Saturday, July 5, 2008

Najib Nafi Terbabit Dalam Penarikan Balik Akuan Bersumpah Balasubramaniam

05 Julai, 2008 21:40 PM

PEKAN, 5 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sebarang pembabitan berhubung tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Saya tidak tahu menahu," kata Najib yang diminta mengulas tindakan Balasubramaniam itu semalam.

Dalam akuan bersumpah yang diumumkan pada Khamis lepas, Balasubramaniam mendakwa dia diberitahu bahawa Najib mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan Timbalan Perdana Menteri turut memperkenalkan wanita itu kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Bagaimanapun, dalam akuan bersumpah kedua yang dibuatnya semalam, penyiasat persendirian itu berkata akuan bersumpahnya sebelum ini tidak tepat dan benar.

Ditanya jika akuan bersumpah awal penyiasat persendirian itu menjejaskan imejnya, Najib berkata: "Saya terpaksa hadapi, apa nak buat, dia dah berniat sedemikian. Saya kena terima bahawa dalam politik Malaysia dah sampai main kotor pun tak apa juga, mainkan undang-undang pun tak apa, asalkan matlamat mereka tercapai."

Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyiasat persendirian berkenaan.

"Ini (akuan bersumpah) tidak sepatutnya berlaku, saya kesal perkara ini berlaku, dan sebab ini menyentuh pertamanya satu kes yang sedang berjalan di mahkamah. Kalau di dalam negara lain, langkah subjudis akan diambil terhadap mereka yang menyentuh kes yang masih berjalan di mahkamah," katanya.

Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana ada pemimpin pembangkang yang terlibat dalam sidang akhbar menyentuh kes yang sedang berjalan dalam mahkamah (kes pembunuhan Altantuya).

"Sepatutnya tidak berbangkit, kes itu kes serius dalam mahkamah. Ini bukan perkara yang boleh main-main, ini soal undang-undang, itu soal nasib tiga orang di mahkamah yang menghadapi dakwaan yang begitu serius, kenapa pula kita hendak masukkan unsur politik dan sebagainya," katanya.

-- BERNAMA

Raja Petra Enggan Dedah Sumber Mengenai Penglibatan Tiga Individu Dalam Kes Pembunuhan Altantuya

05 Julai, 2008 23:00 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pengendali blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah daripada mendedahkan sumber yang memberikannya maklumat mengenai penglibatan tiga individu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibuatnya dalam akuan bersumpahnya.

Raja Petra yang memberi keterangan kepada polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul petang tadi berkata keenggannya mendedahkan sumber yang memberikan maklumat itu kepadanya adalah kerana bimbang akan keselamatan sumber itu.

Beliau yang tiba di IPD Sentul, dengan diiringi oleh isterinya, Marina Abdullah dan peguam Amarjit Singh, pada pukul 5.10 petang keluar hampir dua setengah jam kemudian pada pukul 7.45 petang.

Raja Petra berkata pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa beliau sedang disiasat di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pejabat Peguam Negara pada 20 Jun lepas yang mendakwa beliau membuat pengakuan palsu.

"Saya diarah memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, iaitu prosedur memberi keterangan ke atas sesuatu kes, selepas laporan polis telah dibuat ke atas saya oleh Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangannya di sini, Sabtu.

Raja Petra berkata beliau telah dihubungi polis pada pukul 12 tengah hari tadi supaya menghadirkan diri di IPD Sentul tanpa memaklumkan tujuannya.

Katanya semasa memberi keterangan, polis banyak bertanya mengenai pemberi maklumat atau sumber yang memberitahu keterlibatan tiga individu tersebut di dalam akuan bersumpahnya tetapi beliau tidak mendedahkannya atas sebab keselamatan sumber itu.

"Mereka berkeras mahu saya mendedahkan pemberi maklumat itu, tapi saya tidak melakukannya. Mereka (polis) mungkin akan mendakwa saya di mahkamah kerana enggan mendedahkannya," katanya.

Raja Petra berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah, dan yakin pada masa itu sumbernya akan menghuraikan kebenaran.

Beliau juga disoal siasat sama ada ada memberi kebenaran kepada laman web Malaysiakini dan sebuah laman blog untuk menyiarkan akuan berkanunnya.

Raja Petra dalam akuan bersumpahnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun lepas mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pakar bom pemangku Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati, pengawal pengiring (ADC) Rosmah, berada di tempat kejadian di mana mayat Altantuya diletupan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Okt 2006.

Akuan berkanun itu turut mendakwa Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau menyimpan laporan perisikan tentera mengenai kehadiran Rosmah, Aziz dan Norhayati di tempat kejadian itu.

Polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada Rosmah, Khairy, Aziz dan Norhayati dan kesemua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan itu.

Semalam Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail pula menafikan wujudnya laporan perisikan tentera seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

-- BERNAMA

YA ALLAH SELAMATKANLAH

Petikan: Blog Kuda Kepang

Sekumpulan rakyat jelata dijangka berhimpun di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada Ahad 6 Julai 2008, untuk memprotes kenaikan harga minyak.


Tiada siapa dapat menganggarkan jumlah sebenar yang akan hadir di perhimpunan berkenaan. Tetapi, sesuatu perhimpunan yang berlatarbelakangkan suasana politik mutakhir ini mungkin boleh bertukar jadi suatu perhimpunan yang membimbangkan semua pihak.

Lebih-lebih lagi bila kini terdapat sekumpulan hampir 5,000 orang “tetamu” yang diundang khas oleh sesetengah pihak untuk sama-sama “memeriahkan” perhimpunan berkenaan.

Para “tetamu” tersebut dijangka menghadiri perhimpunan di atas untuk “menyemarakkan” suasana supaya jadi lebih panas dan menggelegak.

Banyak pihak sudah mengetahui akan kehadiran “tetamu” ini. Jangan siapa cuba nafikan, jangan siapa cuba tutup kebenarannya.

Soalnya, siapakah yang mengundang para “tetamu” ini? Siapakah tuan rumah mereka? Siapakah yang membiayai mereka? Dan, adakah pihak berkuasa keselamatan kita mengetahui kehadiran mereka?

Oleh itu, wajar kita imbas semula kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Kuala Lumpur pada 3 Julai 2008, mengenai keselamatan negara seperti berikut:

“Keadaan negara adalah aman dan selamat dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat. Keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini. Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah.”

Kita kena percayakan kenyataan Abdullah di atas. Tapi, kita kena juga tanya beliau, benarkah kini terdapat hampir 5,000 “tetamu” yang diundang khas untuk “menyemarakkan” perhimpunan rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor, pada 6 Julai 2008? Adakah Abdullah tahu akan hal ini? Adakah Abdullah memberikan restu kepada undangan “tetamu” ini?

Kita juga kena tanya Abdullah, mengapakah pada 2 Julai 2008, Bernama melaporkan bahawa “Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) buat julung kalinya melancarkan latihan bersama bagi mengatasi masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

Apakah “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang mahu ditangani secara bersama oleh PDRM dan ATM dalam tempoh terdekat ini?

Adakah para “tetamu khas” yang dijangka turut “menyemarakkan” suasana di Stadium Kelana Jaya pada 7 Julai 2008 akan mencetuskan “masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara” yang perlu ditangani oleh PDRM dan ATM? – Ruhanie Ahmad

Mahathir: Drama politik terbaru satu komplot Anwar

Petikan: mStar Online
05-07-2008 08:45:08 PM


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa seluruh drama politik pertaruhan besar yang dipertontonkan kini kepada ramai adalah hasil komplot oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak menagih simpati daripada sesiapa. Tetapi agak keterlaluan mengharapkan saya untuk melupa dan memaafkan sesuatu yang sedang berlaku akibat komplot oleh Anwar.

"Anwar memang berjaya menghitamkan nama saya di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi juga di negara-negara Islam. Mereka semua fikir saya mencampakkan beliau ke penjara dengan sewenangnya atas sebab-sebab politik.

"Beliau tidak pernah ceritakan bagaimana beliau dibicarakan, bagaimana beliau dibela oleh sembilan peguam, bagaimana hakim menulis keputusan 360 muka terhadap beliau, bagaimana rayuannya ditolak sebanyak dua kali," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir menambah: "Beliau (Anwar) telah menyaman saya sebanyak RM100 juta. Beliau telah berjaya menyebabkan peguam saya hilang kredibiliti. Sekarang saya tidak mempunyai peguam untuk membela saya menentang samannya. Saya masih menghadapi saman beliau."

Anwar, kata beliau, kini mengalihkan perhatiannya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Seperti biasa beliau (Anwar) mencari seseorang untuk membuat kenyataan yang mengandungi dakwaan terhadap orang itu. Nampak macam tidak ada kaitan antara komplot beliau terhadap saya dan serangannya terhadap Datuk Seri Najib.

"Tetapi jika kita kaji siapa yang akan mendapat faedahnya, kita akan lihat kaitannya," sindir Dr Mahathir tetapi tidak menyebut nama orang berkenaan.

GAMBAR SEKITAR MENJELANG HIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK

Petikan: mStar Online

05-07-2008 07:34:20 PM

Senarai gambar menjelang perhimpunan yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya, esok. Pihak polis turut mengadakan pemeriksaan di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak awal pagi tadi.

PENGANJUR menghiaskan Stadium Kelana Jaya sejak petang tadi.

KESESAKAN ekoran sekatan jalan di Jalan Ipoh.

ANGGOTA polis turut diletakkan di kawasan padang Jalan Timur, Petaling Jaya iaitu lokasi awal pilihan penganjur untuk mengadakan perhimpunan protes.

PEMERIKSAAN polis melibatkan semua jenis kenderaan

Sidang media bersama

Sidang media bersama
– Keadilan dan UMNO
menolak konspirasi yang melibatkan Anwar Ibrahim


Arena politik di Negeri Sembilan hari ini mencatat sejarah apabila Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau bersama dengan Pemuda UMNO dari Bahagian Rembau telah mengadakan sidang media bagi menolak Isu liwat yang kononnya dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat).

Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau, Norazizi A. Aziz telah menyatakan dalam sidang medianya bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa orang pimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di Rembau untuk mengetahui perkembangan terkini tentang isu yang melibatkan Dato, Seri Anwar Ibrahim ini.

“Walaupun mereka tetap berjuang dalam wadah politik UMNO tetapi mereka tetap menolak konspirasi politik terbaru yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang jelas tidak masuk akal. Memang kita akui kita mempunyai perbezaan pendapat dalam menyatakan prinsip dalam parti masing-masing tetapi dalam isu ini kami telah ambil keputusan untuk menolak konspirasi ini secara bersama. Mereka juga menyatakan kekesalan terhadap isu yang jelas tidak menguntungkan rakyat ini..”

Salah seorang pemimpin UMNO yang turut bersama dalam sidang media itu ialah Saudara S. Musliadi Sabtu, 32 yang menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO cawangan Taman Widuri Indah telah menyatakan bahawa beliau rasa terpanggil untuk bersama-sama dengan ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk menolak isu liwat yang mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.

“Sebenarnya bukan saya seorang yang menolak isu ini tetapi ramai lagi yang tidak percaya dengan berita itu ( isu liwat ). Tetapi saya faham meraka masih terikat dengan rasa takut demi menjaga kelansungan politik di dalam UMNO. Saya hadir hari ini bukan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi ada banyak isu lain yang sepatutnya diberi keutamaan.”

Musliadi juga menyatakan bahawa sepatutnya dalam masa terdekat ini, pemimpin UMNO tidak kira di peringkat mana pun harus bekerja keras dan memikirkan formula terbaik untuk membela rakyat yang makin tertekan dengan kenaikan harga petrol. “Pemimpin UMNO juga perlu mengambil keputusan drastik untuk menangani isu perpecahan melayu yang makin parah dan bukannya memikirkan strategi untuk menjatuhkan karier politik orang lain. Saya bukan menentang dasar parti dan saya tetap dengan pendirian saya untuk berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohammad Hassan tetapi kepimpinan UMNO harus serius menyatakan prinsip mereka demi melihat UMNO kembali menjadi pilihan rakyat.”

Menurut Norazizi lagi, Isu ini timbul selepas ada pihak yang makin tertekan selepas melihat Dato’ Seri Anwar Ibrahim makin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menerajui pucuk kepimpinan negara. “Ini adalah usaha terancang yang lapuk untuk mengalihkan isu sebenar daripada perhatian rakyat. Gelombang kebangkitan rakyat makin terasa kini dan pada 6hb Julai 2008 (Ahad) ini bakal menjadi tarikh keramat terhadap kebangkitan rakyat di mana disasarkan lebih sejuta rakyat akan menghadiri satu perhimpunan aman di Stadium MPPJ, Klana Jaya untuk menyatakan suara hati dalam membantah kenaikan harga minyak.”

“Saya juga mewakili Keadilan Negeri Sembilan ingin menjemput seluruh rakyat Negeri Sembilan tidak kira dari apa pertubuhan mahupun fahaman politik untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan aman ini,” sambungnya.


Norazizi A. Aziz dan S. Musliadi Sabtu

Kiriman: NORAZIZI A. AZIZ


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
emel: penerangan@angkatanmuda.org

05.07.2008

Raja Petra masih beri keterangan, berlangsung lebih dua jam

Petikan: Harakah Daily

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh

Sat | Jul 05, 08 | 7:29:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Sehingga berita ini ditulis jam 7.15 petang Blogger Raja Petra Kamaruddin masih berada di Balai Polis Sentul petang kerana memberi keterangan berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mencetuskan kontroversi.

ImageAkuan berkanun itu mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu malah Rosmah didakwa berada di tempat kejadian sewaktu pembunuhan itu berlaku.

Raja Petra mula memberi keterangan mulai jam 5.20 petang dengan ditemani oleh seorang peguamnya. Beliau hadir bersama isterinya, Marina Lee Abdullah, Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu serta kira-kira 50 orang penyokong Raja Petra yang berkumpul di perkarangan balai tersebut. Image

Para penyokongnya masing-masing kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan 'Justice For Altantuya.'

Sementara itu, berada sedikit kekecohan di mana para penyokong tidak berpuas hati dan bertengkar dengan tindakan beberapa anggota polis yang melarang mereka berada di perkarangan balai polis tersebut namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Raja Petra dalam akuan bersumpah turut menyebut nama Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.-az_

Balasubramaniam, keluarga dilaporkan 'hilang' !

Petikan: Harakah Daily

Azamin Amin

Sat | Jul 05, 08 | 7:54:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mencetuskan kontroversi telah dilaporkan 'hilang' selepas mencetuskan kontroversi berhubung dua surat akuan bersumpah berkaitan pembabitan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dengan kes Altantuya Sharibuu

Ini termasuk kehilangan isteri Bala beserta tiga orang anaknya juga turut tidak dapat dikesan sehingga kini.

Kehilangan mereka itu telah dilaporkan oleh anak saudara mereka R Kumaresan, 27 di Balai Polis Brickfields kira-kira jam 5 petang tadi dengan ditemani oleh seorang peguam.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam Dato' Ambiga Sreenevasan Akuan bersumpah pertama Bala tidak boleh ditarik balik kerana dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

"Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik," katanya.

Pada 3 Julai lalu Bala yang pernah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai setebal 16 muka surat dengan mendakwa wanita Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan Najib.

Bagaimanapun kurang daripada 24 jam iaitu keesokan harinya (4 Julai) Bala menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya dengan mengatakan kandungan akuan itu mengenai Najib adalah tidak benar.-az _

Ezam dicabar dedahkan isi enam 'kotak hitam'

Petikan: Harakah Daily

Mohd Sabri Said

Sat | Jul 05, 08 | 11:26:59 am MYT

PULAU PINANG, 5 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kepala Batas, Amirzudin Ahmat mencabar bekas Ketua AMK, Ezzam Mohd Noor membuka kesemua enam koak hitam yang dikatakan mempunyai kes membabitkan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Dulu beliau sanggup merengkuk dalam penjaja ekoran mendedahkan dua nama iaitu Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

"Saya cabar Ezzam untuk dedahkan enam kotak hitam yang dikatakan 'kotak rasuah' kepimpinan Umno. Dulu dia merasa bimbang ditahan tapi sekarang dedahlah," ujarnya kepada media sejurus selepas membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang semalam.

Tegas Amirzudin lagi, sekarang ini apa yang Ezzam hendak bimbangkan kerana beliau kini bersama jentera serta bekerja untuk menangkan BN.

Ezzam sepatutnya, mengambil peluang ketika berada dalam BN mendedahkan kotak hitam yang dimaksudkan, baru tindakannya selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, katanya.

Tetapi, beliau nampak gayanya seolah-olah mengetepikan kotak hitam yang diperkatakan ketika dalam kepimpinan KeAdiLan dan sekali gus menampakkan sikapnya yang tidak jujur dalam perjuangan, tambahnya.

"Sebenarnya kita tahu siapa Ezzam dari dalam hingga luarnya. Beliau hanya pekerja biasa dalam Umno sedangkan beliau merupakan aset penting untuk menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum lepas," katanya yang pernah menjawat Ketua AMK Negeri ketika Ezzam ketua AMK Pusat.

Tambahnya, dari dulu Ezzam hidup atas tanggungan orang lain bukan beliau berdikari sebagaimana kepimpinan lain.

Semua keperluanya ditaja oleh individu kaya termasuk keluarga, kenderaan dan ke mana sahaja beliau pergi ke pelusuk tanah air untuk berceramah.

Sekarang ini jelasnya, individu terbabit telah menarik balik segala kos tanggungan yang diberikan berikutan tindakan Ezzam Mohd Noor menyertai Umno semula.

"Perbandingan kita dengan Ezzam ialah beliau pekerja yang dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan parti tetapi kita adalah jentera sebenar yang sanggup habis wang ringgit demi melihat parti dipertingkatkan. Sampai kini saya tahu siapa yang bayar," kata beliau.

Bersama membuat laporan polis ialah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir.

Laporan itu dibuat di hadapan pegawai polis, Amrita Kaur a/p Hernek Singh pada pukul 2.42 petang.

Semalam laporan itu dibuat serentak di seluruh Malaysia lanjutan akuan bersumpah P. Balasubramaniam di Kuala Lumpur. - mns _

Pertemuan Najib, Saiful mesti disiasat

Petikan: Harakah Daily

Azamin Amin

Sat | Jul 05, 08 | 9:53:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Pengakuan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa adanya pertemuan dengan Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful seolah-olah membenarkan wujudnya konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato� Seri Anwar Ibrahim.

Ini ditambah pula dengan penarikanbalik Akuan Bersumpah penyiasat persendirian yang berlaku kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib bahawa beliau tidak kenal Altantuya.

Malah keengganan isteri Najib pula, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuatnya yang mengaitkan keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya telah mewujudkan spekulasi yang sangat serius sama ada beliau benar-benar terlibat.

Dalam hal yang demikian Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan kerana memberikan implikasi negatif kepada imej negara di mata dunia.

Beliau sebelum itu menyelar tindakan Najib yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato� Seri Anwar Ibrahim.

" Saya cabar Perdana Menteri bertindak sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.

"Kita desak tindakan dibuat pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral," kata Shamsul dalam kenyataannya.-az _

Mudahnya Buat Akuan Bersumpah (Satu Ilusi)

Petikan: Laman Marhaen


Saya sebagai rakyat kebanyakan Malaysia kini berasa tertanya-tanya, apakah begitu mudah membuat Akuan Bersumpah dan kemudiannya menarik balik Akuan Bersumpah yang telah saya lakukan. Sebab apa yang berlaku sehari dua ini saya terasa amat keliru. Apakah Akuan Bersumpah ini satu perakuan atau dokumen yang boleh dibuat sesuka hati dan sesedap rasa. Jika benar perkara ini terlalu longgar dari sudut undang-undang maka bukan sahaja sistem undang-undang terganggu tetapi politik negara juga mudah untuk terganggu.

