Tuesday, February 22, 2011

P'raya kampus: Pro-M, Pro-A seri 2-2

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. 

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.


Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.
Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.
Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.
UPM: Pro-M tumbang
Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia(UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
NONEKumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Di UKM, menurut jurucakap pro-M Ahmad Firdaus Ahmad Azam, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada jam 12 tengah malam, kumpulan itu menang di 22 daripada 37 kerusi.
Lawan mereka mendapat 15 kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun, di luar tempat pengiraan, ratusan penyokong pro-M berkumpul bagi mendesak seorang pentadbir pilihan raya kampus meletakkan jawatan.

Mereka berkumpul sambil bersorak dan membawa kain rentang membantah tindakan universiti membenarkan dua calon pro-A bertanding walaupun didakwa tidak cukup syarat.
Di UTM, daripada keputusan yang diumumkan tengah malam ini, pro-A menang dengan mendapat 38 daripada 56 kerusi.

Pro-M mendapat 12 kerusi dan bebas 5. Satu kerusi tidak diketahui cenderung kepada pasukan mana.
Melepas tengah malam, pengiraan undi di USM masih berjalan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...