Thursday, October 23, 2008

Rombakan Kabinet Ekoran Perubahan Kepimpinan MCA, Kata Abdullah - BERNAMA

Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 23 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan Kabinet ekoran perubahan pucuk pimpinan dalam MCA.

Perdana Menteri berkata beliau akan menemui Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Ong Tee Keat untuk meneliti cadangan yang dikemukakan parti itu.

"Jika beliau ingin melakukan perubahan, beliau perlu memaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Apabila saya kembali ke tanah air, beliau boleh menemui saya," katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan pejabat perwakilan Khazanah Nasional Beijing, pada Khamis.

Abdullah berada di ibu negara China untuk menghadiri Mesyuarat Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ketujuh yang bermula esok. Beliau dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada pemilihan MCA hujung minggu lepas, bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meletak jawatan selepas klip video skandal seksnya tersebar, memenangi jawatan Timbalan Presiden setelah menewaskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Dr Chua tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac lepas.

Dua lagi Timbalan Menteri dari MCA yang tewas dalam pemilihan parti kali ini adalah Timbalan Menteri Perumahan Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Teng Boon Soon.

-- BERNAMA

Kejohanan Pesta Bola Merdeka: Malaysia lwn Myanmar, Vietnam lwn Sierra Leone - UTUSAN

23/10/2008 11:02pm

Keputusan separuh akhir

Malaysia 4 Myanmar 0
Vietnam 2 Sierra Leone 2
(Vietnam menang penalti 3-2)

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Malaysia menghampiri kejuaraan bola sepak Pestabola Merdeka apabila menewaskan Myanmar 4-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Dua jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-25 dan ke-75, Safee Sali (m-61) dan Amirulhadi Zainal (m-83) membawa anak buah B. Sathianathan mara ke perlawanan akhir menentang Vietnam di venue yang sama Sabtu ini.

Terdahulu Vietnam mengatasi Sierra Leone 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan.

Gol pertama skuad negara dijaringkan menerusi rembatan deras sepakan percuma Indra Putra dari jarak 25 meter untuk merobek sudut kiri gawang lawan tanpa mampu digapai oleh penjaga gol Myanmar, Lwin pada minit ke-25.

Menerusi satu umpanan lambung Hardi pada minit ke-61, Safee yang mengutipnya tidak menghampakan Malaysia lagi apabila memperdayakan penjaga gol lawan dengan mengelecek dan tolakan masuk untuk gol kedua negara.

Indra bagaimanapun menebusnya untuk gol ketiga Malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke-75 setelah Safee dijatuhkan dalam kotak penalti Myanmar.

Amirulhadi menjaringkan gol keempat Malaysia pada minit ke-83 setelah dia menolak masuk umpanan Indra.

Sementara itu, penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong muncul wira pasukannya apabila menyelamatkan dua sepakan penentuan penalti Sierra Leone oleh Mumino Khomson Kamara dan Amara Kamara manakala satu lagi tersasar.

Gol penalti Vietnam pula disempurnakan oleh Hoang Nat Nham, Phan Thanh Binh dan Nguyen Duc Thien. - Utusan

Wednesday, October 22, 2008

150 lawatan luar negara, Selangor belanja RM6.6 juta - MSTAR ONLINE

SHAH ALAM: Sejumlah RM6.6 juta dibelanjakan kerajaan negeri Selangor yang lepas untuk membiayai 150 lawatan kerja ke luar negara sepanjang tempoh 2004 hingga 2007, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lawatan kerja ke luar negara yang termasuk misi mencari pelabur itu melibatkan exco kerajaan negeri dan jabatanjabatan kerajaan, katanya ketika menjawab soalan Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya) pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Hannah dalam soalannya ingin tahu mengenai kos dan butiran lawatan ke luar negara yang dibiayai kerajaan negeri atau anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata dalam tempoh itu Jawatankuasa Perdagangan, Pelaburan dan Perindustrian paling banyak membuat lawatan iaitu 45 kali.

Abdul Khalid berkata antara 150 destinasi yang dilawati ialah Bangkok, Dubai, Shanghai (China), Korea Selatan dan Jerman.

Zahidi sah tarik diri tanding Ketua Pemuda, akan umum di Astro malam ini -MSTAR ONLINE


PETALING JAYA
: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Zahidi berkata, beliau telah bermesyuarat dengan Badan Perhubungan Umno Perlis semalam dan mereka telah bersetuju dengan hasratnya untuk menarik diri.

"Selain itu, Perhubungan Negeri juga turut mencadangkan nama saya selain Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Mac depan," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Zahidi berkata, setakat ini, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk merebut jawatan dalam MT namun enggan mendedahkan Bahagian-bahagian yang mencalonkannya.

Ketika ditanya sama ada penarikan dirinya berikutan persetujuan Badan Perhubungan Umno negeri untuk mencadangkan namanya bertanding jawatan ahli MT, Zahidi berkata, ia tiada kaitan.

"Kita di Perlis ni kecil sahaja. Hanya ada tiga bahagian jadi tak bolehlah nak (bertanding) jawatan-jawatan tinggi.

"Saya perlu tumpukan kepada Bahagian saya juga jadi jika mahu bertanding (di peringkat pusat) buat masa ini, jawatan yang paling baik adalah MT," katanya.

Zahidi berkata, beliau akan membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan dirinya itu dalam wawancara khas bersama Astro Awani malam ini.

Zahidi sebelum ini hanya memperolehi satu pencalonan iaitu daripada bahagiannya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

Dengan penarikan diri Zahidi, saingan merebut kerusi Ketua Pemuda kini tertumpu kepada tiga calon iaitu Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan satu-satunya calon yang telah melepasi kuota dengan 63 pencalonan; Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan 36 pencalonan dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dengan 27 pencalonan.

Musa Hitam mahu generasi muda dalam kepimpinan Umno - MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.

Katanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya kepada pemberita pada persidangan akhbar di sini, hari ini.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya.

"Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian," katanya.

Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

"Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.

Sementara itu, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan dan menyifatkan cara pemilihan calon yang dibuat berasaskan ukuran lama.

Setakat ini tiada seorangpun calon yang hendak bertanding dengan jelas menyebut bahawa sekiranya dipilih maka pemimpin itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia, jelasnya.

Menurut Musa, ini membuktikan anggota Umno sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya.

Tuesday, October 21, 2008

Laporan Polis Dibuat Desak Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Dibuka Semula - BERNAMA

21 Oktober, 2008 19:52 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ketua Pemuda Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengetuai sekumpulan lima orang dari "Sekretariat Anak Muda Malaysia" (SAMM) membuat aduan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Badrul yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu berkata mereka meminta polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan menyiasat dakwaan mereka bahawa Najib menyalahguna kuasa dan kedudukannya dalam kes berkenaan.

Najib, yang menjadi sasaran pelbagai tuduhan sejak muncul sebagai calon tunggal jawatan presiden Umno, sebelum ini telah menafikan beliau mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita tersebut.

Kumpulan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira 1.30 tengah hari.

Kumpulan itu juga mendakwa mereka menyerahkan kepada polis dokumen 21 muka surat bagi menyokong dakwaan bahawa Najib terlibat dalam rasuah pembelian kelengkapan tentera.

"Kami meminta polis menyiasat penglibatan Najib dalam pembelian dan perolehan Eurocopter semasa menjadi Menteri Pertahanan yang dilihat banyak wang kerajaan dilaburkan," katanya.

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah menyiasat pembelian helikopter buatan Perancis-Jerman itu untuk menggantikan helikopter Sikorsky berusia lebih 30 tahun yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia, berikutan pelbagai tuduhan kononnya berlaku rasuah.

Pelbagai pihak, dalam masa yang sama, telah menyatakan sokongan terhadap pembelian helikopter serbaguna jarak jauh itu walaupun harganya lebih mahal berbanding beberapa model lain kerana ia bermutu tinggi dan berteknologi lebih canggih.

Badrul berkata sekretariat berkenaan juga akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) selewat-lewatnya esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zulkarnain Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan laporan telah dibuat dan polis, katanya, akan menjalankan siasatan.

