Thursday, July 17, 2008

Beego dilarang beri kenyataan terbuka

Petikan: Harian Metro

KUALA LUMPUR: “Responden (Beego) adalah individu terkenal dan ia bukan satu lesen untuknya memberi kenyataan terbuka lebih-lebih lagi kes sudah difailkan ke mahkamah,” kata Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika membenarkan permohonan injuksi dikemukakan isteri pelakon drama sitkom Puteri itu, Intan Shahira Mohd Shahru, 27, untuk menghalang suaminya, Aszerul Nizam Abdullah, 28, (gambar) daripada memberi kenyataan kepada media secara terbuka mengenai isu rumah tangga mereka.

Ini berikutan, Intan Shahira sebagai pemohon mendakwa kredibilitinya sebagai pakar perunding terutama ketika bertemu pelanggan terjejas selepas Beego selaku responden memberi kenyataan kepada media selepas sebutan nusyuz (ingkar) di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, April lalu.

Mohamad Shakir dalam penghakimannya berkata, kenyataan Beego mendapat liputan meluas di negara ini dan Singapura sehingga berlaku prejudis ketika permohonan nusyuz peringkat sebutan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...