Saturday, June 28, 2008

Hentikan perbalahan Nazri dan BNBBC - TPM

28/06/2008 3:09pm

KUALA LUMPUR 28 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbalahan terbuka antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dihentikan segera.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, ini perlu kerana sebarang perbalahan di kalangan anggota atau kumpulan dalam Barisan Nasional (BN) bukan merupakan suatu perkembangan yang sihat.

``Saya harap ia tidak akan berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan seterusnya mendamaikan keadaan ini,’’ kata beliau yang juga Ketua Whip BN.

Najib berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Persidangan Antarabangsa Mengenai `Pertemuan Minda’: Membangunkan Jenama Besar Malaysia’ di sini hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...