-- BERNAMA

Pemuda MCA Hantar Memorandum Minta Datuk Bandar Jelas Sebab Tukar Nama Jalan - BERNAMA

21 Oktober, 2008 18:09 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pemuda MCA akan menyerahkan satu memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur meminta penjelasan berhubung pertukaran nama Jalan Alor dan beberapa nama jalan lain di sekitar Kuala Lumpur.

Ketuanya Dr Wee Ka Siong yang mewakili penduduk di sekitar kawasan terbabit yang terdiri daripada peniaga telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan Jalan Alor yang sudah dikenali dan masyhur di kalangan pelancong luar dan dalam negara.

Katanya tindakan DBKL itu adalah tidak wajar kerana nama-nama jalan berkenaan mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.

Sebenarnya, jelas Dr Wee langkah itu juga menyebabkan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di bandaraya Kuala Lumpur terjejas.

"Saya anggap ini tindakan yang tiada sebarang justifikasi. Saya tidak nampak ada orang yang menyokong satu kawasan pelancongan yang begitu masyhur selama ini tiba-tiba bertukar nama. Saya tidak nampak usaha ini dapat membantu mempromosi sektor pelancongan di Malaysia," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

"Saya khuatir satu hari nanti, apabila ada orang mengatakan perkataan lumpur pada nama Kuala Lumpur tidak sedap didengar dan dengan itu nama Kuala Lumpur harus ditukar kepada Kuala Lestari atau Kuala apa-apa...Saya tak tahu," katanya.

Semalam, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lin mendakwa penukaran nama Jalan Alor di Bukit Bintang kepada Jalan Kejora dibuat tanpa perbincangan dengan peniaga di situ terlebih dahulu, menyebabkan mereka membantah kerana ia boleh menjejaskan perniagaan mereka.

Beliau berkata DBKL tidak boleh menukar nama Jalan Alor sesuka hati kerana jalan itu sudah lama terkenal di kalangan para pelancong dan penduduk tempatan.

Bagaimanapun, nama Jalan Alor masih dipamerkan di bahagian bawah papan tanda nama jalan baru bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Ketika mengulas lanjut, Dr Wee berkata Datuk Bandar sepatutnya berunding sebelum mengambil tindakan untuk menukar mana-mana nama jalan terutama jalan yang menjadi tumpuan dan sudah dikenali pelancong.

Katanya tindakan menukar nama itu juga tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak sebaliknya dalam keadaan ekonomi negara sekarang, pihak berkenaan sepatutnya lebih berjimat.

-- BERNAMA

Monday, October 20, 2008

Shamsiah Fakeh Meninggal Dunia - BERNAMA

20 Oktober, 2008 16:12 PM

KUALA LUMPUR, 20 0kt (Bernama) -- Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.

Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini, Isnin.

Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.

Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau.

-- BERNAMA

Saturday, October 18, 2008

Tee Keat is new MCA No 1, Soi Lek No 2 - MALAYSIAKINI

The counting of votes for the hotly-contested MCA triennial election is entering into the final lap and Malaysiakini is bringing you live reports from the MCA headquarters at Jalan Ampang.

The official announcement confirms the new president as Ong Tee Keat (1,429 votes), defeating Chua Jui Meng (917 votes).

The new deputy president is Dr Chua Soi Lek (1,115 votes), defeating Ong Ka Chuan (1,000 votes).

The four new vice-presidents are Kong Cho Ha (1,798 votes), Liow Tiong Lai (1,725 votes), Dr Ng Yen Yen (1,659 votes) and Tan Kok Hong (1,320 votes).

Pencalonan Mukhriz 42, Khairy 23, Mohd Khir 14 - BERNAMA

18 Oktober, 2008 01:06 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Persaingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno terus sengit apabila Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan Jumaat malam melalui Pemuda Umno Bahagian Putatan menjadikan jumlah yang beliau terima meningkat kepada 23.

Terdahulu, Khairy menerima pencalonan daripada Bahagian Rantau Panjang.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kekal mendahului dengan 42 pencalonan setakat ini, setelah mendapat satu lagi pencalonan daripada Pemuda Umno Bahagian Pendang hari Jumaat.

Pemuda Umno Putatan turut mencalonkan Ketua Pemuda Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Raz Ha Chuprat bagi jawatan Naib Ketua pergerakan itu.

Sehingga berita ini ditulis, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bukit Katil masih lagi bermesyuarat.

Mesyuarat Puteri Umno Bahagian Marang dan Putatan hari Jumaat mencalonkan Ketua Penerangan Puteri Umno Datuk Shahaniza Shamsuddin untuk jawatan Ketua Puteri menjadikan jumlah pencalonan beliau meningkat kepada 36.

Pesaing terdekatnya, Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari Jumaat mendapat pencalonan daripada Puteri Bahagian Kemaman, menerima 30 pencalonan setakat ini.

Sementara itu, Puteri Umno Bahagian Bukit Katil pula mencalonkan Bibi Sharliza Mohd Khalid sebagai Ketua Puteri Umno menjadikan tujuh pencalonan untuknya dan Bahagian Putatan mencalonkan Ketua Puteri Kedah, Sahanim Md Yusuf.

Bagi jawatan Naib Ketua, Puteri Umno Marang mencalonkan Senator Nordiana Shafie, yang juga Ketua Puteri Terengganu, manakala Bukit Katil mencalonkan Shahaniza.

Sementara itu, penyandang Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menambah enam lagi pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.

Rafidah dan Shahrizat menerima pencalonan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua daripada Wanita Umno Bahagian Alor Star, Kuala Terengganu, Kubang Kerian, Bukit Katil, Merbok dan Tanjong Piai bagi menjadikan keseluruhan 58 pencalonan.

Shahrizat bagaimanapun masih menerima dua lagi pencalonan bagi jawatan Ketua Wanita Umno daripada bahagian Jerlun dan Kemaman.

Wanita Umno Bahagian Jerlun dan Kemaman turut mencalonkan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno dan menjadikan keseluruhan sembilan pencalonan.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said turut dicalonkan sebagai Naib Ketua dengan empat pencalonan manakala Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique menerima dua pencalonan setakat ini.

-- BERNAMA

Pucuk Pimpinan Pemuda MCA Kebangsaan - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Berikut ialah senarai pemegang jawatan Pemuda MCA bagi penggal 2008-2011.

Pengerusi

Datuk Dr Wee Ka Siong

Timbalan Pengerusi

Dr Mah Hang Soon

Naib Pengerusi (empat jawatan)

1. Yong Chen Leong

2. Yoo Wei How

3. Dr Chin Tung Leong

4. Yit Lee Kok

Jawatankuasa Pusat (20 jawatan)

1. Lee Chuen Ling

2. Tong Goh Teong

3. Wong Nai Chee

4. Ding Siew Chee

5. Yeong Kian Heng

6. Tang Nai Soon

7. Yap Tian Hoi

8. Chia Seia Yang

9. Chai Kok Lim

10. Khoo Boon Chuan

11. Gan Hong Su

12. Lim Eng Teck

13. Lim Boon Aik

14. Ling Hee Keat

15. Liaw Ban Kheng

16. Tew Boon Chin

17. Chong Aik Chang

18. Ng Siew Khoon

19. Koh Wan Leong

20. Chiew Yoke Theng

-- BERNAMA

Harga Minyak Mungkin Turun Lagi Akhir Bulan Ini - Shahrir - BERNAMA

17 Oktober, 2008 19:44 PM

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Harga petrol dan diesel di negara ini mungkin akan turun lagi akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata ini berikutan trend penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

Minyak mentah dunia mencatatkan harga US$69.85 setong semalam berbanding US$77.70 setong pada 12 Okt.

Beliau berkata tindakan menurunkan harga minyak kini lebih mudah kerana ia tidak perlu lagi dibawa kepada Kabinet, sebaliknya mesyuarat beberapa menteri dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Harga minyak di pam sudah turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept dan kali terakhir 15 Okt.

Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Kerajaan, katanya, tidak boleh menurunkan harga minyak secara mendadak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan kepada pengguna.