Bagaimana sistem politik negara boleh terganggu? Mudah sahaja, misalnya pada hari ini saya membuat Akuan Bersumpah mengatakan saya telah keluar bersama pemimpin 'NTR' dan bersama-sama beliau pergi ke tempat-tempat hiburan dan dan melakukan perkara-perkara sumbang yang melampau dan saya umumkan perkara ini jam 5 petang. Perkara ini akan mendapat liputan luas media kerana 'NTR' ahli politik yang besar dan memegang jawatan tinggi. Keesokan harinya sebelum jam 8.15 pagi saya (sebelum mahkamah dibuka kerana takut akan dikenakan saman) menarik balik kenyataan saya. Pada hemat saya, saya akan terlepas dari tindakan saman dari 'NTR'.

Tetapi bayangkan akibat dari Akuan Bersumpah itu tadi? Selama 15 jam Akuan Bersumpah saya menjadi buah mulut orang ramai dan ahli politik (Di Malaysia ada frasa dalam Asiaweek mengatakan 'in Malaysia politics never stops even in the wee hours in the morning'). Nama 'NTR' sudah tentu akan terjejas teruk kerana kisah kelakuan buruk beliau tersebar meluas ke seluruh negara. Akhbar harian akan menyiarkan berita tersebut tanpa sempat menyiarkan penarikan kenyataan yang telah dibuat. Akhbar cuma akan menyiarkan penarikan balik kenyataan saya pada surat khabar keluaran esok hari. Dalam penyiaran di TV pula, Akuan Bersumpah saya akan mendapat liputan di dalam Berita jam 8 malam yang ramai penonton tetapi penarikan akuan saya akan pertama kalinya akan disiarkan pada berita ringkas pada waktu pagi yang tidak ramai penonton.

Bayangkanlah kekecohan yang dapat diwujudkan andainya Akuan Bersumpah itu terlalu longgar kesannya dari segi perundangan. Andaikata sebegitu longgar Akuan Bersumpah di sisi undang-undang maka saya tak hairan kalau selepas ini ada yang akan mengaku diliwat oleh AAB atau keluar berpoya-poya dengan KaiJ. Fikir-fikirkanlah.

- Pajarao

05.07.2008

Pemimpin MIC Perlu Ketepikan Kepentingan Sendiri Demi Parti, Kata Bekas Timbalan Presiden MIC

05 Julai, 2008 18:23 PM

Oleh Ghandi Kasinadan

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama)-- Anggota MIC perlu mengutamakan kepentingan parti daripada diri sendiri, kerana tujuan mereka berada dalam parti adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat, kata bekas Timbalan Presidennya Datuk S. Subramaniam.

Beliau berkata perjuangan yang bermotifkan kepentingan diri pasti akan membawa padah kepada karier politik pemimpin parti itu kerana anggota parti dan pengikut mereka akan hilang kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin tersebut.

Beliau berkata demikian kepada Bernama TV dalam satu wawancara eksklusif di sini hari ini mengenai isu pergolakan dalam Pemuda MIC berikutan tindakan Ketua Pemuda MIC S A Vigneswaran meletak jawatan dan keluar parti pada minggu lepas.

Vigneswaran yang merupakan anggota parti melebih dua dekad meninggalkan parti kerana tidak puas hati dengan keputusan Jawatakuasa Kerja Pusat (CWC) MIC supaya pemimpin Pemuda MIC yang berumur lebih 40 tahun, walaupun tempoh perkhidmatan belum berakhir, perlu meletakkan jawatan.

Selain Vigneswaran, beberapa lagi pemimpin sayap itu turut diminta mengosongkan jawatan dengan segera memandangkan mereka telah melepasi had umur yang ditetapkan untuk memegang jawatan dalam pergerakan Pemuda MIC berdasarkan peraturan dalam Perlembagaan parti itu.

Antara yang terpaksa melepaskan jawatan ialah Timbalan Ketua Pemuda S. Ramis dan Setiausaha M. Kumaresan, Ketua Penerangan K. Raj Kumar dan wakil Pemuda dalam CWC, S. Murugesan.

Berikutan tindakan Vigneswaran itu, Ketua Briged Pemuda MIC Kedah dan Timbalan serta semua anggota jawatankuasa briged itu meletakkan jawatan parti pada Rabu lepas, serta membubarkan sayap itu yang mempunyai kira-kira 1,000 anggota.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Pemuda MIC negeri itu Vincent David meletakkan jawatan pada Selasa lepas kerana tidak puas hati terhadap arahan pucuk pimpinan supaya Vigneswaran melepaskan jawatan.

Subramaniam berkata dalam politik, "kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita hasratkan. Kita perlu terima dugaan itu demi kepentingan parti. Sebab parti lebih besar dan lebih penting daripada individu.

"Ini pendirian saya. Saya tidak menggalak atau setuju dengan tindakan itu (keluar dari parti)," kata orang lama MIC yang banyak melalui duri dan ranjau dalam perjuangannya dalam parti itu.

Subramaniam berkata tindakan keluar parti adalah tindakan yang tidak membina.

"Bagi saya jatuh bangun seseorang pemimpin harus bersama parti yang diwakili.

Vigneswaran sebagai pemimpin yang pernah memimpin dan menerajui sayap pemuda MIC, bukan tidak tahu perkara ini. Parti sebagai rumah dan apa juga masalah kita perlu selesaikan dalam parti. Bukan di luar parti," katanya.

Subramaniam yang kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang selama 25 tahun tidak mengambil jalan 'keluar parti dan memberontak' apabila kecundang di tangan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel pada pemilihan parti 2006 lalu.

Malah, beliau sanggup melupakan krisis lama yang berpanjangan lebih dua dekad dengan Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mengukuhkan parti itu, selepas MIC mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Apa jua yang berlaku saya tidak keluar dari parti. Itu bukan penyelesaian terbaik. Sebab bagi saya parti lebih penting dan lebih besar daripada seseorang", kata Subamaniam yang kini hanya memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian MIC Seputih, Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai keputusan CWC itu, Subramaniam berkata beliau percaya tindakan itu diambil adalah bagi menggalakkan lebih ramai golongan profesional muda dan berpandangan jauh menyertai parti itu dan bukan bertujuan meminggirkan sesiapa termasuk bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan itu daripada politik MIC.

Subramaniam berkata selain menghormati perlembagaan parti, Vigneswaran juga harus mengambil pendirian membela dan memperjuangkan nasib dirinya dengan terus berada dalam parti.

Tindakan Vigneswaran meninggalkan MIC katanya, tidak menggugat keutuhan parti itu kerana majoriti ahli masih menaruh kepercayaan penuh terhadap keupayaan parti dan pemimpinnya dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat India dalam Barisan Nasional.

Beliau bagaimanapun kesal dengan tindakan Briged Pemuda MIC Kedah dan Perak yang membubarkan sayapnya kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Samy Vellu.

Mengenai suara-suara yang mahukan beliau bertanding untuk jawatan Presiden pada pemilihan parti Mac 2009, Subramaniam berkata beliau belum fikir mengenai perkara itu kerana ia masih jauh.

"Bagi saya perkara itu tidak langsung masuk (timbul pada) akal saya. Saya tidak fikirkan tentang pemilihan parti atau jawatan dalam parti. Apa yang penting sekarang ialah semua lapisan pemimpin MIC perlu bersatu padu untuk mengukuhkan parti dan seterusnya mendapatkan semula keyakinan masyarakat India di negara ini," katanya.

Subramaniam pada pemilihan parti 1989 telah mencabar Samy Vellu untuk jawatan presiden dan gagal dalam pertandingan itu.

-- BERNAMA

Anwar Patut Tumpu Langkah Tangkis Dakwaan Liwat Elak Rakyat Keliru, Kata Muhyiddin

05 Julai, 2008 16:17 PM

MUAR, 5 Julai (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari Sabtu menegaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim patut menumpukan langkah menangkis dakwaan kes liwat terhadap dirinya bagi mengelak kekeliruan rakyat.

Beliau berkata cara Anwar menangani masalah hingga melibatkan hampir seluruh rakyat di negara ini dalam isu peribadi beliau telah meletakkan rakyat dalam keadaan tidak tentu arah atau keliru.

"Saya dapat maklumat, sudah ada kebimbangan di kalangan rakyat bahawa Datuk Seri Anwar akan mengulangi episod-episod lama tahun 1998 dahulu. Rakyat juga tidak faham ada pengakuan bersumpah dikemukakan tetapi ditarik balik, semuanya berbangkit kerana kes Datuk Seri Anwar," katanya.

Akibatnya, perkara ini menimbulkan situasi kurang selesa dalam negara apatah lagi ketika rakyat sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang ekoran daripada harga minyak global, katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Wanita dan pelancaran Direktori Usahawan Wanita Malaysia 2008, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau dimaklumkan bahawa laporan media barat menggambarkan seolah-olah Malaysia sedang menghadapi kegawatan politik sehingga ada tanggapan bahawa ekonomi negara diteraju secara `auto pilot' sedangkan ia sebenarnya ditadbir oleh kerajaan.

-- BERNAMA

Abdullah Pengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang

05 Julai, 2008 13:12 PM

PULAU PINANG, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini untuk mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di Bangunan Umno, Jalan Macalister di sini.

Abdullah tiba kira-kira pukul 10.40 pagi dan disambut oleh Menteri Kewangan Kedua Tan sri Nor Mohamed Yakcop, timbalan pengerusi badan itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Setiausaha Datuk Azhar Ibrahim, Bendahari Datuk Zainal Abidin Osman dan beberapa pemimpin Umno negeri.

Selain mesyuarat tersebut, Abdullah, yang juga pengerusi badan itu, dijadual mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Kepala Batas sebelum menghadiri majlis penyampaian sumbangan anjuran Yayasan Budi Penyayang di Pusat Budi Penyayang, tidak jauh dari situ.

Terdahulu itu, berlaku sedikit kekecohan di perkarangan Bangunan Umno apabila sekumpulan ahli Umno Bahagian Jelutong menunggu Abdullah untuk menyerahkan surat bantahan terhadap cadangan penutupan 18 cawangan Umno di bahagian itu.

Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Negeri, Datin Marina Puteh, yang mengetuai kumpulan itu mendakwa pentadbiran penaja bahagian Jelutong hendak menutup 18 cawangan sedia ada dan membuka 24 cawangan baru.

"Cawangan baru yang hendak dibuka ini terdiri dari kalangan anggota yang menyokong penuh ketua penaja sekarang. Kalau hendak bertanding dan mendapatkan kuasa biarlah secara sihat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat bantahan itu kepada Abdullah.

Marina juga menjelaskan bahawa kemelut yang berlaku di bahagian itu tidak mempunyai kaitan dengan kepimpinan Abdullah sebaliknya mendakwa masalah yang timbul sengaja direka oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

"Kami hantar surat ini kepada Pak Lah supaya 18 cawangan sedia ada itu tidak ditutup dan masalah yang berlaku di peringkat bahagian ini tiada kaitan dengan Pak Lah," katanya.

Untuk rekod, bahagian itu digantung kerana masalah dalaman dan Badan Perhubungan Umno Negeri melantik Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ketua penaja untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di bahagian itu.

--BERNAMA

British Grand Prix at Donington Park from 2010

Following discussions with Formula One Management, the FIA has confirmed that the British Grand Prix will be retained on the Formula One World Championship calendar, moving from Silverstone to its new home of Donington Park from 2010.

FIA President Max Mosley said, “After many years of patient but fruitless negotiation with (Silverstone owners) the BRDC (British Racing Drivers' Club), we are delighted that Bernie (Ecclestone) has nevertheless been able to ensure that the British Grand Prix will keep its place on the Formula One World Championship calendar.

“We understand that the development programme planned for Donington will achieve the very high standards we and FOM expect from a modern F1 circuit. Finally, British Formula One fans will get the Grand Prix venue they deserve.”

FOM President Bernie Ecclestone said, “Finally the uncertainty is over. A contract has been signed with Donington Park and the future of the British Grand prix is now secure.

“We wanted a world class venue for Formula One in Britain, something that the teams and British F1 fans could be proud of. The major development plans for Donington will give us exactly that. A venue that will put British motor sport back on the map.”

“I am sorry that we could not have helped Silverstone to raise the money to carry out the circuit improvements and run Formula One. I believe that the government should have supported them which would have cost probably less than .002% of the government’s commitment for the Olympic Games.”

Donington Park last staged a round of the FIA Formula One World Championship in 1993, when Ayrton Senna took arguably his most famous wet-weather victory in the European Grand Prix. On the back of their new 10-year agreement, the East Midlands circuit is planning a five-year, £100 million development programme to ensure a first-class facility is in place for the 2010 race.

In a joint statement, Donington Park owners and joint CEOs Simon Gillett and Lee Gill said: “We are naturally delighted and extremely proud to have acquired the rights to bring Formula One back to Donington Park from 2010. At the beginning of last year when we acquired the circuit and its substantial lands, we made clear our commitment towards realising the full potential of the Park by making the necessary investments in current and future events that will see Donington revitalised ensuring its leading position as one of the most iconic racing circuits in the world.

“To that end, we have now entered a new and exciting chapter in the development of the Park and one that will bring significant investment and regional development while securing the future of one of the most important and significant sporting events in Britain.”

The funding for the Donington Park development will be led by a private investor who is also a large shareholder. Exact details of the venue’s plans will be released at a later date.

Farah Fauzana Bertudung?

Petikan: IzoBlog


Sungai Petani: 3 Julai - Alhamdulillah, itu saja ucapan yang mampu diucapkan apabila kali pertama terpandang sebuah billboard baru di hadapan Kompleks SP Plaza di sini petang tadi. Kenalkah wajah siapa yang dipamerkan pada billboard di atas. Tidak lain dan tidak bukan itulah imej terbaru Cik Farah Fauzana, penyampai radio terhangat di Malaysia. Imej menutup aurat personaliti wanita terkenal itu turut diperlengkap lagi dengan tulisan jawi pada papan iklan tersebut. Kita harap selepas ini papan iklan yang sudah tamat tempoh diganti dengan imej baru sebegini sekiranya pengiklan masih berminat untuk menggunakan imej wanita sebagai daya penarik. Kita tidak mahu wanita diekspoitasikan seperti sebelum ini dan kita tidak berniat untuk merendahkan kaum wanita. Cuma lengkapkan sedikit penampilan imej dengan menutup aurat, sudah tentu akan menepati cita rasa sebuah negeri yang diterajui oleh sebuah parti islam.


IzoBlog: JANGAN hanya bertudung dalam iklan sahaja tetapi di luar iklan hampeh. Sebenarnya, wanita apabila bertudung lebih manis kelihatan. Ayu sekali wajah dan riaknya. ;)

Noh Alam for Police after serving out ban

Petikan: The Star


PETALING JAYA: Singapore hitman Noh Alam Shah is back.

The 28-year-old former Tampines Rovers striker, whose seven-month worldwide ban ends on Wednesday, is expected to see Malaysia Cup action with Police next week.

Police coach K. Thaiyanathan confirmed that Noh Alam trained with the team yesterday.

Freed: Noh Alam Shah will serve out his seven-month worldwide ban on Wednesday and is ready to enter the fray for the Police team in the Malaysia Cup.

“The management will make a decision soon,” said Thaiyanathan.

Police, however, will have to drop one of the three foreign players in their stable to accommodate Noh Alam. This is because the FA of Malaysia’s (FAM) competition rules allow each team to register only three foreign players.

The three imports in the Police team currently are Kenyans Hillary Echesa and Michael Barasa and Singapore’s Nigeria-born Agu Casmir.

Police, making their debut in the top flight Super League, had signed up Noh Alam at the beginning of the season in January.

The FA of Singapore (FAS) slapped Noh Alam with a one-year ban from their domestic competition in December for violent conduct during last November’s Singapore Cup final.

Noh Alam had kneed Singapore Armed Forces’ Daniel Bennett in the head and kicked the player in the back.

The player’s hopes of a playing for Police were dashed when FIFA confirmed that it was a global sanction.

The ban was later reduced to seven months after appeal.

His presence should add more bite to the Police team, who are making a strong impression in the Malaysia Cup competition. They lead Group B with 11 points from three wins and two draws.

The cops are on course for a place in the quarter-finals with five more matches to play.

Police have a tough match against defending champions Kedah at the Selayang Municipal Council Stadium tomorrow before Noh Alam makes his return in their away game against Johor FC on July 9.

MAHASISWA ? DIPERTARUHKAN ? KONSPIRASI ?

Petikan: Blog Affandy Tanjung

Tuesday, July 1, 2008




Salam sahabat pembaca blog semua...

Minggu ini saya dikejutkan dengan kes terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga merupakan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dikaitkan dengan seorang bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), iaitu Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan beliau diliwat oleh DSAI. (Gambar di sebelah ialah ketika malam kebudayaan semasa ASEAN STUDENT LEADERS' SUMMIT).


Cukup terkejut kerana Dia pernah bersama-sama dengan saya di Manila ketika menghadiri satu konvensyen "2nd Asian Youth Leaders Summit" di Angeles University Foundation, Angeles City, Phlipine pada tahun lepas (22-26 Januari 2007). Sila rujuk laman web ini http://www.auf.edu.ph/asean/directory.htm


Seramai 8 orang yang pergi ke sana iaitu Afandy Bin Sutrisno Tanjung (Universiti Malaya), Muhaideen Abd Kader Mohd Ikbal (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Mohd Zuaril Akimi Bin Mohd Shaari (Universiti Sains Malaysia), Ismail Bin Jaafar (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Syarifah Nor Salwa Binti Syed Awaly (Universiti Malaysia Perlis), Mohamad Hanif Bin Abdullah (Universiti Darul Iman Malaysia), dan Mohd Norzaid Bin Othman (UNISEL).


Sepanjang perkenalan singkat saya dengan saudara Saiful ini, beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinannya sebagai pelajar IPTS yang mewakili Malaysia di Philipina, dan perkenalan kami terputus setelah kembali di Malaysia. Soal peribadi Saiful tidak saya ketahui, maklumlah hanya berkenalan sewaktu program di Manila, Pilipina.

Dalam program ini Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Dato Azalina Othman turut hadir selama tak sampai setengah hari, iaitu pada hari Sabtu bersamaan 23 Januari 2007 untuk memberikan ucapan dalam plenary 1 yang bertajuk “ASEAN awareness and civic responsibility among youth”(sila klik). Dan setelah itu kami semua delegasi Malaysia bergambar dengan Dato Seri Azalina di luar perkarangan Dewan setelah habis sesi plenary 1 sebelum beliau terbang pulang ke tanah air selepas itu. (gambar ini di ambil dalam akhbar The Star yang bertarikh 1 Julai 2008(lokasi gambar sebenar ialah di perkarangan Dewan seminar di Universiti of Angeles, Phlilipine)


Saya pada mulanya tidak menyangka lelaki yang dikaitkan dengan kes DSAI ini ialah Saiful Bukhari Azlan. Walau bagaimanapun, sebagai pimpinan mahasiswa saya ingin berpesan kepada semua sahabat-sahabat perjuangan mahasiswa, agar menjaga kredibiliti kita sebagai mahasiswa.


Ini kerana kita selaku mahasiswa haruslah terus kekal menjadi agen pengubah masyarakat, menjadi check n balance dalam perubahan arus masyarakat, menjadi contoh atau role model, adalah tidak wajar kita mahasiswa begitu mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak, kerana ini boleh mencemarkan imej kemahasiswaan itu sendiri.

Apa-apa pun kita kena ingat dan kembali kepada Tuhan yang Esa, Dia lah segala Hakim yang akan Menghakimi, pada masa itu kita semua tidak dapat lari daripada sebarang apa yang telah kita lakukan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita agar kita terpelihara daripada kancah yang boleh mendapat kemurkaan Allah.

Kepada Saiful Bukhari, walaupun perkenalan kita hanya 2 minggu (seminggu semasa persiapan sebelum ke Manila, dan seminggu lagi di Manila), berita mengenai awak membuatkan saya betul-betul terkejut, meletup satu Malaysia.


