Sunday, April 17, 2011

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Saturday, April 16, 2011

21.71 peratus mengundi hingga 12 tengahari


Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
azlan
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi 
berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin


PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. 

Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.

NONEMenurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup. 

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi
12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.
11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."
11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas 
pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.
NONEBeliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

Beliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara 
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

NONESementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.
11.34am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.
"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.
Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.
Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.
"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).
Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.
11.29am: Satok (Kuching) - Perbalahan berlaku di SK Merpati Jepang apabila ejen-ejen PKR masuk ke pusat pengundian untuk mengadu kepada SPR bahawa ada yang masuk ke pusat tersebut menerusi laluan yang tidak dibenarkan.
Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.
"Berhenti tolak saya, menghormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.
Insiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Dia dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh."
11.30am -Sibu - Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Alice Lau mengadu bahawa pegawai pengurus pilihan raya Wong See Meng, melihat bagaimana pengundi memangkah kertas undi mereka.

Beliau mendakwa, insiden tersebut berlaku di SJK Chung Hua - pusat pengundian terbesar dengan seramai 6,000 pengundi.

"Pengundi mengadu kepada ejen pengundian DAP, bahawa Wong See Meng berbuat demikian,"katanya.

NONE"Saya juga menerima aduan ada yang tidak dapat kertas undi mereka dan seorang lelaki membawa enam kad pengenalan, dengan mendakwa dia membantu warga emas untuk mendaftar," katanya kepada Malaysiakini.

Wong See Men kemudian menafikan yang beliau melihat bagaimana orang ramai memangkah kertas undi mereka.

"Sebab saya (buat begitu)... adalah untuk menjaga kebajikan pengundi yang berusia, mana tahu mereka mungkin terjatuh," katanya kepada Malaysiakini.

"Tidak, saya tidak ada sebarang kepentingan," katanya dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Alice Lau juga mengadu kepada Wong See Meng bahawa penyokong SUPP bertugas dalam lingkungan jarak 50 meter.
11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

NONEPetugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

NONESekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN). 
11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.
10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

NONEPemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.
10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

NONEBila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini. 

10.40pm: Satok (Kuching) - Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:
NONE"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.

"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.

Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

NONE"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.

Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.
"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.
10.05am: Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.
Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong diSMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liongkelihatan merayu undi.
NONEKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.
Bila memintamengenai peluangnya, Yapkata "50-50". Semuanyabergantung kepadaperatusan yang mengundi," katanya kepada Malaysiakini.
Di sini, Yap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepadahartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.
Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.
10.02am: Saribas (dekat Kuching) - Seorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusatoperasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SKDatuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.

NONE"Ia juga bukan satu'pondok panas'kerana merekamempunyai premismereka sendiri,"kata anggota polistersebut.
Pusat operasi ialahdewan orang ramai.Ia juga menyediakan minuman percuma kepada semuapengundi yang datang memeriksa butiran diri mereka di sana.

Bagaimanapun, tukang kempen PKR pula mendakwa pusat operasi itu mengeluarkan keratan kertas yang tertera logo BN kepada pengundiuntuk dibawa masuk ke pusat pengundian, yang menurut mereka adalah dilarang.
10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepasdiberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.
NONESeorang lagi lelaki bertanya kepadaejen pengundian, ketika menyerahkan kad pengenalannya:"Ada cip pada kad pengenalan, jadikenapa tak imbassaja, daripada membuatnya secara manual?"
9.55am: MelaluiTwitter rasminya,PKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yangtidak mempunyai hak untuk mengundi.
9.54am: Pending (Kuching) - Pasukan kempen Dr Sim Kui Hiandilihat sedang berusaha untuk mendapat undi simpati pada saat-saat akhir, berdasarkan kemunculan mendadak poster-poster kecil"Save Kui Hian" di sekitar DUN tersebut.

Pegawai kanan bergelar Datuk ditangkap khalwat

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian bergelar 'Datuk' ditangkap awal hari ini selepas dipercayai berkhalwat.

Para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama seorang anggota polis menyerbu sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi pada kira-kira pukul 4 pagi dan mendapati lelaki berumur 51 tahun itu bersama pasangannya, 28, yang juga bekerja di kementerian yang sama, dalam sebuah bilik.

Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi sebelum keterangan mereka diambil mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Pengarah JHEAIPP Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

- Bernama

Pusat mengundi DUN Satok kecoh

Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak tercemar apabila kekecohan dilaporkan na di Pusat Undi Dewan Datuk Merpati Jepang bagi Dewan Undangan Negeri Satok pagi ini.

NONEBeberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi didakwa cuba mencetuskan provokasi di dalam kawasan 50 meter tempat mengundi pada jam 11 pagi.

Mereka juga bertanya kepada pegawai polis di situ mengapa seorang lelaki yang memakai Kemeja-T BN, dibenarkan masuk ke dalam pusat pengundian.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh timbalan menteri BN, Datuk Fadillah Yusof, yang cuba menarik mereka dari situ, menyebabkan seorang ejen PKR memintanya jangan mengasarinya.

"Berhenti tolak saya, hormati undang-undang!" kata lelaki itu.