Sebelum ini, Shahrir pernah membayangkan harga minyak di pam boleh kembali ke harga asal sebelum 5 Jun iaitu RM1.92 seliter sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah US$72 setong.

-- BERNAMA

Tuesday, October 14, 2008

Keputusan PM berundur jejas Khairy? - MALAYSIAKINI

Muda Mohd Noor | Oct 14, 08 2:21pm

Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, dipercayai telah memberi kesan kepada pencalonan untuk menantunya Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda.

Abdullah juga mengumumkan minggu lalu untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak - dari 2010 kepada Mac tahun depan.

pencalonan terkini mukhriz dan khairyBerikutan itu, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir kini mendahului pencalonan dan sudah layak bertanding jawatan ketua Pemuda.

Sehingga ini, Mukhriz mendapat 40 pencalonan - melepasi jumlah kelayakan minimum 39 pencalonan.

khairy jamaluddinManakala Khairy pula baru mendapat 19 pencalonan dan memerlukan 20 lagi untuk layak bertanding.

Agak mengejutkan lagi, Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang memang diketahui menyokong kuat Khairy.

Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda.

Peluang Mukhriz cerah


Tiga lagi ketua Pemuda Umno yang turut hadir di majlis tersebut ialah ketua Pemuda Sabah, Japli Akin; ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Sehingga ini, empat bahagian di Perak - Teluk Intan, Kampar, Ipoh Barat dan Padang Serai - mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

mukhriz mahathirMukhriz juga turut mendapat pencalonan dari tiga bahagian di Negeri Sembilan - Rasah, Jelebu dan Jempol.

Walaupun Khairy dijangka mendapat cukup pencalonan minggu-minggu berikutnya, tetapi pemerhati politik menyifatkannya sebagai petanda perubahan dalam parti turut menghakis pengaruh menantu perdana menteri itu.

Sekiranya pencalonan untuk Mukhriz terus meningkat, kata mereka, Mukhriz mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan ketua Pemuda Umnno.

pencalonan bahagian pemuda umnoWalaupun, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menawarkan diri dan sehingga ini mendapat 12 pencalonan, tetapi perebutan bagi jawatan tersebut lebih tertumpu kepada persaingan antara anak bekas perdana menteri itu dengan Khairy.

Reezal, Razali layak

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Mukhriz menyifatkan sokongan terhadapnya itu sebagai "mesej jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan".

Beliau seterusnya berharap bahagian-bahagian lain akan turut mencalonkannya jika mereka juga mahukan perubahan.

"Saya amat berterima kasih dan berbesar hati terhadap keyakinan yang diberikan kepada saya perwakilan dari bahagian-bahagian.

"Saya rasa ia adalah tanda bahawa perwakilan mahukan perubahan dan mereka melihat saya mewakili mereka," katanya di lobi Parlimen.

Mukhriz berkata kejayaan mendapatkan pencalonan yang banyak dalam tempoh yang singkat adalah amat mengejutkan, dan berharap momentum itu akan berterusan.

Sementara itu, dua calon bagi jawatan naib ketua Pemuda - exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican dan ahli parlimen Muar Razali Ibrahim - turut layak bertanding Mac depan.

Mereka memerlukan 20 pencalonan untuk layak dan sehingga ini, Razali mendapat 35 pencalonan dan Reezal mendapat 30 pencalonan.


Zulkifli Nafi Akan Sertai Umno - BERNAMA

14 Oktober, 2008 17:33 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin menafikan akan menyertai Umno ekoran keputusan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyen membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang memberi kemenangan kepada Zulkifli.

"Tidak timbul soal itu. Saya masih bersama PKR, dan duduk di kerusi PKR ketika dalam Parlimen.

"Saya sentiasa berhubung dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi tidak timbul masalah cuma ada sedikit 'hiccup' atas perjuangan saya dengan Islam tetapi tidak timbul soal saya untuk melompat parti," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Zulkifli juga berkata setakat ini beliau belum mendapat sebarang tawaran untuk menyertai Umno.

Menyentuh sama ada sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadapnya oleh PKR berhubung tindakannya membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lepas, Zulkifli berkata beliau sudah dipanggil untuk menjelaskan tindakannya kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu.

"Saya telah beri penjelasan tentang pendirian saya bahawa saya utamakan perjuangan Islam, kalau PKR menyediakan platform perjuangan Islam saya tidak ada masalah," katanya.

-- BERNAMA

Harga Petrol Turun Esok, Kata Abdullah - BERNAMA

14 Oktober, 2008 18:26 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.

-- BERNAMA

Monday, October 13, 2008

Mencari pengasas 'teori Rahman' - MALAYSIAKINI

Jimadie Shah Othman | Oct 13, 08 9:40pm

Rancangan penyerahan kuasa Umno kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal perdana menteri Malaysia.

Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka.

Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama perdana menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat besar politik negara ini.

rahman theory malaysia prime ministerMalaysiakini menghubungi tiga penulis politik Melayu berpengalaman dan tersohor untuk mencungkil asal-usul mitos moden ini – mungkin boleh dianggap satu-satunya "teori" yang paling tepat untuk menjadi nujum politik Melayu, setidak-tidaknya untuk melihat siapa pemimpin nombor satu Umno.

Pengamat-pengamat politik itu bagaimanapun semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Ketua pengarang mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu.

"Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu.

Ikhwan, juga bekas ahli parlimen Pontian dan juga bekas setiausaha politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd.

Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya.

"(Bekas menteri besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.

Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti.

Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan Mahathir.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam perhimpunan agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi perdana menteri.

"(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja.

"Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu. Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk "mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri."

Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai "penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi perdana menteri. Orang itu ialah Pak Lah."

Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim.

"Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular.

Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."

Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya.

Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang timbalan perdana menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir.

"Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya "teori Rahman" terjadi secara kebetulan sahaja.

Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti.

"Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan).

"Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus."

Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."

Seperti pertikaian banyak pihak, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan nama Rahman.

Katanya, untuk perdana menteri pertama "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk meninggalkan sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul.

"Sedangkan secara popular, perdana menteri pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan perdana menteri kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum menyertai PAS.

Bakal perdana menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

Seniman kecam Shah Rukh Khan dikurnia Datuk - MSTAR

Isnin Oktober 13, 2008

Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Rasuk Jejambat Jatuh, Laluan Lebuhraya Sprint Ditutup Awal Pagi Ini - BERNAMA

13 Oktober, 2008 14:52 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Laluan Kilometer 1.5 hingga 2.3 Lebuhraya Sprint berhadapan Dijaya Land Sdn Bhd ditutup dari pukul 3.3O pagi hingga 8 pagi ini kerana rasuk jejambat yang sedang dibina tergelincir dan jatuh ke lebuhraya itu.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu telah menyebabkan gangguan trafik dari kedua-dua arah di lebuh raya berkenaan hingga 8 pagi apabila kerja-kerja pembersihan selesai dan laluan itu dibuka semula kepada lalu lintas.

Pengurus Komunikasi Sprint Sdn Bhd, Bhavani Krishna Iyer berkata laluan trafik menghala ke pusat bandar telah dibuka pada jam 7 pagi, manakala laluan menghala ke Kayu Ara/Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) dibuka pada jam 8 pagi.

"Sprint telah membuat pengumuman trafik mengenai kesesakan tersebut pada pukul 6.30 pagi di semua stesen radio dan kenyataan juga telah di paparkan di papan elektronik di pelbagai laluan supaya pengguna Lebuhraya Sprint dapat menggunakan laluan alternatif," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata syarikat tersebut telah diarahkan menghentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu, walau bagaimanapun memberi jaminan bahawa lebuh raya itu selamat digunakan.

Bhavani berkata tiada kemalangan yang berlaku semasa kejadian kerana laluan tersebut telah ditutup sejak tengah malam Ahad bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan jejambat, jalan susur dan kerja-kerja yang berkaitan oleh syarikat Dijaya Land Sdn Bhd.

"Kita telah memberi kebenaran kepada syarikat tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan jejambat dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari sejak tengah malam semalam sehingga 26 Okt depan," katanya.

