Tuesday, February 22, 2011

Peragut terbunuh

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.



Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.



Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.



Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.

Foto
KEMEK...keadaan kereta mangsa.


TUMPAS...seorang penjenayah
terbunuh (dalam bulatan)
manakala seorang terselamat.
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.
Foto
PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah.



Foto
ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek.

Foto
MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam.

Gempa bumi kuat landa selatan kepulauan Fiji

SUVA, Fiji 22 Feb. — Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 pada skala Richter berlaku di selatan Kepulauan Fiji pada pukul 6.57 petang ini.

Menurut Jabatan Kajian Giologi Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu terletak di 26 darjah Selatan dan 178.4 darjah Timur, iaitu 878 kilometer dari selatan Suva, Fiji dengan kedalaman 540 kilometer.

Kejadian tersebut tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - Agensi

P'raya kampus: Pro-M, Pro-A seri 2-2

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. 

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.


Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.
Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.
Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.
UPM: Pro-M tumbang
Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia(UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
NONEKumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Di UKM, menurut jurucakap pro-M Ahmad Firdaus Ahmad Azam, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada jam 12 tengah malam, kumpulan itu menang di 22 daripada 37 kerusi.
Lawan mereka mendapat 15 kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun, di luar tempat pengiraan, ratusan penyokong pro-M berkumpul bagi mendesak seorang pentadbir pilihan raya kampus meletakkan jawatan.

Mereka berkumpul sambil bersorak dan membawa kain rentang membantah tindakan universiti membenarkan dua calon pro-A bertanding walaupun didakwa tidak cukup syarat.
Di UTM, daripada keputusan yang diumumkan tengah malam ini, pro-A menang dengan mendapat 38 daripada 56 kerusi.

Pro-M mendapat 12 kerusi dan bebas 5. Satu kerusi tidak diketahui cenderung kepada pasukan mana.
Melepas tengah malam, pengiraan undi di USM masih berjalan.

'Punca kehilangan Masturah masih misteri'

Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

NONESebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.
Masturah kelihatan tenang, tetapi diam sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya petang ini.
Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas itu, ibunya mencelah: "Kita serahlah kepada polis untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan sebab-sebabnya. Polis bekerjasama dan melakukan siasatan selanjutnya."

Mariam menambah, polis telah merakamkanya kenyataan anak ketiganya itu.
Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Marian menyifatkan kehilangan Masturah sebagai satu perkara yang tragis kepada keluarganya
Hadir sama dalam sidang akhbar pada jam 2.20 petang ini ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.
Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.
"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang. 

NONE"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah Mariam. 

Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata: 

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.
"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

NONEMariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya.

Ketika wartawan bertanya Masturah sama ada beliau sedar apa yang berlaku, ibunya terus mencelah dengan berkata:

"Kita tidak tahu. Suasana masih baru bagi dia. Jadi, tidak adil kita menekan dia, (dengan) menanyakan apa yang berlaku.

"Sebagai keluarga saya memberi ruang dan tempoh untuk berehat. Nanti dalam tempoh yang baik, selepas pulih, kita mungkin akan dapat maklumat," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.
Mengenai spekulasi yang Masturah kemungkinan ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat diMalaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.


Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...