
Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.
Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.
"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."
Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.
Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.
Bercakap kepadaMalaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."
Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.
Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"
Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.
"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi."

"Saya berhasrat untuk memimpin parti menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang akhbar, sambil menambah beliau akan umumkan kemudian jika dan di mana beliau bertanding.
Kali ini, Utusanmemetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.
"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain (kiri) dipetik akhbar itu.
Bagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.
Sepanjang tempoh tersebut jawatan Huan sebagai naib presiden digantung dan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti
Ketua Pegawai Operasi berumur 49 tahun di sebuah kolej antarabangsa swasta itu berkata beliau percaya masih ada ruang dan tanggungjawab besar menanti beliau dalam Gerakan.