Beliau berkata berikutan penutupan laluan, para pengguna lebuh raya itu boleh menggunakan laluan alternatif iaitu bagi pengguna dari pusat bandar ke NKVE/ Kayu Ara/ Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)/ SS2/ Puchong, mereka dinasihatkan menggunakan jejambat bertingkat ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) selepas plaza tol Damansara.

"Daripada persimpangan bertingkat TTDI, ikut arahan papan tanda ke NKVE/ Puchong. Manakala bagi laluan dari LDP/ Sungai Buloh/ Kepong ke Pusat Bandar/ Kuala Lumpur, tiada sebarang perubahan berlaku," katanya.

Bagi laluan dari NKVE/ Kayu Ara ke Pusat Bandar/ Kuala Lumpur, pengguna lebuh raya boleh menggunakan persimpangan Damansara Utama ke arah LDP menuju ke persimpangan bertingkat TTDI sebelum masuk ke Lebuhraya Sprint arah Kuala Lumpur.

"Dari LDP/ SS2/ Puchong untuk ke pusat bandar/ Kuala Lumpur pula, pengguna dinasihatkan menggunakan terowong di persimpangan Damansara Utama ke persimpangan bertingkat TTDI sebelum masuk ke Lebuhraya Sprint arah Kuala Lumpur.

"Bagi pengguna dari Seksyen 17 ke NKVE/ Kayu Ara/ SS2/ Puchong/ Sungai Buloh dan Kepong, gunakan Jalan 17/21 menuju ke Jalan 17/22 dan ikut arahan papan tanda lencongan ke persimpangan bertingkat TTDI sebelum menuju ke destinasi yang ingin dituju," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh tersebut panduan trafik sementara untuk pengguna lebuh raya akan disediakan dan pengguna adalah dinasihatkan agar mematuhi papan-papan tanda yang disediakan.

-- BERNAMA

Najib, Muhyiddin Terus Jadi Pilihan Utama Bahagian Umno - BERNAMA

12 Oktober, 2008 21:00 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Gandingan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Presiden dan Timbalan Presiden Umno terus menjadi pilihan bahagian-bahagian Umno yang mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing sehingga hari Ahad.

Sehingga pukul 7.30 malam, Najib kekal sebagai calon tunggal untuk jawatan presiden dengan 22 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 19 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam memperoleh tiga pencalonan manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menerima satu pencalonan.

Sementara itu persaingan bagi tiga jawatan Naib Presiden Umno meningkat kepada 10 calon dengan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendahului dengan 18 pencalonan diikuti Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan 11 pencalonan.

Yang lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (9), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (8), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar (4), Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim (4), bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim (2), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan (2), bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (2), Pengerusi badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa (1) dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (1).

Persaingan bagi jawatan Ketua Pemuda Umno juga semakin menarik dengan anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mendapat 37 pencalonan diikuti dengan naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin yang mendapat 19 pencalonan, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang mendapat lapan pencalonan serta timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendapat satu pencalonan.

Bagi jawatan Ketua Wanita Umno pula, penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz terus mendapat pencalonan bagi mempertahankan jawatan itu dengan 49 pencalonan setakat ini.

Naib Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat 11 pencalonan bagi jawatan tersebut, walaupun Rafidah telah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Shahrizat.

Persaingan bagi jawatan Ketua Puteri Umno tidak kurang hebatnya dengan persaingan dekat antara Ketua Penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin yang mendapat 32 pencalonan, diikuti dengan naib ketua pergerakan tersebut Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mendapat 28 pencalonan, anggota Exconya Datin Ismalina Ismail (11), setiausaha pergerakan itu Bibi Sharliza Mohd Khalid (6) dan ketua Puteri Umno Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (4).

Sejumlah 26 bahagian Umno mengadakan mesyuarat masing-masing hari Ahad.

Sejak Jumaat lepas hingga hari ini, 29 daripada 191 bahagian Umno telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Minggu depan, sejumlah 41 lagi bahagian Umno dijadual mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, dengan kebanyakan mesyuarat bertumpu pada hujung minggu mulai Jumaat.

Bahagian-bahagian itu diberikan tempoh sebulan sehingga 9 Nov untuk mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

-- BERNAMA

Sunday, October 12, 2008

Muhyiddin tokoh terbaik jadi TPM - Dr. M -UTUSAN

12/10/2008 3:15pm

MELBOURNE 12 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan “tokoh terbaik” untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Terdapat banyak orang yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata bekas perdana menteri Malaysia.

Dr. Mahathir berkata, Menteri Perdagangan dan Antarabangsa itu kebelakangan ini “amat lantang” berhubung isu kepimpinan.

Sambil menyatakan sokongan kepada Najib bagi jawatan perdana menteri, Dr. Mahathir berkata, Muhyiddin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas di peringkat akar umbi.

“Dengan kerja keras dan saling bekerjasama, Najib dan Muhyiddin akan mampu menerajui kerajaan dengan baik.

“Dengan kemelut kewangan global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang utuh dan bijak membuat keputusan,” kata Dr. Mahathir yang berada di sini untuk berucap pada simposium pelbagai kebudayaan antarabangsa. Beliau akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin.

Harga minyak di bawah AS$78 setong - UTUSAN

NEW YORK 11 Okt. - Harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) hari ini ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan.

Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan November ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange.

Ini merupakan harga terendah yang dicatatnya bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007.

Di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong di ICE Futures Exchange.

Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan di pasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150 (RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong, pada 11 Julai lalu.

Presiden Tenaga Strategik dan Kajian Ekonomi dari Winchester Massachusetts, Michael Lynch berkata, pelabur kini begitu bimbang dan situasi tersebut memberi tekanan terhadap pasaran minyak.

''Mereka (pelabur) bimbang untuk memegang sebarang posisi dalam pasaran, oleh itu mereka menjualnya.

''Selagi krisis kewangan ini berterusan, kami jangkakan harga minyak akan terus turun pada paras AS$60 (RM210.6) setong,'' katanya.

- AP

25 bahagian mesyuarat hari ini, Najib dan Muhyiddin dahului pencalonan -MSTAR

Ahad Oktober 12, 2008

PETALING JAYA: Persidangan perwakilan bahagian Umno memasuki hari keempat hari ini dengan sebanyak 25 bahagian dijangka mengadakan mesyuarat masing-masing.

Turut termasuk dalam senarai ialah Bahagian Pagoh yang diketuai oleh Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sehingga semalam, Muhyidddin memperoleh tiga pencalonan tiga bahagian yang telah menyempurnakan persidangan masing-masing.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pula telah memperoleh jumlah pencalonan yang sama bagi jawatan Presiden.

Kelmarin kedua-dua mereka mendapat dua pencalonan setiap seorang daripada Umno Bahagian Machang di Kelantan dan Kimanis, Sabah.

Semalam pula Bahagian Besut merupakan bahagian ketiga yang mengadakan mesyuarat perwakilan mereka daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara.

Antara bahagian-bahagian yang bersidang hari ini ialah Pagoh, Cheras, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Beruas, Kampar, Semporna, Silam, Kalabakan, Kota Kinabalu, Pontian, Mersing, Pasir Gudang, Batu Pahat, Kota Melaka, Kuantan dan Rompin.

Sehingga semalam Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing memperoleh tiga, dua dan satu pencalonan untuk jawatan Naib Presiden.

Selain mereka, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar masing-masing turut mendapat satu pencalonan untuk bertandung kerusi Naib Presiden.

Sementara itu, Bahagian Tumpat yang dijadualkan bermesyuarat semalam telah menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masing-masing telah melepasi jumlah pencalonan minimum bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita Umno setelah 47 daripada 191 bahagian pergerakan itu menamatkan mesyuarat perwakilan mereka sehingga semalam.

Rafidah memperoleh sebanyak 31 pencalonan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 39 pencalonan, melebihi jumlah minimum 38 pencalonan atau 20 peratus daripada 191 bahagian untuk melayakkan diri mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat turut layak untuk mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita setelah kini mengumpul 39 pencalonan, melebihi had minimum 29, atau 15 peratus daripada 191 bahagian.

