KUCHING 1 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menambah 16 simbol lagi untuk digunakan calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 pada 16 April ini.
Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh berkata, pertambahan simbol itu menjadikan 30 simbol boleh digunakan pada kali ini berbanding hanya 14 simbol pada pilihan raya negeri 2006.
Langkah menambah jumlah simbol ini kerana dijangkakan calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini bertambah, katanya semasa menyampaikan taklimat “Pengurusan Pilihan Raya dan Peranan Media Semasa Pilihan Raya” di sini hari ini.
Abdullah berkata dengan mewujudkan lebih banyak simbol, ia dapat memastikan tiada calon bebas menggunakan simbol yang sama ketika bertanding di sesebuah kawasan DUN atau Parlimen.
Antara simbol yang boleh digunakan kali ini ialah gajah dan udang serta simbol lain antaranya kereta, kapal terbang, pokok dan gelas, katanya.
Abdullah berkata calon bebas hanya boleh menggunakan simbol yang disediakan dan dibenarkan SPR itu.
Beliau berkata jika ada lebih daripada seorang calon bebas yang mahukan simbol yang sama, SPR akan mengadakan undian bagi menentukan siapakah yang berhak menggunakan simbol berkenaan. - Bernama
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.
Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.
"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.
Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay
"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.
Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.
"(Pada) Masa ini ada yang memegang dua jawatan pusat dan negeri di mana ada yang tidak mampu dan ada yang mempunyai prioriti sendiri," kata Ibrahim (kanan).