat Junid Megat Ayob dan JPN bagi mencari membincangkan perkara itu.
Menurutnya, seorang ketua kampung ketika itu Hasnar Ibrahim -- kini ahli PKR -- didakwa terlibat menandatangani dokumen tersebut.
Dr Chong juga mendakwa, sekitar tahun 1990-an Umno juga menubuhkan satu 'pasukan petugas' bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing yang diketuai Datuk Musa Aman yang kini merupakan ketua menteri Sabah.
Katanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.Turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, Khalid berkata, ekoran pengalaman menjatuhkan PBS di Sabah, beliau "nampak" ia akan berlaku di Selangor.
Malah pada 26 Mac lalu, Khalid berkata seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.
Mengulas berhubung peningkatan jumlah pengundi di Hulu Selangor yang mencecah 15,000 orang, Khalid mempersoalkan jumlah yang tinggi itu.
"Daripada mana datangnya (angka) ini. Jentera kita akan membuat siasatan daripada mana datangnya jumlah itu," katanya.
Tuesday, May 10, 2011
PKR: Umno beri kerakyatan untuk kukuhkan undi
PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.
Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.
Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.
"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.
"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.
Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.
Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.
"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13."Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.
Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.
Saturday, May 7, 2011
11.11.11 - tarikh pilihan raya umum ke-13?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.
Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.
Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.
Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.
"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.
Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".
Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
Skim Rumah Pertamaku
Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.
DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United.
DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United.
"Saya terpaksa memohon maaf (kepada peminat Liverpool) terlebih dahulu. Kita tahu yang MU mempunyai saluran TV-nya sendiri, begitu juga dengan Chelsea.
"Tapi, Liverpool hanya menpunyai History Channel," katanya disambut gelak ketawa.
"Tapi, Liverpool hanya menpunyai History Channel," katanya disambut gelak ketawa.
Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah.
"Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.
"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya.
"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya.
Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.
Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.
Sunday, April 10, 2011
BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawaksekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.
Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.
Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.
Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.
Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.
Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.
Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.
Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.
Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.
Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.Anwar juga di Kuching
Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.
Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.
Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.
Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.
Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.
Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.
Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.
Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.
Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.
Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.
Friday, April 1, 2011
Persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dilaksana
PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.
"SPR dah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam temuramah dengan Bernama dan RTM di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, setelah lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh perlembagaan dilakukan SPR.
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap.
Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN. - Bernama
Saturday, March 26, 2011
PRU 13: Beranikah BN Perak tolak Nazri

IPOH, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak pelik melihat temubual khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang menuntut agar MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di negeri ini yang gagal dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu walaupun Barisan Nasional negeri baru berkonvensyen.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss melihat kenyataan Nazri bukanlah asing kerana beliau bukan bercakap tanpa direstui oleh orang-orang tertentu.
DPPN Pk, katanya dapat melihat jelas apa yang dibincangkan oleh BN Perak di dalam konvensyen mereka tidak selari dan seolah-olah ada agenda tertentu Umno Perak dengan apa yang dinyatakan oleh Nazri.
Tambahnya, DPPN Pk yakin bahawa Pengerusi BN Perak akan menafikan perkara ini atau sebaliknya.
“Kenyataan tersebut juga sebagai bukti bahawa BN Perak masih bergolak di bawah kepimpinan Dr Zambry yang masih muda dan kurang pengalaman dalam memahami selok-belok politik negeri serta bekerjasama dengan parti-parti komponennya,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurutnya, BN Perak pada hakikatnya tidak bersatu dan penuh dengan masalah berdasarkan kenyataan Nazri sebagai pemimpin kanan negara dan negeri.
DPPN Pk juga, katanya meminta respons daripada kompenan BN Perak bagi menafikan kemelut yang ada atau beranikah BN Perak menolak Nazri bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU 13 nanti.
“Sama-samalah kita tunggu cerita baru BN Perak yang semakin hari semakin kalut akibat lemahnya kepimpinan sedia ada,” katanya lagi.
Thursday, March 24, 2011
Nazri mahu MIC serah semua enam kerusi di Perak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.

Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pauyang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika
calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan 'peluang menang' seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.
Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Nazri (kanan) berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.
Sambil menegaskan langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang tidak pernah berkhidmatan di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.
Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.
Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.
“Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum."

Subscribe to:
Comments (Atom)