Bagi pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno, Shahrizat telah memperoleh lapan pencalonan, termasuk tujuh pencalonan diterimanya daripada Wanita Umno Telok Kemang, Kinabatangan, Kalabakan, Bukit Gelugor, Bagan Serai, Bukit Gantang dan Kampar walaupun beliau sebelum ini menyatakan pendirian untuk tidak bertanding jawatan tersebut.

Sementara itu, pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Wanita semakin 'panas' apabila dua lagi nama dicalonkan iaitu Ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Siddiq dan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim.

Halimah mendapat satu pencalonan dari Bahagian Wanita Umno Kinabatangan, manakala Kamilia memperoleh tiga pencalonan dari Kalabakan, Bukit Gelugor dan Kampar.

Ketua Umno Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Menteri Pelancongan menerima tiga lagi pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita iaitu Telok Kemang, Bagan Serai dan Bukit Gantang menjadikan keseluruhan empat pencalonan sehingga semalam.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sehingga malam tadi telah mendapat 29 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno, kini memerlukan hanya sembilan lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.Jumlah minimum pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ialah 38.

Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula telah mendapat 14 pencalonan, dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tujuh setelah 53 Bahagian Pemuda Umno bermesyuarat sejak Khamis lalu.

Mukhriz mendapat pencalonan daripada Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud, Tuaran, Permatang Pauh, Bagan dan Pokok Sena.

Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub, Rompin, Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian dan Kota Kinabalu.

Khir mendapat sokongan daripada Tumpat, Kapar, Cheras, Taiping, Masjid Tanah, Mersing dan Shah Alam.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang kini memperolehi 27 pencalonan, hanya perlu mendapat dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

Bagi bertanding jawatan itu, calon perlu mendapat 15 peratus pencalonan dari 191 bahagian iaitu 29.

Sementara saingannya bagi jawatan itu, anggota Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 18 pencalonan, Ketua Pemuda Kota Kinabalu, Baharol Raza Chuprap (satu), anggota Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan Ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).

Umno Perak Sokong Najib Untuk Presiden, Calon Jawatan Timbalan Terserah Kepada Bahagian - BERNAMA

12 Oktober, 2008 00:53 AM

IPOH, 12 Okt (Bernama) -- Umno negeri Perak sepakat memberi sokongan padu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dicalonkan ke jawatan presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, kata pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Beliau berkata bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden, badan perhubungan Umno negeri yang mengadakan mesyuarat khas malam ini menyerahkannya kepada kebijaksanaan 24 bahagian Umno negeri untuk membuat keputusan memilih siapa yang menjadi pilihan mereka.

Bagi calon jawatan Naib Presiden pula, Umno Perak akan memberi sokongan padu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon.

"Bagi dua lagi jawatan naib presiden, Umno Perak menyerahkannya kepada budi bicara bahagian Umno negeri untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini Sabtu malam.

Beliau berkata bagi jawatan majlis tertinggi, Umno Perak akan memberi sokongan kepada tujuh pemimpin negeri yang terdiri daripada penyandang Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainuddin (Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (Ketua Umno Tambun).

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Ketua Umno Pasir Salak), pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd Senator Datuk Azian Osman (Ketua Umno Ipoh Timur), Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (Ketua Umno Lumut) dan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Ketua Umno Larut).

Beliau berkata Umno Perak juga merestui tindakan Ketua Puteri Umno Perak Dr Wan Norashikin Wan Noordin untuk bertanding jawatan Ketua Puteri.

-- BERNAMA

Gerakan: Calon tunggal Melayu tewas - MALAYSIAKINI

Oct 11, 08 7:59pm

Dr Arsharuddin Ahmad, calon Melayu pertama bertanding jawatan tinggi peringkat kebangsaan dalam sejarah Gerakan, tidak kisah dengan kekalahannya dalam perebutan bagi jawatan naib presiden hari ini.

gerakan ndc 111008 arsharuddin 04.jpgKetua Pegawai Operasi berumur 49 tahun di sebuah kolej antarabangsa swasta itu berkata beliau percaya masih ada ruang dan tanggungjawab besar menanti beliau dalam Gerakan.

Arsharuddin adalah satu-satunya calon Melayu dalam senarai calon Gerakan yang bertanding bagi merebut jawatan timbalan dan naib presiden dan 18 kerusi jawatankuasa pusat dalam pemilihan parti.

"Saya masih baru. Walaupun saya kalah, ia pengalaman yang baik untuk diri saya," katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan diumumkan di ibu pejabat parti di ibunegara, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya beliau tidak akan melepaskan cita-cita politiknya dan bersedia menerima sebarang jawatan yang mungkin ditawarkan parti.

Perlembagaan Gerakan membenarkan presiden melantik lima orang ke jawatankuasa pusat yang mempunyai 18 anggota yang dipilih.

Menurut sumber parti, Arsharuddin mungkin dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat oleh presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Jika mereka mahu berikan jawatan jawatankuasa pusat, terpulanglah kepada mereka," kata Arsharuddin.

Dalam pemilihan itu, Arsharuddin menduduki tempat keempat dan gagal menjadi seorang daripada tiga naib presiden dengan perbezaan hanya 31 undi.

Muka baru


Pemenangnya ialah Datuk Mah Siew Keong yang memperoleh 1,153 undi, Datuk Dr S Vijayaratnam (678 undi) dan Huan Cheng Guan (568 undi).

Arsharuddin berkata keyakinannya terhadap parti pelbagai kaum itu tidak luntur kerana kekalahannya hanya dengan jumlah undi yang kecil.

"Ia memerlukan masa. Apa juga dalam kehidupan kita akan mengambil masa kerana kita mempunyai keupayaan untuk menarik orang, menarik rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyertai kita," katanya.

Sementara itu, Dr Koh berkata beliau kagum dengan Arsharuddin yang berjaya memperoleh undi yang banyak berbanding calon lain yang lebih senior walaupun beliau merupakan muka baru dan tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri atau kebangsaan.

"Dr Arsharuddin menerima undi keempat tertinggi bagi jawatan naib presiden dan mendahului tiga bekas anggota jawatankuasa pusat dan ia merupakan satu petanda positif yang perwakilan mahukan pembaharuan," katanya.

Timbalan Presiden Gerakan yang baru Datuk Chang Ko Youn berkata beliau secara peribadi akan mengesyorkan Arsharuddin ke jawatankuasa pusat dan yakin yang Arsharuddin akan memainkan peranan efektif dalam parti.

"Mereka yang gagal, saya pasti akan bangkit semula dan bagi tiga tahun akan datang, mereka boleh turun padang dan bergaul dengan akar umbi untuk memperkenalkan diri mereka bagi membolehkan mereka dipilih pada pemilihan akan datang," katanya.

Gerakan: Calon tunggal Melayu tewas - MALAYSIAKINI

Oct 11, 08 7:59pm

Dr Arsharuddin Ahmad, calon Melayu pertama bertanding jawatan tinggi peringkat kebangsaan dalam sejarah Gerakan, tidak kisah dengan kekalahannya dalam perebutan bagi jawatan naib presiden hari ini.

gerakan ndc 111008 arsharuddin 04.jpgKetua Pegawai Operasi berumur 49 tahun di sebuah kolej antarabangsa swasta itu berkata beliau percaya masih ada ruang dan tanggungjawab besar menanti beliau dalam Gerakan.

Arsharuddin adalah satu-satunya calon Melayu dalam senarai calon Gerakan yang bertanding bagi merebut jawatan timbalan dan naib presiden dan 18 kerusi jawatankuasa pusat dalam pemilihan parti.

"Saya masih baru. Walaupun saya kalah, ia pengalaman yang baik untuk diri saya," katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan diumumkan di ibu pejabat parti di ibunegara, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya beliau tidak akan melepaskan cita-cita politiknya dan bersedia menerima sebarang jawatan yang mungkin ditawarkan parti.

Perlembagaan Gerakan membenarkan presiden melantik lima orang ke jawatankuasa pusat yang mempunyai 18 anggota yang dipilih.

Menurut sumber parti, Arsharuddin mungkin dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat oleh presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Jika mereka mahu berikan jawatan jawatankuasa pusat, terpulanglah kepada mereka," kata Arsharuddin.