Fadillah kemudiannya menarik pas SPR dari lelaki itu, yang kemudian meminta pihak media mengambil gambar kad tersebut.

NONEInsiden jerit-menjerit berlaku, menyebabkan seorang penyokong BN tampil memberitahu lelaki itu "Awak tidak menghormati YB!"

Lelaki itu kemudiannya dihalang oleh orang lain yang memberitahunya: "Ini pusat pengundian, bukan gelanggang bergaduh." 

Keadaan bertambah kecoh apabila penyokong BN dan PKR enggan keluar dari kawasan berkenaan walaupun diarahkan oleh polis supaya beredar.

Ia menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah meleraikan keadaan.

NONEKira-kira sejam kemudian, pihak polis berjaya meleraikan pertikaman lidah membabitkan penyokong kedua-dua parti.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan kewajipan sebagai pengundi di pusat undi yang ini pada jam 11.25 pagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon PKR, Ahmad Nazib Johari.

Laporan Langsung Pilihanraya Sarawak dari MalaysiaKini (8.00am - 9.50am)


9.50am: Bawang Assan (Sibu) - Penyandang kerusi Bawang Assan, Wong Soon Koh mengundi di sini.
NONEBila ditanya oleh wartawan mengenai peluangnya kali ini, Wong 
berkata beliau yakin dapat menewaskan pencabarnya, Alice Lau.

Peratusan keluar mengundi di pusat tersebut adalah menggalakkan, dengan majoritinya golongan warga emas.
Tiong King Sing, 85, yang hampir tidak boleh berjalan dan rabun mata, berkeras untuk datang mengundi.
"Saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.

Disebabkan keadaannya itu, pegawai SPR membenarkan anak saudaranya, memandu membawa Tiong ke dalam perkarangan sekolah.

9.45am: Miri - BN memasang papan iklan pada saat-saat akhir di 
seluruh bandar lewat malam tadi, menggesa pengundi supaya "mengekalkan timbalan ketua menteri di ".

Mereka merujuk kepada Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusinya di Piasau untuk penggal kelapan. 

9.39am: Beting Maro - PAS yakin mampu memenangi kerui Beting Maro, kata exco pertanian Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi.

"Kini pengundi di Beting Maro tidak boleh lagi dibeli," katanya kepadaMalaysiakini ketika ditemui di sebuah pasar di sebelah SK Pusa.

Pusa adalah daerah pengundian kedua terbesar dengan lebih 2,600 pengundi selepas Beladin.

Keyakinannya itu disokong dengan kekurangan usaha tukang kempen PBB tukang kempen, yang tidak seorang pun kelihatan di pusat pengundian. Kain rentang PAS memenuhi kawasan tersebut.
Sementara itu, ketua cawangan PBB di situ memberitahu Malaysiakinibuat pertama kalinya, BN mungkin kehilangan Beting Maro.
"Saya rasa PAS akan menang besar. Setiap orang mahukan perubahan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan (untuk mengubahnya)," katanya sambil menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan calon BN untuk kerusi tersebut.

NONE9.27 am: Bawang Assan (Sibu) - Orang kuat SUPP Wong Soon Koh (berbaju biru) tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua bersama isterinya, Pauline Leong, untuk mengundi.
Wong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertemu dan 
berbual sebentar dekat pintu masuk utama sekolah tersebut.
"Jika anda datang ke Pulau Pinang, saya belanja awak kuey teow gorang," kata Lim. Wong tersenyum sambil berjabat tangan ketua menteri Pulau Pinang itu.

9.26am: Satok (Kuching) - Calon PKR Satok Ahmad Nazib (bawah)
kelihatan sedikit gugup tetapi kemudian tersenyum lebar ketika ditemui wartawan.
NONE"Saya boleh nampak banyak kegembiraan pada hari pengundian ini. Tiga puluh tahun sudah cukup untuk seorang memerintah," katanya.

Seorang lagi pengundi Muhammad, 35, berkata KM Taib Mahmud di fikirannya ketika dia membuang undi.

"Memang benar kami mahukan perubahan," katanya ketika ditemui.

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.

9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONESesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.
Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR.
Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini.

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian.
Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP.
Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari.
PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.
Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.
Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.
Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB.
Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.
Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.
Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.
NONE
8.01am:Betong/Sri Aman– Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.
Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).


8am:
 Semua pusat pengundian dibuka.
NONEPengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

P'raya negeri S'wak: Pengundian bermula


Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.
Dalam pilihan raya negeri kali ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.
Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.
Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)
NONEPusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 
petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.
Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

Friday, April 15, 2011

Video seks: 7 soalan yang perlu dijawab




Berikut beberapa perkara yang mencurigakan berhubung pita video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

1) Catatan masa di vedeo: Sekejap ada, sekejap tiada

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendalangi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' menayangkan video berkenaan kepada Malaysiakini Hazlan Zakaria di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac, beliau menarik perhatian wartawan berhubung catatan masa yang dirakamkan pada video berkenaan.
NONE"Sila perhatikan tarikh dan juga kod masa,” kata Eskay (kanan) sambil menegaskan tarikh rakaman adalah pada 21/2/2011 dan kod masa video adalah 22:23.

