Sunday, January 9, 2011

Pak Lah perjelas kenyataan berhubung dakwaan rogol oleh menteri

KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan bahawa beliau ada membuat kenyataan mengenai dakwaan rogol yang kononnya dilakukan oleh seorang menteri hanya semalam selepas baru mengetahui dakwaan itu.
Katanya, beliau tidak berkata apa-apa sebelum ini kerana tidak dimaklumkan mengenai dakwaan itu.
Abdullah berkata, beliau memberi maklum balas semalam kerana media bertanya mengenai dakwaan itu yang tersiar dalam beberapa laman blog yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah merogol bekas pembantu rumahnya pada 2007.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak menyatakan perkara-perkara lain dan mahu menghindarkan diri dari rujukan-rujukan lain dalam laporan awal yang memetik beliau berhubung dakwaan itu.
Jumaat lalu, bekas pembantu rumah Rais menafikan dakwaan rogol itu. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...