Wednesday, February 9, 2011

Facebook berpindah ke ibu pejabat lama Sun Microsystems

MENLO PARK 9 Feb. – Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.
Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan.

Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.
Proses perpindahan dijangka dapat dimulakan Jun atau Julai ini. - Reuters

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...