Dalam pemilihan itu, Arsharuddin menduduki tempat keempat dan gagal menjadi seorang daripada tiga naib presiden dengan perbezaan hanya 31 undi.

Muka baru


Pemenangnya ialah Datuk Mah Siew Keong yang memperoleh 1,153 undi, Datuk Dr S Vijayaratnam (678 undi) dan Huan Cheng Guan (568 undi).

Arsharuddin berkata keyakinannya terhadap parti pelbagai kaum itu tidak luntur kerana kekalahannya hanya dengan jumlah undi yang kecil.

"Ia memerlukan masa. Apa juga dalam kehidupan kita akan mengambil masa kerana kita mempunyai keupayaan untuk menarik orang, menarik rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyertai kita," katanya.

Sementara itu, Dr Koh berkata beliau kagum dengan Arsharuddin yang berjaya memperoleh undi yang banyak berbanding calon lain yang lebih senior walaupun beliau merupakan muka baru dan tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri atau kebangsaan.

"Dr Arsharuddin menerima undi keempat tertinggi bagi jawatan naib presiden dan mendahului tiga bekas anggota jawatankuasa pusat dan ia merupakan satu petanda positif yang perwakilan mahukan pembaharuan," katanya.

Timbalan Presiden Gerakan yang baru Datuk Chang Ko Youn berkata beliau secara peribadi akan mengesyorkan Arsharuddin ke jawatankuasa pusat dan yakin yang Arsharuddin akan memainkan peranan efektif dalam parti.

"Mereka yang gagal, saya pasti akan bangkit semula dan bagi tiga tahun akan datang, mereka boleh turun padang dan bergaul dengan akar umbi untuk memperkenalkan diri mereka bagi membolehkan mereka dipilih pada pemilihan akan datang," katanya.

Saturday, October 11, 2008

Nicol kritik revolusi mata baru - UTUSAN

MANCHESTER, England - Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David mengkritik cadangan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) untuk menukar format sistem mata kepada permainan rali yang dijangka dipersetujui esok.

WSF bercadang menyelaraskan sistem mata dengan semua pemain perlu beraksi sehingga 11 mata secara rali dengan alasan ia akan memudahkan skuasy difahami, selain mengukuhkan kedudukan sukan itu bagi mendapat tempat di Sukan Olimpik.

Menerusi format baru ini, pemain boleh memperoleh mata sekalipun servis dipegang lawan dengan perlawanan akan berlanjutan ke mata ke-11.

Dalam format biasa, hanya pemain yang memegang servis boleh mengutip mata dan permainan akan berakhir pada mata ketujuh.

Nicol, 25, percaya WSF melakukan satu kesilapan besar sekiranya tradisi format mata yang telah digunakan sejak 80 tahun lalu, diubah.

Ketika ditanya apakah perubahan itu akan mengundang risiko perlawanan berlangsung dengan terlalu singkat, Nicol membalas: "Ya, sudah tentu.

"Skuasy adalah permainan tentang bagaimana anda hendak bangkit selepas ketinggalan dan inti pati mata asal adalah ia tidak akan berakhir sehingga ia tamat.''

Menurut Nicol lagi, dengan mempraktikkan sistem Amerika (permainan rali) semangat kebangkitan dan pertarungan juga akan semakin berkurangan, sekali gus menjadikan perlawanan tidak lagi menarik.

"Saya harap ia tidak perlu diubah seperti itu,'' tegas juara dunia dua kali itu.

Nicol yang menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan dunia di Manchester, minggu depan turut meragui kesan perubahan sistem mata rali kepada permainan profesional wanita.

Sistem berkenaan dijangka digunakan dalam Kejohanan Jelajah WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa) pada Julai tahun depan, iaitu mengguna pakai sistem yang digunakan Persatuan Skuasy Profesional (lelaki) yang diperkenalkan kali pertama pada Kejohanan Dunia di sini.

"Ia adalah satu perubahan besar. Selepas kedudukan skuasy wanita sudah begitu kukuh dengan sistem mata asal, anda menukarnya kepada sistem Amerika. Ia akan memberi kesukaran kepada kebanyakan pemain wanita untuk menyesuaikan diri.

"Bagaimanapun pada akhirnya, anda terpaksa juga berdepan dengan perubahan yang dilakukan. Harap kualiti yang kami pamerkan dalam sistem sembilan mata akan dapat diteruskan dalam format mata Amerika,'' katanya.

Sementara itu, penyandang juara dunia, Rachael Grinham juga tidak pasti apakah kesan yang akan dibawa sistem baru ini kepada arena skuasy profesional wanita.

"Pada awalnya saya tidak suka dengan perubahan tetapi saya faham kalau ia tidak dapat dielakkan, jadi saya cuba menerimanya secara positif.

"Saya setuju ia menjadikan perlawanan lebih menarik untuk penonton kerana ia boleh menjadikan perlawanan lebih rapat tetapi secara keseluruhan saya tidak fikir ia akan menjadikan skuasy lebih menarik,'' kata pemain Australia itu.

Ketua Eksekutif Jelajah WISPA, Andrew Shelley mengkritik penyelarasan sistem rali dalam semua kejohanan skuasy, namun beliau mengakui ia baik untuk skuasy wanita.

"Kita menghabiskan masa 16 bulan untuk mengujinya dan kita tahu ia mungkin menjejaskan pemain tertentu. Kalau seseorang pemain itu sudah selesa dan lama menakluki saingan dengan sistem biasa, sudah tentu sukar untuk dia menyesuaikan diri dengan format baru.

"Ia menjadikan perlawanan sangat rapat dan menjadikan ia lebih mendebarkan, jadi secara keseluruhan saya rasa ia bagus. Cuma saya tidak setuju kalau sistem mata itu digunakan untuk semua jenis kejohanan,'' kata Shelley.

- AFP

Pilihan raya kampus: Mahasiswa bantah di Kementerian Pengajian Tinggi - HARAKAH

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my ] Foto Nasir
Fri | Oct 10, 08 | 5:55:07 pm MYT

PUTRAJAYA, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi.

Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.

Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.

Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',

ImageMereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.

"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.

Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.

Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.

wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK Imageyang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.

Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.

"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.

"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.

Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, Imageanggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.

Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.

Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.

Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.

Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk Imagemenyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.

"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.

Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan Imagebeberapa front mahasiswa yang lain.

Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.

Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.

Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.

Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik. - mks. _

Ketua Pemuda: Mukhriz terus mendahului - MALAYSIAKINI

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Selepas 14 bahagian Pemuda selesai bermesyuarat, Mukhriz mendahului dengan lapan pencalonan manakala Khairy Jamaluddin memperolehi mpat pencalonan.

khairy mukhriz nomination Bahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Besut, Kimanis, Alor
Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Manakala bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh dan Silam mencalonkan Khairy.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan
Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali brahim dan Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican, masing-masing emperoleh enam pencalonan.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan ukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz emperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

nomination puteri umnoBagi jawatan ketua Puteri pula, sehingga ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (6); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1)

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam

Nanakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi, Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor.

Shah Rukh Khan Dianugerah Datuk

11 Oktober, 2008 00:58 AM

MELAKA, 11 Okt (Bernama) -- Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari Sabtu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, esok dan Ahad ini.

"Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

"Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM).

Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).

-- BERNAMA

Mukhriz dahului pencalonan ketua Pemuda - MALAYSIAKINI

Abdul Rahim Sabri | Oct 10, 08 6:43pm

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat empat pencalonan, mendahului Khairy Jamaluddin yang setakat ini mendapat tiga pencalonan.

khairy mukhriz nominationBahagian terbaru yang mencalonkan Mukhriz adalah Besut yang baru selesai bermesyuarat petang ini.

Setakat ini, Khairy mendapat pencalonan dari Pemuda Machang, Pengkalan Chepa dan yang terbaru dari bahagian Silam.

Manakala Mukhriz pula mendapat pencalonan dari Pemuda Kimanis semalam dan hari ini beliau turut dicalonkan oleh bahagian Jerlun, Besut dan petang ini dari bahagian Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Menurut bekas ketua pemuda bahagian, Zulfekri Awang, seramai 261 ahli hadir, sebulat suara mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

nomination pemuda umnoManakala di Cameron Highlands, Mukriz mendapat 62 undi, Khairy (8) dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (3).

