Monday, August 8, 2011

Larry Sng nafi tubuh parti baru

Cardozas Says:
Asal kecewa je tubuh parti. Nampak sangat semuanya sebab kepentingan peribadi. Kat Malaysia ni dah terlampau banyak parti parti politik nyamuk yang perasan mendapat sokongan. Biasanya parti nyamuk ni paling kuat sokongan pun di kawasan mereka sahaja. Tu pun kalau bertanding dalam PRU kalau tak hilang wang deposit dah dikira bonus.




Bekas menteri muda Sarawak di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Larry Sng, yang namanya dikaitkan dengan cadangan penubuhan parti baru untuk ahli politik yang tidak mewakili mana-mana parti politik, berkata perkara itu adalah tidak benar.

Sng, yang baru-baru ini dilantik sebagai penasihat belia di Jabatan Ketua Menteri berkata beliau akan aktif dalam politik apabila tiba masanya.

"Parti Barisan Nasional (BN) Baru dalam proses penubuhan untuk memberikan tempat kepada beliau? Ini hanya satu angan-angan..." katanya dalam Facebook beliau.

Bagi saya, katanya, tidak ada kebenaran berkaitan perkara tersebut kerana beliau kini menumpukan perhatian pada pembangunan belia di Sarawak.

Merujuk pada satu laporan berita yang pertama disiarkan dalam akhbar harian Cina, beliau berkata sesetengah bekas ahli politik atau yang telah dipinggirkan mungkin mencuba untuk menggunakan namanya untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Menurut laporan itu, parti tersebut yang belum lagi didaftarkan penubuhannya mendapat sokongan kuat daripada Barisan Nasional (BN) negeri dan dipercayai diterajui oleh seorang ahli politik yang terkenal bergelar Datuk.

Dikatakan diilhamkan untuk ahli-ahli politik yang tidak mewakili mana-mana parti politik termasuk Sng, parti itu akan mempunyai 33 ahli Majlis Tertinggi yang mengandungi 22 Dayak dan sembilan Cina.

Sng tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Pelagus pada pilihan raya negeri 16 April lepas setelah beliau tidak disenaraikan dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Beliau digugurkan daripada PRS, yang diwakili pada pilihan raya negeri 2006, berikutan Sng disingkirkan daripada parti itu ekoran kemelut kepimpinannya pada 2007. 

Tanah runtuh: 7 maut, 2 cedera


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...