Ingatlah Allah dan Rasul-NYA dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan manusia, kesalahan kepada Allah, Ia Maha Pengampun untuk mengampunkan kita, tetapi kesalahan sesama manusia Allah serahkan kepada manusia itu sendiri, selagi manusia itu tidak maafkan kita, kita faham-faham sahajalah bahawa seksa Allah itu sangat pedih.

Yang benar akan tetap benar, dan yang salah akan tetap salah. Semoga kebenaran akan menjelma. Sama-sama kita berdoa dan nantikan.

Wallahu a'lam...sekian..

Gara-gara Budaya Segan Bertanya

Oleh Marhaintua - 5 Julai, 2008

Negara sedang berada di ambang tidak tentu hala. Seolah-olah kerajaan pimpinan Paklah sudah hilang arah dan kita masih tertanya-tanya apa akan jadi seterusnya.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kesan kita segan bertanya kerana sikap “segan bertanya” sudah menjadi satu budaya. Orang putih kata ‘no care attitude’. Jelas inilah peninggalan TKT Mahathir yang paling berkesan hasil beliau mencengkam kuasa selama 22 tahun. Kita enggan bertanya kerana beberapa sebab. Antaranya ialah kita ambil sikap tidak perlu peduli sangat dengan apa yang berlaku., ataupun kita disogok dengan ajaran sesat apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah betul. Apa yang dibuat oleh pihak pembangkang ataupun oleh mereka yang menentang kerajaan adalah tidak betul.

Satu ketika dahulu rumah Ibrahim Libya yang berada di tepi jalan ke Baling telah diserang kerana pasukan polis diberitahu itu adalah sarang ajaran sesat dan komunis. Semasa Mahathir mahu Majlis Raja-Raja mengeluarkan arahan agar perkataan agama “Islam” tidak boleh digunakan dalam nama parti politik, dia telah merancang satu gerakan ‘rampasan kuasa’ kononnya yang bergelar Al Maunah. Pasukan Al-Maunah telah berkhemah di dusun durian yang kira-kira lapan ratus meter daripada jalan raya di belakang Sekolah Kebangsaan Jenalik Hulu. Selama dua malam dan tiga hari mereka berkumpul itu tidak ada kesan masak-memasak ataupun bekalan makanan yang mereka bawa. Tidak seorang pun wartawan yang bertanya mana perginya kesan masakan mereka.

Sekarang ini sebahagian besar anggota Al Maunah yang telah di “ISA”kan itu sudah pun dibebaskan. Tetapi mereka ditegah bercakap dengan sesiapa ataupun ditemubual oleh surat khabar. Kenapa?

Kenapa Paklah suka tidur?

Semasa Paklah menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu dia selalu datang ke sesuatu majlis menepati masanya dan jarang sangat dia tertidur sepanjang majlis. Tetapi kenapa sekarang dia sudah berubah? Apa gunanya dia menghadiri sesuatu majlis kalau hanya untuk membuta? Dia membuta di majlis tanah air dan di majlis-majlis besar luar negara. Alangkah mengaibkan perbuatan itu? Kenapa tidak ada orang bertanya apa sudah jadi pada Paklah, Apakah benar dia menjadi begitu kerana ubat yang diambilnya untuk menguatkan tenaga batin? Kalau betul anggapan begitu, bermakna memang ‘power’ tarikan Jeanne Abdullah sehinggakan suaminya sentiasa lemah tenaga bila keluar daripada kamar tidur?

Apakah membuta di tengah-tengah majlis yang memuliakannya itu kesan beliau menimba ilmu memimpin negara daripada bekas Presiden Gus Dur Indonesia?

DNA Anwar Di Punggung Saiful Bukhari?

Salah satu SMS yang hangat terkini ialah kisah polis sudah mengesan DNA Anwar di punggung Saiful Bukhari, si petugas sukarela yang berkhidmat sementara di pejabat PKR. Kononnya dia diliwat pada 23 Jun, 2008 dan tiga hari kemudiannya dia membuat laporan polis menyebut nama Anwar. Soalnya sekarang apa yang sudah jadi pada dia selama tiga hari selepas dikatakan telah diliwat? Dia tidak pernah mandi? Dia tidak ke tandas? Dia tidak melepas? Dia tidak pernah bersolat ker? Kalau dia mandi pun apakah dia tidak gosok punggungnya? Kalau dia melepas pun apakah dia hanya kesat juburnya dengan kertas.

Mengikut kata Dr. Udin di Kulim, apakah DNA itu dicalitkan pada cadar? Saya tidak fikir begitu kerana besar kemungkinan senario tilam bertompok tiga belas akan berulang lagi. Kalau senario itu boleh berlaku di mahkamah terdahulu, mereka fikir ia patut diulang tayang dan menjadi bahan bukti lagi.

Si Saiful ini menetap di sebuah apartment mewah di Damansara kira-kira dua kilometer daripada pejabat PKR. Tetapi rumahnya ialah di Bandar Utama yang dikira hanya tiga kilometer daripada Villa kediamannya. Tetapi kalau dia menggunakan jalan belakang jarak rumah bapanya dengan kondonya itu adalah lebih kurang satu kilometer saja.

Si Saiful ini berusia hanya 23 tahun tetapi kononnya sudah bertunang dengan seorang pembaca berita Bahasa Inggeris milik Bernama. Macam mana dia ada masa meleseh dengan orang yang dituduh meliwatnya? Sudah tentu perbuatan demikian mengambil masa yang terhad untuk beliau bersama tunangnya. Apakah kaya sungguh ibu bapa Saiful sehingga mampu menaja anak menetap di apartment? Sejak bila Saiful duduk di apartment itu? Adakah dia bersendirian di situ?

Najib sanggup berbohong kepada negara kerana Saiful?

Beberapa hari yang lalu, Najib membuat satu kenyataan kepada media bahawa dia kenal Saiful kerana datang meminta biasiswa untuk keluar negara. Tetapi si Saiful itu adalah ‘drop-out’ daripada UNITEN, macam mana dia boleh dapat biasiswa? Kalau mahu biasiswa kenapa tidak pergi memohon ke JPA?

Semalam dalam berita perdana Najib mengaku menerima kunjungan si Saiful ke rumah kediamannya kerana beliau mengadu telah diliwat oleh DSAI.

Penggantungan Jawatan Najib, Musa Hasan dan Ghani Patail

Satu ketika dahulu, Najib Tun Razak telah berucap secara rasminya yang di tidak kenal Altantuya/ Tetapi Altantuya alias ‘Aminah’ pernah kenal Najib. Dan Naib pernah meniduri Si Aminah ini di mana dia kerap merasa kepuasan ‘main belakang” Itulah yang dikatakannya kepada Razak Baginda dan itulah yang dibuat secara “Akuan Berkanun” oleh Subramaniam, seorang penyiasat bebas yang membantu Razak Baginda mengekori Altantuya.

Mengikut Razak, Altantuya mahukan US$500,000 sebagai habuan membantu mereka dalam rundingan kontrak Angkatan Tentera. Kalau kita singkap sejarah prosiding mahkamah Razak Baginda dahulu, komisen dalam kontrak Kementerian Pertahanan itu menjangkau Tiga ratus Juta dollar. Tentu kita hairan kenapa mereka tidak sanggup membayar hanya 500,00 dollar dan biarkan Altantuya terus pulang ke Mongolia dengan selamat?

Kalau diikuti berita angin SMS satu ketika dahulu selepas perbicaraan Altantuya ditangguhkan, ada pihak menyebut betapa ayah si mati telah pun diberikan pampasan ‘wang darah ‘ sejumlah RM70 juta. Ini bersamaan dengan kira-kira USD25 juta.

Saya fikir Karpal Singh yang menjadi peguam di pihak Altantuya amat arif tentang perkara ini.

Dengan pendedahan Akuan Berkanun P Subramaniam, sepatutnya Najib pergi bercuti sehingga kes perbicaraan Altantuya selesai dan mahkamah mengisytiharkan kematian Altantuya tidak ada kena mengena dengannya ataupun isterinya Rosmah.

Pada waktu yang sama Musa Hassan dan Gani Patail harus mengosongkan kerusi mereka untuk dipangku oleh orang lain. Pergilah bercuti ke mana-mana dan biarkan orang lain mengambil tugas sementara sehinggalah tuduhan ke atas mereka didapati tidak benar.

Setiap hari Najib keluarkan kenyataan dia tidak mengenali si mati. Tetapi mengikut akuan bersumpah P Subramaniam, Najib ada beritahu Razak Baginda agar ‘stay cool’ kerana Musa Hasan dan Gani Patail akan uruskan segalanya menjadi beres.

Yang terkini kisah ini, Subramaniam sudahpun menarik balik Akuan Berkanun beliau, Apakah sebabnya. Adakah sesiapa yang memberikan imbuhan kepadanya ataupun roh si mati datang dalam mimpinya untuk meminta beliau menarik balik akuan bersumpah itu? Ataupun apakah Subramaniam mengalah kerana takut kalau-kalau dia ataupun ada ahli keluarganya yang akan diletupkan dengan C4?

Akan tetapi pada jam 12.45 pagi ini saya menerima satu SMS daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan: ”Penarikan balik kenyataan sumpah oleh penyiasat sendirian kerana diugut dan ia kukuhkan bahawa yang ditarik balik ialah bahagian yang Najib tidak boleh jawab.”

Raja Petra Kamarudin pun ada membuat Akuan Berkanun di mana dia menyebut Rosmah Mansur ada di tempat kejadian si mangsa diletupkan. Raja Petra akan dedahkan segala butiran maklumat dalam mahkamah sahaja. Mujur tidak ada sesiapa yang menawarkan jutaan ringgit untuk beliau menarik balik Akuan Berkanun itu.

Anwar akan di ISA kan lagi?