Bagaimanapun, Dr Mohd Khir akhirnya mendapat pencalonan pertamanya dari Pemuda bahagian.

Bahagian itu juga mencalonkan ahli exco pergerakan itu, Datuk Reezal Merican bagi jawatan presiden.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsan Seri Neting dekat sini petang ini.

Sementara itu, pergerakan Pemuda Umno Silam yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Khairy untuk jawatan tersebut.

nomination puteri umnoManakala Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

Setakat ini, seorang lagi pemimpin lain yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda - timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin - belum mendapat sebarang pencalonan.

Selain Reezal, dua orang lagi dicalonkan untuk jawatan naib ketua, iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah (Machang), ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim (Kimanis dan Pengkalan Chepa).

Friday, October 10, 2008

Senarai pencalonan bagi pemilihan Umno peringkat MT - MSTAR

KUALA LUMPUR: Berikut ialah pencalonan jawatan utama bagi pemilihan Umno peringkat Majlis Tertinggi (MT) setelah dua bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini.

PRESIDEN

(Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (2 pencalonan)

TIMBALAN PRESIDEN

(Kuota: 38 pencalonan)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2 pencalonan)

NAIB PRESIDEN

(Kuota: 19 pencalonan)

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2 pencalonan)

2. Datuk Seri Dr Rais Yatim (1 pencalonan)

3. Datuk Seri Syed Hamid Albar (1 pencalonan)

4. Tan Sri Annuar Musa (1 pencalonan)

5. Datuk Seri Khalid Nordin (1 pencalonan)

PENCALONAN MENGIKUT BAHAGIAN

MACHANG

Presiden

1. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Presiden

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

1. Tan Sri Annuar Musa

2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

3. Datuk Seri Khalid Nordin

KIMANIS

Presiden

1. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Presiden

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

2. Datuk Seri Dr Rais Yatim

3. Datuk Seri Syed Hamid Albar

Anak Keng Yaik Ketua Pemuda Gerakan - BERNAMA

Jumaat Oktober 10, 2008

KUALA LUMPUR: Lim Si Pin berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Gerakan dengan mendapat 242 undi.

Lim menewaskan pencabarnya Chai Tek Loong yang mendapat 105 undi dan Tan Keng Liang yang memperoleh 115 undi.

Keputusan pemilihan Pemuda Gerakan itu diumumkan pada Persidangan Perwakilan Pemuda, yang berlangsung di ibu pejabat parti di Menara PGRM, di sini hari ini.

Jumlah yang mengundi ialah sebanyak 466 dengan tujuh undi rosak.

Lim merupakan juga merupakan anak kepada bekas Presiden Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda, gandingan Lim, Paul Yong Yoon Kong tewas kepada Oh Tong Keong. Yong memperoleh 188 undi berbanding Oh yang mendapat 274 undi.

Bagi tiga jawatan naib ketua pemuda pula, Liang Teck Meng mendapat undi paling tinggi iaitu 408 undi diikuti Vincent Hooi WyHon (371 undi) dan David Ang Chin Tat (226 undi).

Dua lagi calon yang tewas ialah S. Vijaya Kumar, yang menerima 201 undi dan Stephen Doss yang mendapat 141 undi.

Terdapat 28 calon bertanding bagi mengisi 18 tempat dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pemuda Gerakan.

Mereka yang dipilih ialah Tan Kok Seng, Hng Chee Wey, Alex Ong Yeok Leng, Jack Cheow Woon San, Khor Hock Peng, A.Kuhan, Lau Hoi Keong, Chong Chee Yen, Cheah Chee Kuan dan Ou Kwee Hua.

Yang lain termasuk Khoo Kha Shin, Ong Teng Boon, Dr Dominic Lau Hoe Chai, Ong Boon Hong, Tan Keit Hock, Chia Gim Tiong, Chang Shui Kiong dan Yap Chen Heng.

Jumlah mereka yang layak mengundi adalah 1039 namun hanya 466 sahaja yang mengundi dengan peratusan 44.85 peratus.

Lim ketika ditemui berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memperkuatkan parti.

"Saya mahu Pemuda Gerakan menjadi organisasi pemuda pertama di negara ini yang mendapat ISO 9001. Itu adalah cara untuk menguatkan parti kita," kata Lim yang berhasrat untuk melakukan perubahan dalam tempoh tiga tahun.

Tambahnya lagi, beliau juga bercadang untuk menubuhkan Persatuan Anak Malaysia bagi menarik minat golongan muda.

"Melalui persatuan ini kita sediakan platform untuk mereka duduk, mengadakan perbincangan dan berdialog mengenai isu politik semasa," katanya.

Dalam pada itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita Gerakan telah dimenangi oleh Ketua Wanita Pulau Pinang, Ng Siew Lai dengan 276 undi menewaskan Ketua Wanita Gerakan Cawangan Jalan Reko, Kajang,Ong Kin Suan yang mendapat 133 undi.

Sementara itu, tiga jawatan naib ketua wanita yang sebelum ini ditandingi oleh empat orang telah dimenangi tanpa bertanding apabila Ketua Wanita Kedah, Eng Gaik Hong menarik diri.

Ini membuka peluang kepada Ketua Wanita Negeri Sembilan, Chin Nyuk Chin; Ketua Wanita Melaka, Yong Fuei Moy dan Ketua Wanita Selangor; Azmar Md Ilias mengisi jawatan tersebut.

Hal yang sama turut disaksikan bagi jawatan AJK apabila Ung Lee Wang iaitu salah seorang daripada 19 calon untuk mengisi 18 jawatan tersebut menarik diri.

Bagi jawatan AJK Wanita Pusat, 18 jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding iaitu Wong Chien Yue, Ko Sok Ten, Leong Ku Yoke, Jayanthi Devi Balaguru, Ngo Kim Hua, Tai Mun, Phuah Lai Wan dan Paramissury Arumugam

Yang lain termasuk Choo King Lan, Chong Yen Nee, Chia Ting Ting, Chin Yoke Lee, Tien Lee Lian, Rowena Yam, Soh Hoon Lee, Choo Yu Fong, The Siew Eyen dan Diane Tricia Douglas.

Menurut Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe, pengunduran oleh kedua-dua ahlinya itu adalah secara sukarela yang bertujuan untuk penyatuan parti.

“Eng menghubungi saya sehari selepas penamaan calon dan menyatakan yang beliau mahu berundur untuk penyatuan parti.

“Sementara itu, Ung juga menarik diri atas sebab yang sama demi menjaga imej wanita kerana jika 19 yang bertanding (untuk 18 jawatan), seorang pasti akan tewas,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak pernah memaksa setiap ahli yang mahu bertanding menarik diri.

Thursday, October 9, 2008

Gandingan Najib-Muhyiddin jadi pilihan - MALAYSIAKINI

Muda Mohd Noor | Oct 9, 08 5:15pm

Regu Najib-Muhyiddin dijangka menjadi pilihan utama pencalonan bahagian bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beberapa pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini menyuarakan keyakinan mereka terhadap kemantapan gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulih semula sokongan rakyat terhadap Umno.

Najib hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan presiden, manakala Muhyiddin akan mengumumkan esok, hasratnya bertanding timbalan presiden.

Sehingga ini tiga orang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Mereka adalah Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Seorang lagi ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pertama menawar diri bertanding jawatan tersebut, telah menarik diri hari ini dan akan bertanding jawatan naib presiden.

Mengenai jawatan ketua Pemuda Umno pula, mereka berpendapat Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak untuk menerajui pergerakan Pemuda.

Bagaimanapun, timbalan ketua bahagian Pulai,Osman Sapian berpendapat Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, paling berwibawa untuk memimpin pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Gadingan mantap

Katanya, ini kerana tetokohan yang ada pada beliau dan bukannya kerana beliau anak mantan presiden Umno.

Manakala Khairy pula, katanya paling sesuai mempertahankan jawatan naib ketua Pemuda kerana beliau perlu belajar sebelum menerajui pergerakan itu.