Apabila versi yang disunting selama dua minit itu disiarkan di YouTube minggu lalu, kod masa telah ditampal dengan perkataan bahasa Thai yang berbunyi, "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".

Eskay agak berhati-hati dan mendakwa hanya beliau mempunyai satu-satunya rakaman video itu. Malah, wartawan yang dijemput menonton tayangan video berkenaan juga diminta meninggalkan telefon bimbit, pen dan buku nota di luar bilik. Mereka juga dikehendaki memakai jaket khas sehingga paras lutut.

Soalan No 1: Jika Eskay hanya mempunyai hanya salinan klip video itu yang kemudiannya diserahkan kepada polis, siapa yang membocorkan video yang telah disunting kepada YouTube? Dan kenapa ada perkataan bahasa Thai pada rakaman itu bagi menutup kod masa rakaman.


2) Buatan Malaysia atau Thailand?

"Video ini dirakamkan di sebuah spa di KL," kata Eskay, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Langkawi kepada Hazlan.
NONESebaik Eskay disiasat oleh polis, terdapat laporan mereka telah mengunjungi beberapa tempat sekitar Ampang bagi mencari bukti.

Wartawan Malaysiakini juga menunggu sehari suntuk di sebuah apartmen selepas diberitahu polis mungkin mengunjungi lokasi itu tetapi gagal merakamkan sebarang aksi.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan mereka telah menyiasat di tempat di mana video berkenaan dikatakan dirakamkan.

Walaupun polis agak liberal dengan maklumat siasatan video seks itu dan mengatakan video berkenaan adalah 'tulen' dan mereka sedang mencari pemilik jam Omega - tetapi polis membisu mengenai tempat video seks itu dirakamkan.

Visual berkenaan tidak mempunyai audio dan tidak diketahui jika tiga orang yang dirakamkan dalam tersebut bertutur dalam bahasa asing.

Yang menarik, Eskay mendakwa beliau dan Anwar telah melawat Thailand beberapa kali dan menuntut ketua pembangkang itu mendedahkan semua lawatan berkenaan.

Soalan No 2: Adakah video itu dirakamkan di Malaysia ataupun tempat lain?

3) Stamina lelaki 63 tahun

Eskay tegas mengatakan aksi seks itu dirakam pada 21 Februari 2011. Pada hari berkenaan, Anwar Ibrahim menghabiskan masa sepanjang hari menghadiri perbicaraan mahkamah kes dakwaan liwat - dari jam 8.35 pagi hingga 4.15 petang.
NONEMengikut catatan masa di video yang ditunjukkan oleh Eskay, aksi seks berlaku pada 10.23 malam hari berkenaan dan berlangsung selama 17 minit.

Menurut wartawan Malaysiakini, Hazlan - antara wartawan terpilih yang menyaksikan video berkenaan - pasangan itu terbabit dengan pelbagai aksi. Bermula dengan wanita itu di atas diikuti beberapa aksi lain di bahagian-bahagian tertentu katil.

Dipercayai lelaki itu 'sampai kemuncaknya' sebanyak dua kali tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Soalan No 3: Mampukah lelaki berusia 63 tahun dan pernah menjalani rawatan sakit tulang belakang melakukan aksi seks ganas, lebih-lebih lagi dengan kedudukan wanita di atasnya?

Konsert BN gagal saingi ceramah Pakatan


BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

NONEIklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu RakyatSarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk SeriAnwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

NONEManakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.
Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan 
satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

dap miri ceramah rain and umbrellaKira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya.

Polis siasat insiden tembakan libatkan calon BN

Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.
Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."
Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melaluiTwitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.

Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'

Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.

Harakahdaily pula diserang DDOS

Selepas dua portal berita altenatif - Sarawak Report danMalaysiakini diserang penafian perkhidmatan (Distributed Denial of Service) beberapa hari lalu, kini Harakahdaily pula menerima serangan yang sama malam tadi.

harakah zulkifli pasHarakahdaily adalah portal online yang dimiliki oleh PAS dan membuat pelbagai liputan berita termasuk pilihan raya Sarawak di mana lima calon mereka bertanding di negeri itu.

"Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," petik kenyataan oleh Pasukan Teknikal ITHarakahdaily.

Sehubungan itu, menurut kenyataan itu lagi, pasukan teknikal portal berkenaan masih bertungkus lumus menangani serangan tersebut dan berjaya mengurangkan kerosakannya. Harakahdaily masih boleh dilayari hingga hari ini.

Menurut laporan portal itu lagi, sebagai langkah menghadapi serangan, pasukan teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melayari Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan tersebut berterusan.

Untuk Harakahdaily:-
1. harakahdaily.net
2. myharakah.net
3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-
1. pas.org.my
2. parti-pas.org
3. parti-islam.org

"Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," petik kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sementara itu, ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong memberitahu Malaysiakini setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah walaupun serangan itu masih berterusan.

"Jadi kita memantau 24 jam. Selepas apa yang berlaku kepadaSarawak Report dan Malaysiakini, cepat-cepat kita ambil perhatian dengan perkara ini," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...