Ahad Januari 18, 2009
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.
"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.
"Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.
Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.
"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.
"Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan," katanya.
Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.
"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.
"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.
Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.
Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.
"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.
"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya.
Beliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.
Sementara itu merujuk kepada pemilihan Umno peringkat bahagian bulan depan, Mukhriz berkata, seharusnya tidak ada sebarang sekatan atau arahan daripada
Katanya, Barisan Nasional (BN), sejak di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan sejak Zaid (foto) menjadi de-facto Menteri Undang-Undang, cuba menawan hati Majlis Peguam dengan memberi kuasa kepada ahli majlis memilih hakim, dan memberi sagu hati kepada bekas-bekas hakim yang disingkir.
"Apabila hakim Ian Chin tuduh saya kononnya ugut hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam, (Datuk) Ambiga Sreenivasan, desak supaya kerajaan siasat saya.
"Tetapi sebaliknya, kerajaan biarkan rakyat protes. Protes boleh dihalang tetapi hati dan perasaan mereka yang memprotes dan lebih ramai lagi yang bersependapat dengan mereka terus meluap dan marah.