Waktu tengah malam ketika menulis siri episod ini saya menerima satu SMS “apakah kemungkinan DSAI dan sembilan orang pemimpin lain akan ditangkap gara-gara hasutan Ezam?” Si pengirim maklumat mempunyai seorang ‘hubby’ yang rapat dengan ‘Abang Rosli’. Saya telah minta beliau (pengirim SMS itu) menunggu jawapan saya dalam artikel bahagian satu ini:

1. Beberapa hari yang lalu ada berita di TV mengenai satu “Exercise BERSATU AMAN” antara pihak Polis dan Tentera, Operasi ini bermula di Lembah Kelang dahulu dan akan merebak di seluruh negara tidak lama lagi.

2. Ulit Mayang ada membuat komentar perkara ini dalam artikel beliau berjudul “Adakah Exercise Bersatu.....” dengan beberapa persoalan apakah ini usaha ugutan ataupun menakut-nakutkan rakyat ataupun satu tekanan kepada rakyat?

3. Saya fikir exercise ini adalah satu helah kerajaan BN pimpinan UMNO dan Paklah mahu mencetuskan satu keadaan yang tidak stabil supaya dapat mereka tubuhkan keadaan darurat di negara ini sehingga mampu menubuhkan kerajaan ala-MAGERAN seperti yang pernah terjadi satu ketika dahulu selepas 13 Mei, 1969. Dengan MAGERAN kerajaan BN mampu melumpuhkan Parti PPP di Perak sehinggakan parti itu tidak bermaya lagi, sehingga ke hari ini. Parti Gerakan dan Buruh yang bertanggungjawab dengan sambutan kemenangan di merata Kuala Lumpur selepas menang besar pilihan raya pada 10 dan 11 Mei 1969, pun masuk menganggotai NF (National Front). Begitu juga dengan PAS di bawah pimpinan Dato Asri.

Bersambung Bahagian Dua:

Kenapa Shahrir Samad harus berundur.

- marhaintua - 05.07.2008

Friends can’t believe Saiful’s involved in case

By LOONG MENG YEE


PETALING JAYA: Former student leaders who knew Mohd Saiful Bukhari Azlan expressed shock that the friendly and smart 23-year-old is involved in a sodomy case.

“I could not believe it, I was shocked beyond words when I read the news about Saiful’s allegation, it is so bizarre,” said Mohd Zuaril Akimi, 22.

Saiful, Mohd Zuaril and six other student leaders had represented Malaysia at the Second Asian Youth Leaders Summit in Angeles University Foundation, Angeles City, the Philippines in January last year.

Mohd Zuaril represented Universiti Sains Malaysia while Saiful represented Universiti Tenaga Nasional. The group became close after they worked together for some months to prepare a working paper for the summit.

“Saiful is friendly and responsible. Handsome, too,” said Mohd Zuaril.

While in Angeles City, the students met Datuk Azalina Othman Said, then Youth and Sports Minister, who presented a paper at the summit.

“We seized the chance to take a picture with her. She did not mingle with us for long and left soon after that.

“The minister also did not pay any special attention to Saiful that might indicate they knew each other previously,” said Mohd Zuaril.

On Tuesday, the PKR released a picture showing Saiful and the group posing with Azalina.

Mohd Zuaril, who graduated recently, said he had been getting snide remarks after the photo was made public.

He tried contacting Saiful but failed.

“Like the rest of the world, I am also eager to hear what he has to say. I am also worried for my friend. Whatever it is, he must be going through a tough time and I wish I could offer support,” said Mohd Zuaril.

Another student who went to the summit was Afandy Sutrisno Tanjung, 23, from Universiti Malaya.

Writing in afandytanjung.blogspot.com, he described Saiful as possessing leadership qualities. Afandy wrote Saiful’s allegation had really been shocking and “explosive to the whole of Malaysia.”

Bala could face perjury charge

By CHELSEA L.Y. NG, MANJIT KAUR and ANDREA FILMER

PETALING JAYA: A statutory declaration is evidence given under oath which cannot be retracted, said a serving judge and several senior members of the legal fraternity.

They believed private investigator P. Balasubramaniam’s act of retracting his initial declaration, which made serious accusations against Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, could open the former to perjury charges.

According to the judge, who is an authority in criminal law, affirming a statutory declaration was akin to giving evidence in court.

“Under the normal rule of evidence, one cannot withdraw it unless he has very strong reasons. Those reasons must be included in the withdrawal or else he would be committing perjury,” he said.

About-turn Balasubramaniam at a press conference held with his lawyer in a hotel in Kuala Lumpur after making a new statutory declaration. He claimed that his earlier declaration was made under duress. — Bernama

He said if one was citing duress as a reason for making false accusations in a statutory declaration, he must present proof of such pressure.

“He must show that the pressure was serious like it’s life-threatening to him or his family members.

“He cannot just say that he is withdrawing the statutory statement because he had earlier been forced to do it. Someone can now lodge a police report against him and he could face a perjury charge,” he said.

Balasubramaniam announced yesterday that he had retracted the entire content of his statutory declaration that alleged police had omitted vital information in the Altantuya Shaariibuu murder case barely 24 hours after he made it public on Thursday.

Bar Council chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said a statutory declaration was basically evidence on oath that, once given, could not be retracted.

She, however, said a person could add or correct the statutory declaration to file a further declaration.

“Because it is evidence on oath, and if there are untrue statements, then there is the possibility of a person having given a false statement.”

Bar Council’s criminal law committee deputy chairman Datuk V. Sithambaran said that under the law, two inconsistent statements meant that a person had most likely committed perjury.

“Such an act under the case law suggests that a person is guilty of perjury,” he said.

Senior lawyer Roger Tan said once a statutory declaration was made it could not be cancelled midway because it was a sworn statement of fact.

Tan said Section 3 of the Statutory Declarations Act 1960 provided that a false declaration was punishable.

Veteran lawyer Karpal Singh said the retraction amounted to an offence under Section 193 of the Penal Code.

“Under the section, making a false statutory declaration carries the penalty of not more than seven years' imprisonment or fine or both,” said the DAP chairman.

He also urged the private eye to make public the nature of the alleged duress.

Lelaki lagak penguat kuasa agama gertak, liwat pemuda dalam van

AMPANG: Dorongan hawa nafsu yang menggila mendorong seorang lelaki menyamar anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum meliwat mangsanya dalam sebuah van di Ampang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berperwatakan lembut ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ditahan seorang lelaki yang menaiki van dan memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa Jais.

Difahamkan, lelaki terbabit meminta mangsa masuk ke kenderaannya dan jika enggan menuruti arahan itu, dia digertak akan ditahan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil tindakan atas dakwaan menjual tubuh di sekitar kawasan itu.

Mangsa, seorang pekerja pusat kecantikan yang takut dengan ugutan itu menuruti arahan lelaki terbabit kerana menyangkakan dia memang pegawai Jais dan menaiki van terbabit.

Ketika dalam van itu, mangsa dibawa ke kawasan sunyi sebelum lelaki terbabit memberhentikan kenderaan dan mengugut mencederakannya jika tidak mengikut arahan.

Menurut sumber, ketika itu mangsa yang berusia 20-an diliwat lelaki terbabit.

“Malah, mangsa turut dibelasah dan disamun lelaki itu yang kemudian meninggalkannya di tepi jalan.

“Mangsa yang ketika itu dalam keadaan lemah dibantu orang awam yang kebetulan lalu di tempat kejadian dan kemudian menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, mangsa yang trauma dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas membuat laporan polis.

Susulan laporan yang dibuat itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an dipercayai suspek bagi membantu siasatan.

RM98.7j nilai 16 kepala

Petikan: Harian Metro

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Harga nyawa 16 penjenayah kelahiran Malaysia yang ‘mengukir nama’ di kancah antarabangsa kini persis emas berikutan ganjaran ditawarkan bagi penangkapan mereka sama ada hidup atau mati, mencecah AS$30 juta (RM98.7 juta).

Ganjaran lumayan itu menyebabkan penjenayah ternama warganegara Malaysia terbabit kini menjadi buruan pelbagai pihak termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berikutan tahap ancaman mereka didakwa mampu meragut ribuan nyawa.

Malangnya, kelompok kecil warga Malaysia itu pada masa sama turut mencalar nama baik negara selepas memasuki senarai ‘penjenayah amat dikehendaki’ polis antarabangsa.

Jurucakap Interpol di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berkata, maklumat pergerakan semua penjenayah terbabit terus diberikan perhatian, malah kebanyakan nama mereka masih diletakkan dalam Notis Merah Interpol sebagai individu paling dikehendaki.

“Setakat ini Interpol Malaysia turut bekerjasama dengan pihak berkuasa negara lain bagi memberkas suspek. Kita mempunyai hubungan rapat dengan pasukan keselamatan antarabangsa serta berkongsi maklumat dan berusaha menangkap mereka jika memasuki Malaysia semula,” katanya kepada Harian Metro.

Antara yang menduduki carta teratas penjenayah berbahaya ialah Zulkifli Hir, 42, yang dikehendaki pihak berkuasa AS kerana didakwa antara pengganas paling berbahaya di dunia selain Ramadan Shallah.

Zulkifli yang turut menggunakan nama samaran Marwan dianggap pakar bom yang terbabit dengan puluhan serangan dan letupan di Filipina sejak 2001.

Suspek yang kini dipercayai bersembunyi di Mindanao, selatan Filipina, menghadapi 16 pertuduhan oleh Jabatan kehakiman AS bersama abangnya, Rahman atau Sean Kassim, 43, kerana dipercayai menyokong kegiatan militan di Filipina.

Kerajaan AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM17 juta) untuk pemberi maklumat sehingga tertangkapnya Zulkifli yang turut disenaraikan dalam laman web www.rewardsforjustice.net sebagai seorang daripada 37 pengganas antarabangsa paling dikehendaki.

Difahamkan, AS mendakwa Zulkifli yang menjalin hubungan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI), pernah mengikut latihan membuat bom untuk kumpulan Abu Sayyaf dan kini berada di Filipina untuk mengadakan kerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Zulkifli melarikan diri dari Malaysia pada Januari 2002 selepas polis menyerbu dan menahan anggota JI di sebuah sekolah agama di Ulu Tiram, Johor.

