Wednesday, June 3, 2009

'Saya tidak sayang lagi Tengku TT '

Jimadie Shah Othman | Jun 3, 09

Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot berkata dia tidak lagi sayang kepada suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang didakwa telah menderanya.

"Saya tidak sayang lagi kepada Tengku TT (Tengku Temenggung)," kata Manohara dalam siaran langsung di stesen TV Indonesia, RCTI tengahari tadi.

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409Selain Manohara, turut menyertai dalam siaran langsung itu ialah ibunya - Daisy Fajarina - dan Mohd Soberi Shafii - teman karib Tengku Temenggung Kelantan itu.

Mohd Soberi memberitahun Malaysiakini, Manohara menyuarakan perasaan itu sewaktu siaran langsung tersebut.

"Saya menyertai siaran langsung itu melalui telefon dari Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Mohd Soberi manohara menyatakan dia tidak lagi sayangkan suaminya ketika menjawabnya mengapa dia membuat dakwaan didera oleh Tengku Temenggong Kelantan.

Selepas mengungkapkan kata-kata penuh emosi itu, Mohd Soberi berkata, beliau kemudiannya kepada Manohara:

"Apakah selama ini, tidak pernah sekali pun kamu sayang padanya (Muhammad Fakhry Petra)?

'Bapa kandung ingin jumpa'

"Bagaimanapun Manohara tidak menjawab soalan itu. Dia mendiam diri," katanya.

mohd soberi shafiiMohd Soberi berkata, beliau juga meminta Manohara menjelaskan tindakannya menghebahkan di media dakwaan dia didera tanpa membuktikan terlebih dahulu.

"Manohara menjawab, dia mesti 'serve' (layan) media dahulu, yang banyak membantunya," kata Mohd Soberi.

Katanya, beliau juga memaklumkan kepada Manohara bahawa bapa kandungnya - George Mann - yang kini dipercayai sedang berada di Kanada, sedang mencarinya.

Menurutnya, mereka telah terpisah sejak 15 tahun lalu selepas George berpisah dengan ibu Manohara - Daisy Fajarina.

Bagaimanapun, kata Mohd Soberi, Manohara tidak menjawab, tetapi sebalik hanya mendiamkan diri

Stadium: Mampat gesa tubuh badan siasatan bebas

Abdul Rahim Sabri | Jun 3, 09

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin campurtangan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak roboh pagi semalam.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata badan bebas diperlukan kerana pihaknya bimbang, dengan penglibatan orang-orang politik dalam kes itu, ia akan "disenyap dan didiamkan " sahaja.

"Mampat merafak sembah memohon Tuanku mengarahkan penubuhan badan ini, demi hak dan maruah rakyat Terengganu," kata Mohamad Fauzi dalam satu kenyataan hari ini.

terengganu gong badak stadium collapse sultan mizan 020609Mampat turut mempertikaikan bumbung boleh runtuh sedangkan kos pembinaan stadium itu berjumlah lebih RM250 juta dan runtuh setahun sebulan selepas dirasmikan oleh Sultan Mizan, yang juga Sultan Terengganu.

"Adalah memeranjatkan dan memalukan bagaimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60 peratus struktur bumbung.

"Persoalan yang wujud terlalu banyak. Orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah sebuah stadium yang dirasmikan oleh DYMM (Duli Yang Maha Mulia) boleh runtuh.

Badan itu juga turut mendakwa bahawa JKR "telah sedia maklum" bahawa terdapat kerosakan pada struktur bangunan stadium, terutama pada atap sebanyak satu peratus.

"Mampat difahamkan ianya pernah dikeluarkan di dalam blog-blog pada tahun lepas.

Dakwa campurtangan politik


Mampat juga turut menyiarkan gambar-gambar tersebut di dalam blognya - www.mampat.blogspot.com .

"Ketidakcaknaan ini telah menyebabkan berlakunya 'celaka' ini," katanya

Mampat, tegas Mohamad Fauzi, telah menerima pelbagai rungutan, aduan dan maklumat daripada rakyat Terengganu berkenaan dengan stadium tersebut.

Antaranya, kata beliau, mereka mendakwa terdapatnya campurtangan orang politik dalam pelantikan kontraktor tambahan walaupun telah 'disenaraihitam' manakala pembekal juga dikaitkan dengan orang politik yang sama.

"Mampat juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja 'ringan'," kata Mohamad Fauzi.

Namun, katanya, Mampat tidak tahu, kenapa dan bagaimana kelulusan ''mee segera' boleh dilakukan kerana mendakwa tidak nampak apakah yang dimaksudkan dengan 'kerja-kerja' ringan tersebut.

Sehubungan itu, badan itu juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kejadian ini kerana percaya terdapat "unsur-unsur penyelewengan" di dalam pembinaan stadium tersebut.

Mansor angkat sumpah TKM1 P Pinang - MalaysiaKini

Jun 3, 09 2:00pm

ADUN Penanti, Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan ketua menteri I (KTM) Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di
kediaman rasminya di Seri Mutiara hari ini.

Dalam istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai timbalan ketua menteri I.

mansor othman penanti by election interview 250509 02Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor, lapor Bernama.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi hal ehwal tanah dan pembangunan tanah, pembangunan keusahawanan, penerangan dan warisan negeri.

Manakala jawatankuasa pembangunan industri, perdagangan antarabangsa, koperasi dan perhubungan masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa perancangan bandar dan desa, perumahan dan kesenian negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah tersebut, Lim berkata, Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...