Thursday, February 3, 2011

Perdana Menteri sampaikan penghargaan kepada Raja Abdullah

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan penghargaan beliau kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah kerana telah bersetuju membenarkan Kerajaan Malaysia menggunakan kemudahan di Jeddah bagi urusan membawa pulang ribuan pelajar dan rakyat negara ini yang terkandas di Mesir.

Perdana Menteri berkata, mesej persetujuan daripada Raja Abdullah itu diterima beliau awal pagi tadi.

"Kita hantar mesej kepada baginda sebelum ini dan ia dibalas melalui saluran peribadi baginda. Segala usaha telah diteruskan kini dan saya sudah minta Wisma Putra dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) urus operasi ini dengan lancar," katanya di sini, hari ini. - Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...