Malah, ‘nilai badan’ penjenayah terbabit yang juga seorang jurutera yang pernah bertugas di Afghanistan, mencecah RM50,000 menerusi ganjaran ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Terbaru, Zulkifli yang pernah mendapat tunjuk ajar membuat bom daripada seorang lagi pengganas warga Malaysia, Dr Azahari dikatakan bertanggungjawab dalam kes penculikan dan tebusan wartawan popular stesen ABS-CBN, Ces Drilon, jurukamera dan profesor universiti, wang tebusan 15 juta peso (RM1.1 juta) pada 11 Jun lalu.

Turut tersenarai ialah Noordin Mat Top yang dikehendaki polis Indonesia selepas didakwa mendalangi beberapa serangan di negara itu, termasuk serangan bom di Bali pada 2002 yang menyebabkan 202 orang mati, serangan ke atas Jakarta pada 2003 dan 2004 yang menyebabkan 21 maut serta serangan di Bali pada 2005 yang mengorbankan 20 nyawa.

Penjenayah bernilai AS$25 juta (RM72.5 juta) berdasarkan tawaran ganjaran polis AS itu didakwa antara pemimpin utama kumpulan JI Asia Tenggara yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda.

Difahamkan, Noordin yang gagal diberkas sehingga kini, mahir membuat bom jangka daripada bahan potasium menyebabkan dia muncul ketua militan paling digeruni di Asia Tenggara.

Suspek yang beberapa kali bolos ketika sarang persembunyiannya diserbu polis, dipercayai melarikan diri dari Indonesia, baru-baru ini,

Seorang lagi penjenayah terkemuka yang terus diburu polis antarabangsa ialah Micheal Soosai, 44, yang turut mendapat jolokan ‘penjahat dari kubur’ berikutan dia pernah memalsukan kematiannya.

Suspek yang dikehendaki bersabit kes bunuh rakyat Malaysia, Subramaniam Nookaiah, 47, di India selain penipuan cek dan pemalsuan dokumen, kini dipercayai terus bersembunyi di India.

Soosai mula diburu polis Malaysia pada 2001 berhubung 16 kes penipuan cek membabitkan nilai RM1.035 juta. Namun, kes terbabit digugurkan dua tahun kemudian selepas dia didakwa mati akibat sakit jantung.

Bagaimanapun, komplot licik itu terbongkar selepas seorang lelaki rakyat tempatan, Subramaniam dipercayai dibunuh penjenayah terbabit di India, pada 12 Disember 2004.

Susulan itu, polis memberkas tiga lelaki termasuk bekas atendan Hospital Kuala Lumpur (HKL), K Subramaniam, 29, peniaga besi lusuh, V Sanjeev Kumar, 29, dan J Kumaresan, 23, yang disyaki memalsukan sijil kematian serta pengebumian untuk Soosai.

Selain itu, polis antarabangsa memburu seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Nyo Ah Hai, 44, kerana mendalangi kegiatan mencuri dan membawa masuk secara besar-besaran kereta curi di Malaysia membabitkan beberapa model seperti BMW, Mercedes Benz, Hummer, Toyota Land Cruiser, Toyota Hilux dan Mitsubishi.

Suspek yang turut diburu polis Singapura dan Polis Republik Indonesia (Polri) didakwa mampu menyeludup sehingga 154 kenderaan ke luar negara dalam sehari menjadikannya perancang utama yang mempunyai jaringan besar pakar mencuri kereta mewah di Malaysia.

Dua lagi dikehendaki ialah Diong Chee Meng, 24, dan Cheong Mun Yau, 27, yang didakwa menyeludup lebih setengah juta pil Ecstasy bernilai lebih RM17 juta (AS$5 juta) ke Indonesia, sejak awal tahun lalu.

Mereka yang diyakini masih bersembunyi di Indonesia, dikesan terbabit secara aktif dalam jaringan pengedaran pil Ecstasy bermutu tinggi antarabangsa ke Indonesia selain merancang mendirikan kilang pil khayal itu di republik berkenaan.

Selain itu, polis antarabangsa memburu seorang lagi suspek dikenali Baptist Nicholas, 34, dan Ng Khien Sin, 29, yang mempunyai lebih tiga waran tangkap berhubung kes penipuan dan pemalsuan di Hammond dan Indiana, AS selain di Singapura sejak beberapa tahun lalu.

Lebih mengejutkan apabila seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai William Chua, 42, berasal dari Melaka, turut dikehendaki polis Vietnam berhubung beberapa kes jenayah seksual dan rogol di negara berkenaan.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Trung Truc Nguyen, 55, turut diburu polis Vietnam kerana pembabitannya dalam kes penipuan.

Sementara itu, enam rakyat Malaysia, Chewwai Chin, 40, Weangen Chiok, 33, K Manogaran, 38, Nadesan Muniyandy, 42, Ng Sai Hoe, 33, dan Al Ramsamy Vijayan, 32, menjadi buruan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung berpuluh-puluh kes penipuan dan kecurian di negara berkenaan.

Ahmad Shabery Minta Anwar Guna Forum Debat Isu Minyak Sebaik-baiknya

05 Julai, 2008 01:31 AM

ISLA MAGARITA (Venezuela), 5 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menggunakan forum debat pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan.

Katanya Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

"Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan.

Mari bersemuka, biar rakyat mengadili," katanya semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh di sini hari Jumaat.

Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.

"Perhimpunan tidak perlu, hendak mengumpul rakyat. Ini kaedah lama Anwar, dia kena ingat dia bukan lagi pemimpin pelajar," katanya.

Mengenai janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memerintah, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan itu sebagai "kata-kata kosong" yang bertujuan memancing sokongan rakyat.

Beliau berkata janji Anwar mungkin boleh menyebabkan negara tunduk kepada kuasa asing kerana terpaksa berhutang.

"Apakah sekali lagi kita hendak meletakkan negara kita kepada cengkaman IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang pernah Anwar cuba guna kaedah itu semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar," katanya.

Beliau berkata untuk menjadi pemimpin negara, terdapat saluran yang boleh digunakan oleh pemimpin untuk menyuarakan pandangan iaitu melalui pilihan raya, Parlimen dan juga media. "

Kalau hendak jadi pemimpin kena menyuarakan pandangan dengan lebih bertamadun. Bukan ajak orang ke jalan raya," katanya.

Satu perhimpunan Protes Sejuta Rakyat dijadualkan berlangsung Ahad ini di Petaling Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak.

Ahmad Shabery meminta rakyat agar tidak diperalatkan oleh Anwar yang kini tersepit dengan "masalah peribadi" dengan menyertai perhimpunan itu.

"Baru-baru ini sibuk kata keselamatan terancam, hingga masuk Kedutaan Turki, kenapa sekarang hendak mengajak orang kepada keadaan yang boleh mengancam kehidupan rakyat, langkah dan tindakan yang boleh ancam kestabilan dan keselamatan negara," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sekiranya didapati perhimpunan yang dirancang itu bersifat mengganggu ketenteraman awam.

-- BERNAMA

Sepi(2008) Sesuatu Yang Indah

Petikan: Tonton Filem

Sepi ialah filem ketiga Kabir, skrip oleh ARA dan Mira Mustapha, para penulis dan pembikin filem yang membawakan kita Cinta. Walaupun Kabir mengatakan Sepi sebagai sesuatu yang lain dengan Cinta, semangat dan kebiasaan yang Kabir bawakan dalam Cinta secara formulaik ada dalam Sepi. Ini bukan bermakna ia sesuatu yang buruk, Sepi ialah sebuah filem yang baik sebaik Cinta.

Antara kebiasaan Kabir ialah mengadun lagu-lagu komersial dalam runut bunyi latar filem, bercampur-campur, yang mana menjadi bingit kepada sesiapa yang mendengarnya pada awalnya (malah, pada awal filem ini memang membingitkan). Tetapi buat peminat filem Kabir, mereka sudah 'lali' dengan kebiasaan Kabir ini lalu 'get used' dengan alunan lagu ini pada pertengahan filem. Kebiasaan kedua Kabir ialah memaparkan satu shot melankolia dengan adunan bunyi mendayu (kita perlu menangis, itu permintaan teknikalnya), selalunya berlaku pada pertengahan cerita di mana kita sudah 'sangat kenal' akan watak-wataknya, lalu diberi satu keputusan 'melencong', kebiasaan dalam filem-filem romantik sebegini.

Tetapi apa yang mengujakan aku ialah bagaimana Kabir boleh membawa sedikit jauh tema cinta dan pertalian kali ini. Cerita-cerita Kabir kali ini lebih 'gelap' dan lebih membuak persoalan-persoalan yang lebih matang. Semahu-mahunya, tiga cerita yang diikat menjadi satu dalam Sepi (digerakkan dengan peniruan gaya Gangster Bade Hj. Azmi atau Amerros Perros Innaritu), hanya 'bersatu' dalam bentuk sebuah babak 'initial', satu pelanggaran di tengah jalan (kita faham, antara permainan mengubah nasib atau remenisasi takdir akan berlaku di sini oleh sebab pelanggaran itu), diwakili oleh Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Yusof) dan Imaan (Baizura kahar).

Dengan kekuatan emosi hindustannya (hindustan di sini bermakna, memaparkan ekspresi emosi itu dengan seadanya, dan kalau boleh dilipat gandakan dengan gerakan, suara dan cahaya untuk memaparkan 'mood', dan kadang-kala 'mood' yang dicipta ini artificial terhadap latar realiti cerita), Kabir cuba mengangkat sebuah cerita yang mempersoal dan melihat kembali ketentuan, takdir serta pemilihan peluang kedua dalam ketentuan dan takdir. Kali ini, Kabir benar-benar menyeksa para pemain wataknya untuk sesak dalam dunia kebiasaan yang penuh pancaroba terhadap nurani (sudah tentu berkait dengan cinta dan pertalian) dan diri. Sebuah watak yang kelakar dan cool seperti Afdlin pun boleh diseksa secukup-cukupnya. Tetapi, seperti tiga watak yang dipersoalkan diri dan nafsu mereka, Kabir sebenarnya memberi implikasi bahawa, walaupun adanya ketentuan qada' yang diberi Tuhan, ada qadarnya yang boleh diubah oleh sesetengah manusia jika ia mahu menukarnya (sebuah dialog kuasi agama berlaku di tengah cerita apabila Sufi melafazkan: perubahan tidak terjadi jika seseorang itu tidak mahu mengubah diri sendiri), kadang-kala keputusan penukaran itu perlu diusahakan sendiri (seperti buat watak Adam dan Sufi) dan kadang-kala memerlukan seorang (seperti Sufi dan Imaan). Idea ini adalah suatu idea 'sufi' yang sangat halus, memaparkan, dalam dunia ini, setiap manusia mempunyai ujian dan perjalanan yang berbeza-beza dengan orang lain dalam memahami Tuhannya, dan kesemua jalan-jalan itu benar buat manusia yang menjalaninya.

