Tuesday, May 10, 2011

Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib

Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

azlan"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.

Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.

Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”

- Bernama

PKR: Umno beri kerakyatan untuk kukuhkan undi

PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

NONETimbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.

NONE"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.

"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.

Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...