"Untuk membentuk gandingan mantap dalam pergerakan Pemuda, Mukhriz perlu berganding dengan Khairy kerana kedua-duanya mempunyai kewibawaan," katanya lagi.

Manakala ketua Pemuda Umno bahagian Bagan, Marzuki Yahya pula berkata, gandingan Najib dan Muhyiddin boleh memulihkan semula Umno.

"Muhyiddin mempunyai pengalaman dan kematangan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku dalam Umno," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin lain mempunyai hak untuk bertanding dan sesiapa pun tidak boleh menyekat hak mereka untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Mesti berani menegur


Manakala bagi Pemuda pula, Marzuki menyerahkannya kepada perwakilan pergerakan itu bagi memilih pemimpin utama mereka.

Tetapi, katanya, Pemuda memerlukan seorang pemimpin yang berani menegur untuk kebaikan parti.

Sementara itu, ketua Umno bahagian Lumut, Datuk Dr Zambery Kadir berkata, Muhyiddin paling layak menjadi timbalan presiden Umno kerana beliau bukan sahaja popular di kalangan kelompok Umno tetapi juga di dunia antarabangsa.

Calon lain, kata ketua penerangan Umno Perak itu, Mohd Ali dan Ahmad Zahid pula hanya efektif untuk jawatan naib presiden Umno.

"Mereka belum sesuai untuk menjadi timbalan persiden Umno kerana timbalan presiden Umno adalah timbalan perdana menteri," katanya.

Manakala Dr Zambery berpendapat Khairy, Mukhriz dan Dr Mohd Khir layak untuk menerajui pergerakan Pemuda.

Selangor mahu Muhd Taib


Katanya, ketua Pemuda yang baik ialah yang boleh memahami politik sebenar yang berlaku dalam Umno sekarang ini.

"Mereka tidak boleh syok sesama sendiri tetapi perlu mendekati golongan profesional muda, yang boleh turun ke universiti dan ke kampung-kampung untuk menarik sokongan mereka kepada Umno," katanya lagi.

Bagaimanapun, ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, ketua penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib layak untuk menjadi timbalan presiden.

"Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas di peringkat pusat dan negeri dan oleh kerana itu beliau layak menjadi timbalan presiden Umno dan seterusnya timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, pertandingan akan memberi peluang kepada perwakilan untuk memilih siapa yang paling layak menjadi timbalan presiden Umno.

Syukur berkata, semua calon naib presiden mempunyai kebolehan dan berpengalaman untuk menjawat jawatan tersebut.

Najib sah tanding Presiden, Muhammad Taib saingi Timbalan Presiden - MSTAR ONLINE

Khamis Oktober 9, 2008

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Pengumuman Najib itu dibuat pada majlis Aidilfitri bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan pemimpin masyarakat semua peringkat di di sini, petang ini.

"Sehubungan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun depan).

"Saya dengan rasa rendah hati dan penuh rasa tanggungjawab, ingin menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Umno," kata Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno.

Najib, yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini pagi ini sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu. Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno.

Semalam, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.

Abdullah, yang percaya Najib akan dipilih sebagai Presiden Umno yang baru pada pemilihan parti kira-kira enam bulan lagi, mahu timbalannya itu, mengambil alih kepimpinan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan daripadanya.

Proses peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya itu, sebelum ini ditetapkan dilakukan pada Jun 2010. Bagaimanapun, atas desakan anggotaanggota Umno, ia dipercepatkan pada Mac tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Najib berkata dengan sokongan daripada akar umbi dan para perwakilan parti, beliau berikrar untuk meneruskan agenda perjuangan Umno dengan pembaharuan-pembaharuan yang disebutkan Perdana Menteri semalam.

"Saya percaya bahawa pengumuman ini akan membolehkan proses demokrasi dalam parti berjalan lancar dan terus subur di samping membolehkan semua ahli Umno berganding bahu untuk memantapkan lagi parti," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berharap mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat daripada kalangan semua kaum termasuk pemimpin dan anggota parti, sekaligus dapat mengukuhkan BN.

"Sesungguhnya tugas sebagai pemimpin adalah satu amanah dan tanggungjawab yang dianugerah Allah S.W.T. InsyaAllah, saya akan melaksanakannya dengan cara yang terbaik," katanya.

Najib, bagaimanapun, enggas mengulas mengenai siapakah calon yang sesuai untuk berganding dengannya sebagai Timbalan Presiden Umno.

"Saya akan mengulas perkara itu pada masa lain... satu majlis lain," katanya.

Ketika ditanya jika terdapat calon lain yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno, beliau berkata:

"Apa hendak buat, kita melalui proses demokrasi... saya tetap menghormati suara ahliahli parti."

Mengenai harapan beliau apabila menjadi Perdana Menteri, Najib berkata:

"Saya akan hanya bercakap mengenainya apabila tiba masanya kerana dalam tempoh enam bulan ini, Datuk Seri Abdullah adalah Perdana Menteri dan kami mesti memberikan sokongan penuh kepadanya untuk mengadakan pembaharuan yang diumumkannya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini juga secara rasmi mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan tersebut.

Beliau melahirkan keyakinan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

"Kesemua 22 bahagian di Selangor akan menyokong pencalonan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Umno Selangor di sini.

Selain Muhammad, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Esok, Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat pengumuman bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Muhammad hasratnya untuk bertanding adalah kerana ingin membantu Presiden parti memperkasakan dan memulihkan kekuatan Umno untuk menjadi satu-satunya parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

"Saya menyandarkan tawaran saya kepada rekod kesetiaaan dan perkhidmatan kepada parti, kerajaan dan rakyat untuk dipilih sebagai orang nombor dua dalam parti," katanya.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ini merupakan kali pertama seorang calon daripada Selangor bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau juga memaklumkan, Umno negeri itu menyokong pencalonan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno Malaysia.

Jelasnya, nilai kesetiaan dan keserasian di antara orang nombor 1 dan 2 penting untuk memberi kestabilan politik parti dan negara.

"Sejarah kita lihat keserasian nombor satu dan dua..ada masa nombor satu dan dua tak boleh serasi dan ini boleh bawa bencana kepada parti dan telah berlaku dalam parti berkali-kali," katanya.

Muhammad berkata beliau menawarkan diri sebagai pemimpin yang boleh membawa keserasian dalam parti berdasarkan rekodnya yang ‘tak pernah melawan ketua’.

“Insya-Allah jika saya dicalonkan dan dipilih, saya menawarkan kestabilan politik, semangat berpasukan dan setia bagi sama-sama membantu Presiden memartabatkan semula Umno yang selama ini menjadi payung kepada orang Melayu dan rakyat di negara ini,” katanya.

Tambahnya, ahli-ahli Umno harus diberi kebebasan untuk menentukan calon nombor dua dalam parti untuk membawa kestabilan dan kebaikan kepada parti.

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac - MALAYSIAKINI

Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Oct 8, 08 11:22am

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

abdullah badawi supporter pwtc 081008Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010.

Elak Umno, BN berpecah

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

"Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan.

Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

"Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Pilihanraya umum lalu

Abdullah juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu".

Dalam pilihanraya Mac lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, para pemimpin BN menyambut baik Najib sebagai pengganti beliau.

"Apa yang mereka lahirkan itu, adalah pandangan mereka sendiri. Saya fikir saya mendapat sokongan dalam membuat keputusan ini," tambahnya.

Abdullah berkata, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Perpaduan kaum

Mengenai perpaduan kaum, Abdullah berkata, ianya kini berada dalam keadaan yang merosot.

"Saya akan mengadakan konvensyen BN awal tahun depan. Saya serius dan komited untuk mencapai apa yang akan dilaksanakan

"BN masih sebuah kerajaan yang kuat sehingga pilihanraya yang akan datang," tambahnya. Teks lengkap pengumuman PM

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat - selama lima tahun lima bulan.

Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang meninggal semasa berkhidmat pada tahun 1976, mentadbir selama lima tahun empat bulan.

Manakala perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pula meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Abdullah akan terus menjadi perdana menteri beberapa bulan lagi, walaupun selepas tamat tempohnya sebagai presiden Umno.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

Sementara itu, ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...