Antara ketiga-tiga segmen dalam filem ini, segmen Adam ialah segmen paling menghiburkan malah paling sempurna. Ini ditolong dengan kekuatan lakonan Afdlin Shauki, Vaneeda Imran serta Nasha Aziz (ya, Nasha Aziz sangat mengejutkan) serta para pelakon pembantu yang lain, tetapi terutamanya Afdlin yang membawa lakonan kelakar-kecewanya yang sangat tetap dengan masa (timely) dan kesinambungannya. Malah, chemistry Afdlin dengan Vaneeda adalah suatu perjalinan yang 'miracle'. Dalam babak-babak bergaduh dalam dapur, kita dapat jumpa sexual chemistry (by of course, Islam Hadhari style) kedua-dua wataknya (Afdlin dan Vaneeda, sila lihat gerak-geri Afdlin yang 'mahukan' Vaneeda) yang jarang-jarang kita jumpa dalam filem Melayu. Malah, Afdlin melakarkan sebuah watak yang sebulatnya lelaki, kuat, kelakar, tetapi boleh retak. Malah budaya peranakan (Adam datang keluarga campuran Cina) yang diangkat sesuai dengan pragmatisme dan keterbukaan watak Afdlin.

Segmen Sufi lakonan Tony Yusof dengan Eja ialah segmen terlemah dalam filem ini disebabkan kurangnya kekuatan Tony Yusof (aku tidak percaya Tony betul-betul menyukai Eja, terjumpa 'fakeness' dalam jatuh cinta Tony) dalam melamar Eja. Tetapi segmen ini perlu kerana 'roh' peluang kedua serta keputusan yang dibuat oleh Sufi seakan-akan melampaui harapan Adam dan Imaan secara spiritual. Sarwajagat dunia Sepi seakan-akan berkata, Jika Sufi tidak melakukan 'keputusannya' (malah, oleh sebab pemanduan kereta Sufi, Adam dan Imaan memikir akan peluang kedua), watak-watak lain dalam dunia ini TIDAK AKAN memilih apa yang mereka pilih (bukan daripada segi realiti masa filem, tetapi daripada segi susunan cerita dalam filem, kita sedar akan ini apabila filem ini seakan mencadangkan di akhir cerita bahawa oleh sebab pengorbanan Sufi, secara spiritual Adam dan Imaan mencapai kebahagiaan dalam peluang kedua mereka di 'dunia'). Malah permintaan Sufi yang 'melampau' terhadap Eja sebenarnya adalah kekuatan 'pemecahan' daripada seksa ketentuan takdir itu. Sebenarnya, antara ketiga-tiga segmen, Sufi yang paling romantis, melangkau kekuatan impian seorang manusia pun dengan keputusan-keputusan yang dibuat olehnya. Di sini terletak roh 'pemilihan untuk berubah' terhadap Adam dan Imaan. Segmen ini juga dipersoalkan kerana dipaparkan Eja tinggal di dalam sebuah rumah yang cantik, sedangkan suaminya hanya bekerja pemandu lori dan bagaimana Sufi mendapat tahu tentang suami Eja (walaupun tidak perlu diberitahu, kita anggap Eja sudah memberitahu Sufi). Lakonan si budak kecil sebagai anak Tony mengingatkan aku kepada Elliot dalam E.T., sangat cute.

Segmen Imaan ialah segmen paling mengejutkan serta banyak mainan 'subtle' (malah, pertarungan spiritual/delusi Imaan menyebabkan Sufi memasuki qada' cerita ini) yang berjaya dibayangkan oleh Kabir. Ini ditolong oleh lakonan bersahaja tetapi kuat oleh Baizura Kahar serta lakonan sederhana Syed Hussain. Memang Syed Hussain tidak begitu menonjol, tetapi ada kejujuran dan kekuatan dalam beberapa babak yang berjaya dibawa olehnya. Malah keputusan yang dibawa olehnya pada 'jawapan' akhir cerita memaparkan ketulusan Syed yang sebenar (sanggup mengejar Imaan walaupun dia seorang buaya), dan ini dipaparkan dengan begitu pesona sekali oleh dua bintang baru ini.

Sepi ialah suatu filem yang indah, suatu filem yang boleh mengisi emosi dan semangat kita yang memerlukan sesuatu dalam hidup (secara subtle, Sepi ingin kita cari Tuhan dalam dunia yang terlalu menyeksakan ini dengan melakukan muhasabah diri). Sepi mungkin tidak akan menang filem terbaik (jika tidak ada lagi yang baik) buat FFM kali ini oleh sebab penurutan tema cinta yang diangkat Kabir, tetapi Sepi ialah contoh sebuah filem yang senang diintip dan dirasa tetapi mempunyai pelbagai lapisan yang indah di bawah aksi dan suara wataknya. Antara filem komersial terbaik Malaysia tahun ini.

pautan: http://sepithemovie.com/

Five Serie A Players Accused Of Match Fixing

04/07/2008 19:23

Five Italian players have been accused of match-fixing regarding matches between Atalanta and Livorno last season...

Livorno were eventually relegated and the charges, concerning both fixtures, fall on brothers Emanuele and Antonio Filippini and also Alessandro Grandoni for failing to notify authorities of the events.

The actual match-fixing charges have come down on two Atalanta players, Gian Paolo Bellini and David Balleri, who once captained Livorno.

The sides drew 1-1 on December 23, and Atalanta won the late-season fixture on May 4 3-2.

Both clubs were reported to the national disciplinary commission over the behaviour of their players, but the far more serious allegations are now coming to the fore.

This follows the infamous 2006 Calciopoli scandal that saw Lazio, Fiorentina, Milan and Juventus all docked points, with the latter even relegated.

Santino Santoro, Goal.com

FAM sudah buat penjelasan kepada KBS, kata Azuddin

Petikan: Berita Harian


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah memberikan segala bantuan dan maklumat yang diperlukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai masalah pengiktirafan Piala Juara-Juara Belia (CYC) bagi edisi kedua tahun ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata badan induk bola sepak negara itu sudah menjelaskan kepada KBS semua persoalan mengenai pengiktirafan CYC termasuk mendapatkan penjelasan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada FIFA dan dalam satu kenyataan balas kepada FAM, ia menyatakan pengiktirafan kepada sesuatu kejohanan diberikan dari tahun ke tahun,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata kementerian difahamkan oleh promoter kejohanan, Gifted Group Limited (GGL) bahawa kelulusan untuk menganjurkan CYC sudah diperoleh untuk tempoh tiga tahun, bermula pada 2007.

Walaupun KBS memberi “lampu hijau” Isnin lalu kepada GGL untuk meneruskan kejohanan itu dengan syarat perlu mendapatkan pengiktirafan daripada FAM namun syarikat promoter yang berpangkalan di United Kingdon itu berpendapat ia sudah terlambat.

Malah GGL dikatakan akan menuntut ganti rugi daripada KBS berikutan pembatalan kejohanan bola sepak yang melibatkan pemain-pemain remaja daripada 12 kelab ternama dunia itu.

Sementara itu Azzuddin turut mengumumkan pelantikan bekas wartawan sukan, Muhammad Rizal Hashim, sebagai pengawai perhubungan media FAM yang baru selepas jawatan itu kosong selama 10 bulan. - Bernama

Samy guna jalan ladang elak diserbu

Petikan Malaysia Kini

Jul 4, 08 6:27pm

Presiden MIC, Datuk Seri S samy Vellu dilaporkan terpaksa menggunakan jalan ladang untuk mengelak diserbu sekumpulan 100 orang yang mahukan penjelasan mengenai isu saham Maika Holding.

Sebelum itu, Samy Vellu menghadiri majlis perletakan batu asas pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Ulu Tiram.

Keadaan bertukar kecoh apabila sekumpulan 100 orang mahukan penjelasan Presiden MIC itu mengenai isu saham syarikat Maika Holdings.

Menurut laporan Bernama, mereka mengambil kesempatan berkumpul di pintu masuk sekolah berkenaan mendesak Samy Vellu menjelaskan kedudukan sebenar saham itu sehingga menyebabkan ibu bapa mereka yang membeli saham itu lebih 20 tahun lalu tidak mendapat sebarang faedah.

Majlis perletakan batu asas yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ibu bapa pelajar dan guru sekolah itu.

Wartawan akhbar Tamil Makkal Osai, C. Rasamanikam yang menghadiri majlis itu berkata, Samy Vellu enggan menemui kumpulan terbabit dan telah meninggalkan premis sekolah berkenaan menggunakan pintu yang lain selepas majlis itu selesai 11.30 pagi.

“Kenderaan yang membawa Samy Vellu bertindak meninggalkan premis sekolah itu menggunakan pintu lain, menyedari kumpulan yang ingin bertemunya telah berkumpul di pintu masuk sekolah itu,” katanya.

Menurut Rasamanikam, kenderaan Presiden MIC itu terpaksa menggunakan jalan ladang untuk ke satu majlis lain yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Taman Bukit Tiram, tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu mengekori Samy Vellu dan berkumpul di luar kuil terbabit tetapi Presiden MIC itu tetap enggan menemui mereka.

Rasamanikam berkata, Presiden MIC itu meninggalkan kuil berkenaan tidak lama kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...