Thursday, April 7, 2011

Nazri: Abu Kassim tidak perlu letak jawatan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan
walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian manakala operasi 3B yang sedang dijalankan SPRM akan diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONE"Kita tidak jangka benda ini hendak berlaku dan itu juga bukan kehendak SPRM. Jadi saya tidak setujulah kalau desakan untuk Abu Kassim letak jawatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa pihak agar kerajaan mengambil tindakan sama ada meminta Abu Kassim meletak jawatan atau menggantung tugasnya sebagai mengambil tanggungjawab atas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56 yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini, semalam.

NONEAhmad Sarbani (kiri) adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Nazri berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas selesai siasatan.

Nazri juga menegaskan Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.

"Yang penting Ops 3B akan terus berjalan dan tidak akan terhenti. Kita tidak hirau kalau ada mana-mana pihak nak berdemonstrasi.

"...apa yang penting duit yang hilang yang disabitkan aktiviti oleh sesetengah kakitangan kastam yang tidak betul menjalankan tugas kita akan ambil tindakan," katanya.

NONEDitanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pegawai kastam yang menyertai demonstrasi itu, beliau berkata pihak berkuasa akan bertindak tanpa mengira sesiapa sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Nazri juga menegaskan bahawa kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes berkenaan sekiranya terdapat permintaan yang berpandangan bahawa kejadian itu mempunyai kepentingan awam.

"Kerajaan tak ada masalah kerana pada kita kalau ia merupakan kepentingan awam dan dalam hal ini saya rasa memang ada faktor itu. Jadi, kalau nak tubuhkan suruhanjaya, tubuhkanlah. Kita juga hendak membersihkan nama SPRM," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nazri turut menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada suruhanjaya diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

"Memorandum daripada Perkasa berhubung isu video seks menguatkan lagi hujah untuk dibawa kepada pengetahuan kabinet pada mesyuarat esok, manakala usul berkaitan kematian anggota kastam akan diperhalusi sementara menunggu siasatan polis selesai," kata Nazri.

Samy Vellu dibayar gaji, elaun RM27,227.20 sebulan

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

NONESelain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

“Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya.

“Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.


Tidak bertindih

“Oleh kerana negara-negara Asia Selatan, terutamanya India sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut,” katanya.

samy vellu pc 040805Menurut Nazri lagi jawatan yang disandang oleh Samy Vellu itu juga tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain.

“Lingkungan kerja Duta Khas adalah mengenalpasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia.

“Seterusnya, Duta Khas akan mengerakkan peranan mewujudkan peluang yang baik bagi syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek tersebut mengikut undang-undang dan peraturan tempatan,” katanya.

Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu, yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC tahun.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput

Deepak: Saya tak beri wang kepada Bala


Nama penyiasat persendirian P Balasubramaniam kembali diperkatakan hari ini apabila seorang usahawan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga perdana menteri tampil memberi kenyataan kepada media.

Deepak Jaikishan tampil dengan satu penjelasan berhubung kaitannya dengan Balasubramaniam – individu yang muncul sebagai saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu sebelum ini.
NONEBalasubramaniam juga disiasat sebelum ini kerana mengemukakan dua akuanbersumpah berbeza – salah satunya mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.
Balasubramaniam yang melarikan diri ke London itu mendakwa telah menerima bayaran oleh Deepak bagi menanggung kos sara hidupnya di kota tersebut.
Mengulas isu yang telah berkembang dengan penuh liku itu, Deepak berkata beliau tidak memberi wang kepada Subramaniam.

Namun, Subramaniam ada meminta wang daripadanya dalam pertemuan yang berlaku "kira-kira dua atau tiga tahun lalu."

"Pada ketika itu, kes melibatkan Abdul Razak Baginda sedang berjalan," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau telah diperkenalkan kepada Subramaniam melalui seorang lelaki yang dikenali dengan nama Suresh.

Tidak mahu terlibat

Deepak berkata, Subramaniam dan Suresh berkawan dengan adiknya Danesh.
Selepas Suresh memperkenalkan kami, saya bertemu (Balasubramaniam) sekali lagi. Dia meminta wang daripada saya, mungkin RM500 atau RM1,000, tapi saya kata tidak boleh (beri wang)... Saya tidak mahu terlibat dengan perkara kewangan dia," kata Deepak.
Deepak juga berkata beliau tidak pernah mengeluarkan dua cek yang didakwa berjumlah RM5 juta sebagai bayaran kepada Balasubramaniam untuk menarik balik akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian itu.
"Ia bukan cek yang tulen, itu bukan tandatangan saya (di cek berkenaan).
"Cek akan ditandatangani oleh dua orang pengarah syarikat. Anda tidak boleh beri sesuatu cek dan mahu satu tandatangan sahaja," katanya ketika ditanya wartawan.
Deepak turut mengakui beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan bahawa beliau telah memberikan wang kepada Balasubramaniam.
"Kami telah buktikan kepada SPRM... Malah nombor cek itu juga tidak wujud," katanya lagi.

Kenyataan beliau kali pertama dirakamkan oleh SPRM kira-kira setahun lalu, manakala kenyataan kedua dirakam sekitar lapan bulan lalu, kata Deepak lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...