Thursday, April 7, 2011

Deepak: Saya tak beri wang kepada Bala


Nama penyiasat persendirian P Balasubramaniam kembali diperkatakan hari ini apabila seorang usahawan yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga perdana menteri tampil memberi kenyataan kepada media.

Deepak Jaikishan tampil dengan satu penjelasan berhubung kaitannya dengan Balasubramaniam – individu yang muncul sebagai saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu sebelum ini.
NONEBalasubramaniam juga disiasat sebelum ini kerana mengemukakan dua akuanbersumpah berbeza – salah satunya mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.
Balasubramaniam yang melarikan diri ke London itu mendakwa telah menerima bayaran oleh Deepak bagi menanggung kos sara hidupnya di kota tersebut.
Mengulas isu yang telah berkembang dengan penuh liku itu, Deepak berkata beliau tidak memberi wang kepada Subramaniam.

Namun, Subramaniam ada meminta wang daripadanya dalam pertemuan yang berlaku "kira-kira dua atau tiga tahun lalu."

"Pada ketika itu, kes melibatkan Abdul Razak Baginda sedang berjalan," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau telah diperkenalkan kepada Subramaniam melalui seorang lelaki yang dikenali dengan nama Suresh.

Tidak mahu terlibat

Deepak berkata, Subramaniam dan Suresh berkawan dengan adiknya Danesh.
Selepas Suresh memperkenalkan kami, saya bertemu (Balasubramaniam) sekali lagi. Dia meminta wang daripada saya, mungkin RM500 atau RM1,000, tapi saya kata tidak boleh (beri wang)... Saya tidak mahu terlibat dengan perkara kewangan dia," kata Deepak.
Deepak juga berkata beliau tidak pernah mengeluarkan dua cek yang didakwa berjumlah RM5 juta sebagai bayaran kepada Balasubramaniam untuk menarik balik akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian itu.
"Ia bukan cek yang tulen, itu bukan tandatangan saya (di cek berkenaan).
"Cek akan ditandatangani oleh dua orang pengarah syarikat. Anda tidak boleh beri sesuatu cek dan mahu satu tandatangan sahaja," katanya ketika ditanya wartawan.
Deepak turut mengakui beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan bahawa beliau telah memberikan wang kepada Balasubramaniam.
"Kami telah buktikan kepada SPRM... Malah nombor cek itu juga tidak wujud," katanya lagi.

Kenyataan beliau kali pertama dirakamkan oleh SPRM kira-kira setahun lalu, manakala kenyataan kedua dirakam sekitar lapan bulan lalu, kata Deepak lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...