Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.
Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.
Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.
Beliau menangkis isu tersebut dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab (kiri) yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita."Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.
Syed Ibrahim berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.
"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya.
Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.
Katanya beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.
"Saya berdoa supaya tabiat mereka yang suka melemparkan tuduhan agar dibersihkan jiwa mereka," katanya sambil menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.
Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis.Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.
'2Malaysia'
"(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar.
Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.
BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.
Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.
Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.
Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya.
Tiada insiden tidak diingi berlaku.

11.29am KerdauSPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salim dan calon BN
Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad
Dalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.
10.10am Merlimau:Kumpulan penyokong BN kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.
10am Merlimau:Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.
9.45am Kerdau:Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.
9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.
9.04am Merlimau:Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.
8.30am Kerdau:kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.
7.30am Kerdau:Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.