Thursday, June 9, 2011

Ibu pejabat PKR selamat buat masa ini

Pemimpin dan penyokong PKR di seluruh negara boleh menarik nafas lega buat seketika selepas lelongan awam bangunan ibu pejabat parti itu telah ditangguhkan.

Pada lewat petang semalam, satu notis telah dihantar ke bendahari PKR William Leong untuk menyatakan seseorang telah berjaya dalam permohonannya kepada mahkamah untuk menghalang bangunan itu daripada dilelongkan.

NONENamun, tidak ada sesiapa yang mengetahui siapa yang membuat permohonan itu.

“Ia bukan dibuat oleh kami. Besar kemungkinan orang itu pemilik bangunan ataupun seseorang yang bertindak bagi pihak pemilik bangunan,” kata Leong ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata boleh melihat dokumen dari mahkamah itu dan juga tidak mempunyai butir-butirnya.

Leong, yang juga seorang peguam berkata tidak semestinya hanya “pihak yang berkepentingan sahaja” yang boleh memohon injuksi seumpama itu.

“Tetapi ini juga tidak bermakna sesiapa pun layak untuk memohon injunksi.

“Mahkamah terbuka kepada semua pihak yang boleh memberikan penjelasan mereka bagi berbuat demikian,” katanya.

Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square Tropicana di Petaling Jaya yang disewakan akan dilelongkan kerana pemilik premis itu gagal menjelaskan pinjaman banknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...